Kesesakan Jalanraya Dek Kerna Perayaan Thaipusam!

Cuti 4 hari yang panjang..
Bahagia sungguh tak bekerja, boleh menghabiiskan masa bersama keluarga terchenta..
Tapi cuti disebabkan perayaan, silap haribulanler kalau salah pilih jalan untuk pergi ke mana-mana.
Dan ini terjadi pada saya, sehari sebelum Thaipusam iaitu hari Isnin 6 haribulan.. 
 Di jalan Kuching ya..bukan setakat bas awam ajer yang muatannya sesak cam sardin cap ayam..
 Di tepi bahagian kanan jalan, penuh dengan manusia yang menyertai perarakan. Ada yang datang sendirian ada yang datang berkumpulan. Cam ada nampak perarakan kavadi di sini, tapi tak berapa pasti sebab ada banyak pokok yang hidup segan tak malu (haha, betul ke falsafah) merata tumbuh kat sini.
 FRU pun ada ko..motip? Kalau banyak ambulans cam logik gak kan..
Da owang nak mengamuk kah?
Jalan memang jammed..teruk  jugak cam merangkak jer. Ni ala2 kalau lumba dengan pejalan kaki sama hebat jer prestasi. Apapun untungnya kita warga Malaysia dapat melihat pelbagai perayaan daripada macam-macam budaya, agama dan sewaktunya. Yang ketara BESHnya, yang bekerja dapatlah bercuti, wohooo...Saper tak suke cuti tapi dibayar gaji :)

p/s: Cuti tahun lepas saya berbaki 60 hari campur tahun ni wahahaha...sila kira sila kira :)
Kesesakan Jalanraya Dek Kerna Perayaan Thaipusam! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 07, 2012 Rating: 5

3 comments:

  1. memang jalan kuching tu sangat jam kalau time thaipussam.. husband i pernah sangkut 2 ham tak bergerak dek kerana termasuk jalan kuching :)

    ReplyDelete
  2. wah byknye cuti akak.. dan mmg dasat jem die.. KL tetap KL..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.