Ok, nak buat review sket pasal Exora Bold sebagai panduan kepada yang berminat… Sekarang ni ada 5 variasi Exora (termasuk
manual) yang dijual di pasaran. Darinya hanya 2 varian yang menggunakan enjin turbo
iaitu enjin Campro 1.6 CFE (Charged Fuel Efficiency) iaitu Exora Bold Premium
& Exora Prime. Dan juga hanya varian enjin turbo sahaja yg di kombinasikan
dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission).
So apa kaitannya dengan butang S.A.T? Pertamanya kenalah
faham apa itu transmisi CVT. CVT berbeza dengan transmisi Automatik biasa
kerana CVT tidak mempunyai gear (cogs). Secara
mudahnya, satu set gear ialah satu set ‘cogs’ yang dipadankan bersama untuk
membolehkan kelajuan input (enjin) diselaraskan dengan kelajuan output (kereta)
untuk kegunaan yg bersesuaian. Sistem gear membolehkan kelajuan, daya kilas
(torque) & arah sumber kuasa di ubah mengikut nisbah (ratio) yang diingini.
Contohnya kereta Automatik 4 kelajuan
mempunyai 4 set gear (plus 1 reverse) yg mempunyai nisbah berbeza untuk
kegunaan yg bersesuaian.
CVT tidak mempunyai gear, binaan asasnya ialah belt yg bergerak di atas satu shaft berbentuk kon (pulley) mengikut kelajuan . So jumlah nisbah kelajuan input berbanding kelajuan output yg boleh wujud adalah tak terhingga (infiniti). Juga bermaksud jumlah ‘gear’ yg mungkin adalah infiniti! Kesannya ialah kelajuan kereta terus meningkat mengikut pendikit tanpa ada rasa pertukaran gear (kerana ianya tiada gear!) seperti transmisi Automatik biasa. Kelebihan menggunakan transmisi CVT ialah ianya lebih efisien yang seterusnya turut menyumbang kepada penjimatan bahanapi.
Sesetengah pemandu sukakan rasa pertukaran gear so disinilah
kegunaan butang S.A.T (Stepped Auto Transmission). Seperti namanya ianya ialah
satu sistem yg meniru (mimicking) rasa pertukaran gear seperti yang dirasai
pada transmisi Automatik biasa. Dalam kes ni jumlah ‘gear’ yang di ‘pre-set’
ialah 6. Maksudnya ada 6 set 'gear' di mana pulley akan bergerak megikut nisbah yg telah ditetapkan. Actually nak letak 10, 100 or 1000 gear pun boleh sebab seperti yg
diberitahu tadi jumlah gear yang boleh wujud dalam CVT ialah infiniti!
Transmisi CVT yg digunakan dalam Exora ni adalah buatan ‘Punch
Powertrain’ dari Belgium, sama seperti yang digunakan dalam Saga FLX cuma
berbeza dari segi torque rating & oil cooler (Exora lebih besar sebab
torque-nya lebih tinggi). Punch
Powertrain ni bukan asing dalam industri pembuatan CVT & mempunyai
pelanggan seperti BMW Mini, Volvo, Rover,Hyundai dll so tak perlu risau sangat
dari segi pembuatan & kualitinya (as long as not made in China mah!).
Malam semalam berpeluang menggunakan butang S.A.T ni buat
pertama kali (masa TD dulu lupa lak kehkeh). Tekan butang untuk aktifkan (lampu
butang bernyala & gear display akan paparkan huruf ‘S’) dan tekan sekali
lagi untuk matikan. Boleh tekan pada bila2 masa
samada semasa berhenti atau semasa
pemanduan. Malam tadi juga berpeluang memandu masa jalan jammed (bumper
to bumper).
