Kenangan Bersama Burung Helang, Menaiki Bot | Memori Indah :)

Masa saya godek laptop Encik Hubby pagi tadi saya terjumpa beberapa gambar ketika berada di langkawi, tak habis citer pasal pulau lagenda mahsuri itu, huhu. Tapi saya nak share jugak, arghh tak kira :p Sebab banyak sebenarnya aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada disana. Antara yang best selain shopping kat pekan kuah dan makan marathon seafood setiap hari ialah....
Naik bot - masuk dalam gua kelawar - main ngan anak-anak ikan di kawasan perternakan - melihat burung helang dari jarak dekat - masuk lubuk buaya tapi takde buaya (buaya dah berhijrah ke tempat lain, hik hik) 

Masa masuk dalam Gua Kelawar memang nampak banyak kelawar yang sedang tidur dan kitaowang tak dibenarkan membuat bising. Takut kelawar terjaga kerana terkejut! Gambar Mak Sha bersama Akid, Afiq dan Yana yang berposing daring di depan Gua Kelawar.
Lepas tu singgah di perlabuhan semata-mata nak mengambil gambar dengan burung Helang replika yang terbesar di Langkawi. Wajib amik gambar kat sini sebagai tanda kenangan kami pernah datang ke sini :)
Percutian tahun ni, insyaAllah ada rezeki kami akan bercuti lagi. Setakat ini yang dirancang hanya dalam negeri-negeri di Malaysie jer. Ke luar negara? Ada rezeki menang percutian di mana-mana, boleh juga..huishhh saper tak suka dengan perkataan FOC, huhu.
Kenangan Bersama Burung Helang, Menaiki Bot | Memori Indah :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 08, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. u pergi pulau dayang bunting x? I sampai termengah naik bukit ke situ. Ada org berani letak kaki dalam tasik tu yang banyak ikan keli friendly katanya...sorry le. I geli geleman weiii....cuma sempat naik basikal kayuh kat air tu.

    ReplyDelete
  2. btol2 kalau sampai langkawi wajib amik gmbr depan replika helang tu, masa honeymoon dulu puas la amik dgn replika helang ni, tp skrg kalau g langkawi, x amik dh dgn helang, sbb terus ke agenda utama..soping2...

    ReplyDelete
  3. yana sekarang dah pandai bergaya.. !!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.