Kemalangan Sebelum Hari Pertama Ke Sekolah!

Kisahnya malam sebelum hari pertama ke sekolah, dalam kelam kelibut saya membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tiba-tiba Afiq datang lari kepada saya "Mummy, mummy, kepala Akid berdarah!"

Saya cool jer sebab tak dengar pun suara owang menangis. Cuma saya nampak Afiq panik sangat reaksi dier. So saya panggil Akid ke ruang tamu.Dan Akid datang selepas 10 minit kemudiannya..

Bukan main lama :p takutlah tu.
Sib baik ada kakak yang baik dan prihatin. Yana yang tolong letak minyak gamat kat kening yang berdarah itu.
 Punca berdarah, main lari2 dengan Afiq dan Akid terjatuh... dan terkenalah kening tu kat bucu meja.
Saya takdelah marah cuma membebel berbakul2 itu adalah (tipikal mak-mak yang kuat bebel). Siap warning dier kalau tak tidor awal malam tu kebarangkalian mata akan bengkak dan tak boleh ke sekolah. Terus Akid masuk tidur dan memaksa diri untuk pejamkan mata. Punya semangat nak ke sekolah, hehehehe.

Comments

hehe..mak2 mmg suka membebel .. tbayang2 kak ayu membebel
Mama Zharfan said…
me pun suka bebel2 hahahah
I pun suka bebel kat dania. Lepas tu Dania sure ngendeng2 kat i dan cakap sorry ummi.....sorry ummi.....cair x cair?

Popular Posts