Mood Rasa Nak Bercuti Di Awal Tahun | Kenangan Anakndaku Pertama Kali Naik Kapal Terbang :)

Hapdet blog pukul 2 pagi, dalam fikiran ni bercelaru tentang banyak perkara yang masih belum diselesaikan sebelum persekolahan bermula. Name tag tak jahit kat uniform lagi, buku sekolah tak siap balut lagi, kasut tak kapur bla bla bla. Ni belum lagi kes saya tak apply cuti untuk meneman Akid ke sekolah (isk perlu ke?, huhu)

Lepas tu bila dah banyak kerja mulalah nak fikir tentang nak bercutilah dan membuat perkara-perkara yang tidak membebankan fikiran. Apatah lagi bila melihat kembali foto-foto anakanda saya yang begitu excited ketika pertama kali berpeluang menaiki kapal terbang. Lagi bertambah teruja untuk pergi bercuti.
Gambar excited Amani nak join sama adik-beradiknyer yang lain. Anak baju putih saya tak kenal saper ya pun menyelit sama. Memasing tengah syok melihat kapal terbang dari jarak dekat.
See akhirnya Amani berjaya berdiri tak sama tinggi ngan adik beradiknya yang lain. Gigih tu! Ntah die paham ke tidak apa yang perlu dipandang di luar :)
Dalam ramai2 anak, Akid paling cuak sekali ketika berada dalam kapal terbang. Siap baca arahan apa yang patut dilakukan ketika berada dalam kecemasan. Ni gara2 seminggu sebelum bertolak Dedet ada kongsi artikel bersama beliau tentang kapal terbang terhempas di Indonesia. Huhuhu. Lepas tu Akid sangat kalut mencari-cari jaket keselamatan. Memang lawak tul. Kalau tengok Amani pulak die sangat gigih memasang safety belt, eksen tu nak duk sowang2.
Dan saya macam biasa ada perasaan gayat gaks! Tapi sebab duduk dikelilingi famili rasa seronok berganda-ganda dari perasaan gayat yang mengada-ngada.
Penerbangan malam sampai pun tengah malam. Tapi my kids tetap enjoy. Masing-masing tetap segar walaupun ikutkan waktu tidur mereka sepatutnya sudah lama berlalu.

Seronokkan! Dapat bercuti dengan keluarga. Jujurnya percutian ini adalah antara memori indah saya di tahun 2011 dan ianya masih utuh di lipatan kenangan. Wah, tahun 2012 nak bercuti ke mana pulak kita ya Dedet? * wink *wink

Comments

Anonymous said…
Biq- sabah yok!
Mama Zharfan said…
me wish 2012--nak cuti2 obersi heheh
Em's Family said…
nak simpan duit nak pergi Universal Studio
Hermit said…
hehe... apa2 pun tak leh blah bila Akid request suruh sy g beli jaket keselamatan ngan stewardess sebelum kapal terbang berlepas... terpaksa tahan gelak & jawab ngan serius, sbb dia sensitif bab2 nih.. hahahaha
best kan bercuti? harap 2012 lebih banyak percutian ya. :)

Popular Posts