Hapdet Perkembangan Anaqi | Live From PPUM

Ni lah wad Anaqi yang tak semengah mana. Dalam bangunan baru tapi buruk jer wad dier. Duk bilik sowang-sowang tapi tak banyak fasiliti, tv pun takder, huhu. Dan masa saya menaip ni, Anaqi entah berapa kali dah berulang ke tandas----> muntah yang agak teruk. Dari pagi sebenarnya. Menurut Anaqi, selepas Paed bagi ubat tahan sakit dia terus muntah-muntah. Nak makan apapun tak lalu. Mungkin juga disebabkan Anaqi tak dibenarkan makan (disuruh berpuasa dari pukul 10 malam semalam) sehinggalah kul 11 pagi tadi baru pakar surgeri Dr. Lilian cadangkan Anaqi makan dan bukak drip air kat tangan. Dan kini Anaqi tak boleh makanlah pulak...Hmmm apa yang dimasukkan dalam mulut semua kuar balik.

Dan sekarang die cam mengalami kesejukan sangat. Saya panggil nurse- demam takde, BP OK! Anaqi pula2 tiba menangis beria-ia depan saya, "Anaqi nak balik, please mummy..nak balik" Nampak Anaqi sangat stress...Doktor surgeri dah buat schedule cuci luka dan takkan saya nak request tak nak buat pulak. Sebab kalau tak jaga betul kebarangkalian dijangkiti kuman sangat tinggi.

Apapun menurut doktor kesan melecur pada badan hanyalah 5% untuk 2nd degree kemelecetan atas kulit. Rasa pedih still ada tapi panas dah takde. Tak perlu buat major surgery seperti tampal daging/kulit baru. Cuma kulit yang melecur cam nampak terbakar. Cuma doktor ada berpesan Anaqi kena banyak bergerak, terutama bahagian tangan. Ini ditakuti tangan mengalami kesan tegangan dan perlu pulak dirujuk ke pihak fisioterapi. Hmmmmmmmmm...
 Tempat tidur Anaqi, yang camnilah--malas nak komen :)
 Kesan melecur atas tangan nampak OK sikit berbanding semalam..
Tangan kiripun nampak dah Ok...cuma...
 Peha kiri Anaqi, nampak ngeri sikit
 Ada gelembung2 air dan menurut doktor ianya akan pecah sendiri dan akan rasa pedih sikit bila dah pecah.
 Di satu sudut berdekatan dengan wad Anaqi. Ada macam-macam souvenir dalam berbentuk frame dan kraftangan merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas di wad Paed. Teruja saya membaca. Tapi menurut nurse kat situ, 60% adik-adik dalam frame dan kraftangan kat situ dah meninggal dunia. Sedeynya :) Dan saya memang tak nafikan sepanjang saya duk kat wad Paed, macam-macam jenis penyakit anak-anak kecil saya temui. Ada yang takde buah zakar (dokor nak masuk kamera esok pagi), ada yang kakinya masuk besi (seram tengok cam ala2 baya Amani jer) sebab tulang rapuh, kanser segalanya..adoihai. Ramai rupanya ibu di luar sana yang begitu berat dirinya diuji. Siap ada beritahu kat saya "PPUM ni rumah pertama, rumah sendiri tu rumah yang kedua :( "
Dan Anaqi memang letih walaupun BP stabil still membimbangkan sebab muntah tak berhenti. Dan saya menanti doktor-doktor surgeri yang comey datang ke sini bagi membantu Anaqi mengatasi masalah yang dihadapinya.

Hmmmm uolls, doakan yang terbaik untuk Anaqi ya :)

p/s: mood tengah sayu sebab dengar suara baby mengerang sakit. Adoihai :(
Hapdet Perkembangan Anaqi | Live From PPUM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 14, 2012 Rating: 5

17 comments:

  1. bila tgk part menggelembong tu rs ngilu cz pernah terkena air panas time rebus spaghetti..uhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. semoga kak ayu tabah... banyakkan bersabar ye kak.. smoga anaqi cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Sabar berbanyak kak ayu... Kita ibu yg kena kuat mental n fizikal nk jaga anak sakitkan. Wan tahun 2009-2010 mmg tahun mencabar, hospital dah jd mcm rumah kedua, sesenang je kena keluar masuk. Mmg mcm2 dugaan kitrg hadapi, tp, ble tgk parent yg lain, anak2 yg sakit lain, barulah kita dpt muhasabah diri. timbul rs bersyukur tak terkira, sekurang2nya dugaan yg anak kita hadap tu xla seteruk yg anak dorg kena. apa pn kuatkan smgt kak ayu, wan doakan anaqi cepat sembuh. amin...

    ReplyDelete
  4. ya allah..sedihnya rasa..
    semoga akak dan ibu2 lain yg sedang jaga anak sakit tabah dan diberikan kekuatan..
    semoga anaqi cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. semoga anaqi cepat sembuh ...kuatkan semangat ye kak ayu.

    ReplyDelete
  6. memang kalo duduk wad macam2 peyakit kita nampak.. sama macam kami pergi tengok arwah hani dulu..
    hope kaki anaqi cepat sembuh.. nyilu tgk lecur kat kaki tue..

    ReplyDelete
  7. semoga u tabah menghadapi ujian ini dan semoga anaqi cpt sembuh..ameen

    ReplyDelete
  8. Kesiannya Anaqi msti pedih sgt..
    lepas ni kalau dh keluar hosp, try la minum gamogen healin master cepat utk sembuhkan luka, sbb adik eija dulu teruk meelcet kulit dia sbb eksiden, dia mkn gamogen tu mmg cepat sgt sembuh luka dia smpai doktor pun pelik tgk luka dia sembuh & kering sgt cepat..

    Moga Anaqi cepat sembuh ..AMIN.

    ReplyDelete
  9. me doakan anaqi cepat sembuh..amiin :)
    anaqi is a strong boy :) take care ok

    ReplyDelete
  10. ya allah....pedihnya hanya tuhan yg tahu...get well soon anaqi sayang!!!

    ReplyDelete
  11. Semoga cepat sembuh.
    Luluh hati tengok anak-anak sakit. Take care Ayu.

    ReplyDelete
  12. k.ayu- ila bagitau amana anak kwn mama masuk hospital sbb kena minyak panas . masa tue kitaorg tgok belog k.ayu sama2. boleh kata 2/3 jam sekali dia tanya "anak kwn mama dah ok tak?" pagi ne pun dia tanya.. ila&amana doa cepatla anaqi sembuh..

    ReplyDelete
  13. nk baik dah..nk baik dah tu..:),positif k anaqi & mummy!

    ReplyDelete
  14. aduh kesiannya peha anaqi..harap akak bertabah..sebab tu saya tak suka pergi hospital apatah lagi wad kanak2..

    ReplyDelete
  15. alahaii...kesiannye tengok peha anaqi..kesiannye kak..mesti sakit sgt kalo pecah tuh....

    ReplyDelete
  16. sakitnya kat kaki tuh..semoga anaqi cepat sembuh..mmg tak tahan duk wad kanak2 mcm2 kes ada.patutpun nurul tak jd paed..kalau tak ari2 nanges jerk

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.