So macam mana? Sebelum ni saya hanya pernah cuba sistem
seperti ini pada tiga model iaitu Mitsubishi Lancer, Honda City (4th gen)
& Toyota Altis. Terbaik ialah Mitsu yang mana mimicking-nya lebih
meyakinkan (menggunakan CVT dari Jatco). Dari pemanduan dalam bandar selama lebih kurang 1 jam rasanya ianya
tak sebaik sistem yang ada pada Mitsubishi Lancer. Tapi oklah, it’s not
that bad. Pertukaran gear rasa lembab sikit & rasa ‘jerking’ tak jelas. Bagi sy yg bagusnya bunyi 'pertukaran gear' tidak terlalu kuat. Untuk lebih pasti rasanya perlu buat lebih ‘mileage’ & pada situasi yg
pelbagai (sy baru guna 34km je hehehe).
Apa2 pun, sy yakin my wife takkan perasan apa2 perbezaan,
ntah2 tak tahu pun kewujudannya tapi ianya tak penting. Pemanduan MPV lebih kepada santai. Lagipun seriously, sistem yg
dibina untuk MENIPU & mengurangkan keefisianan nih penting ke? Miahahaha….
p/s: Credits to my best bro for additional info... :P
Hermit

10 comments:
harga pasaran berapa ek? akak tgh buat perbandingan rega, rasanya kat sini jauh lebih mahal
mgkn boleh email je
umialeeya@gmail.com
diselitkan juga nama ambo yang tak pernah amik kesah pasal keta. janji enjin hidup, ada minyak, jalan jor...
umialeya- nanti ayu suh hubby ayu email ya, bagi menjawab segala persoalan :)
@umialya,
malas lak nak buka e-mail:)OTR price list;
1)Exora 1.6 Standard (MT) RM59,998
2)Exora Bold 1.6 Executive (MT) RM70,998
3)Exora Bold 1.6 Executive (AT) RM74,998
4) Exora Bold 1.6 Premium (CVT)RM79,998
5)Exora Prime 1.6 (CVT) RM88,998.
yg penting gear auto heheh me tak leh drive keta manual ;)
Aik, takde credit kat aku ke? Semalam baru borak panjang pasal CVT. Muakakakak.
@BestBro,
alamak... sori2, dah hapdet... nak kena letak no fon skali ke? muakakaka
apa2pun jgn lupa elo aku bila nak TD Orlando bro... ;p
Bereh bro.
Nanti aku anak 5 nanti boleh la ada MPV cam ko gak.
P/S: No fon tu kasi no fon ko la. Engko kan Jantan terhangat dipasaran. Huhuhu, Ayu jangan marah ek. Gurau2 jer ngan ur hubby.
ROFL!!! Gong Xi Fa Cai bro... jgn lupa angpau anak2 aku 5 wokeh! :p
saya tengah pakai exora dekat 2 minggu. sbl ni tak pernah try SAT. semalam try rasa ada kelainan sikit. pendikit minyak rasa lagi ringan. bila ringan rasa lebih selesa. pickup pun rasa macam lebih sikit. ataupun ini hanya perasaan saya semata? nak tanya penggunan minyak SAT dgn non-SAT sama ke? terima kasih.
@Anonymous,
1)Saya tak berapa pasti ngan perasaan pendikit yg rasa lebih ringan bila guna S.A.T.. Bagi saya sama je...
2)Perasaan pick-up lebih tu adalah disebabkan S.A.T sebab ianya tengah mimicking (meniru) gear auto normal, so bila ianya membenarkan enjin'revving' lebih tanpa pertukaran 'gear' maka kita rasa ianya lebih 'pick-up'.. semakin pandai S.A.T meniru gear auto normal semakin bagus sistem tsbt.
3)Perasaan CVT kurang pick-up berbanding gear auto normal juga disebabkan oleh 'the rubber band effect' dari penggunaan tranmisi CVT itu sendri...
4)CVT terbukti lebih effisien berbanding gear auto biasa disebabkan 'nisbah gear yg infiniti'... so pemilihan 'gear' terbaik dapat dilakukan mengikut kesesuaian/ setiap masa... penggunaan S.A.T yg meniru gear auto normal (dalam kes ni,menggunakan 6 set nisbah gear yg dah di pre-set)hanya akan mengurangkan keefisianan sistem transmisi (i.e lebih penggunaan bahanapi)
Harap dah menjawab persoalan... Cheers:)
Post a Comment