Me @Final Event Shoot It Like Angry Birds

Yada Yada Yada
Seperti yang di war-warkan dengan meriah dalam blog sebelum ini, yang saya adalah antara 13 finalist akhir di acara Shoot It Like Angry Birds, anjuran bersama Hitz FM dan Asadi. Aktiviti ini berlangsung pada hari Sabtu 14hb minggu lepas di Tesco Scott Garden jln Klang Lama.

Saya memang tak meletakkan apa-apa harapan pun, sah2 ramai yang bertanding di acara akhir adalah kaum lelaki. So redha jerlah. Dan saya tak sempat nak makan tengahari pun sebab kalut masak untuk anak-anak, bila Dedet balik terus jer gerak pergi ke tempat acara.

Pergi dalam keadaan lapar sangat, huhu. Betul2 cam Hungry Angry Birds!! Grrr!!
 Ini adalah DJ Jin dan Ryan dari Hitz FM yang sangat meriah. DJ Ryan sangat terror membuat balingan.
Siaran langsung dari konti luar juga menampilkan 2 DJ yang ceria ini. Memang gamatlah suasana di situ.
Apapun sebenarnya ada banyak pusingan, untuk setiap pusingan susunan halangan adalah berbeza. Dan teknik balingan paling penting kerana pemenang adalah berdasarkan berapa banyak bilangan halangan dapat dijatuhkan. Dan saya KALAH ya, hik hik. Tak cukup kuat balingan dari saya sebenarnya.
Dan ini adalah hasil saya membaling dalam perut kelaparan. Dapat duit seratus terus gi makan, hahaha. Tapi Dedet banjer la, duit kemenangan saya masuk tabungan pencapaian compering budget tahun 2012. Yang setakat ini baru berisi 200 hengget , huhu. 

p/s: Paling best Afiq dapat dua selipar (Angry Birds dan Superman), Akid dapat satu selipar Angry Birds dan saya satu selipar Asadi. Lepas ni kitaowang pakat-pakat main baling selipar depan rumah, praktis untuk tournament Angry Birds tahun depan, hahahahahaha. Giler poyo :p

Me @Final Event Shoot It Like Angry Birds Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 18, 2012 Rating: 5

10 comments:

  1. selamat berkenalan..

    bess la dapat hadiah,.. akak x pernah join mana2 contest, p tesco selalu sangat tp takat menabur duit je,.. tahun depan tambah lagi 1 peserta nih...

    ReplyDelete
  2. Giler poyo u!! Hahaha....ok la tu semangat Angry Bird!!!

    ReplyDelete
  3. byk tuh, sesungguhnyer haku adalah insan yg sgt jeles :)

    ReplyDelete
  4. wah wah wahh, mesti akak baling beria-ia! hehehe, tahniah dapat hadiah!

    ReplyDelete
  5. dua2 DJ tu memang mesra... sorry tak kenal tapi DJ yg macam mat saleh tu ada iras Sebastian Vettel (F1 double world champ-2011&2011).. :)

    ReplyDelete
  6. congrats jugak tu, nak masuk bukan senang :D congrats!!

    ReplyDelete
  7. ops... 2010 & 2011 World champ :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.