Meh Kita Lempang Ex-Pengasuh Yang Kejam Tak De Akal Ini!


KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
copy paste: Dari MyMetro On9

***************************************************************************************************************
Mula-mula masa saya tengok video rakaman budak kena bedung dan diplaster mulut dari FB. Hangin betul saya masa tu dalam hati menyumpah-nyumpah kat pengusaha taska dan pengasuh kat situ. Tapi bila baca BERITA dari METRO, ia rupa-rupanya perbuatan khianat!

Dari 2 pengasuh muda 20 dan 22 yang sengaja membedung bayi dan memplaster mulut kemudian amik video dan sebarkan. Hmmmmmmmmmmmmmm...kesalnya hati saya...sebab apa tau...

1. Remaja perempuan berakhlak macam ni... ada perasaan khianat dalam diri, dendam... sanggup buat perkara BODOH untuk memuaskan hati. Cam tak rasa takut pada perkataan "BERDOSA". Bukankah memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh!

2. Remaja perempuan yang berani melakukan perbuatan kejam menampal mulut bayi dan membedung dengan kuat pada badan kanak-kanak. Tak berperikemanusiaan lah! Dia budak der, yang besar ada otak takleh pikir dengan rasional ke? Oiii pagi-pagai sudah bagi adrenalin mak naik! Ni kalau remaja ni saya kenal, saya pergi kat die saya tampar muka empatpulohempatkali. Biar sedar sikit, sesuke suke jer nak aniaya anak owang!

Kesimpulan kat sini, kita sebagai mak ayah kena didik anak-anak agar jadi manusia yang ada sifat manusia yang baik. Kena tegur kalau salah, ni bila dah besar panjang macam ni umur dah 20-an kalau orang dulu anak dah sendiri dah bersusun buat perangai ikut hawa nafsu, menganiaya orang...akhirnya sendiri jugak yang malu...termasuk mereka dan keluarga mereka..

entri emo berbaur hampeh, argggg!
*Biaserler mak ramai anak isu2 macam ni mmg sensitip maa!

Meh Kita Lempang Ex-Pengasuh Yang Kejam Tak De Akal Ini! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 29, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. ooo..ini yg diorang sebok share.. kalau kena anak ila siap ko. aku lekat pita pelekat tue kat mulut ko pulak.. geram ne

    tapi in the other side pemilik taska ne pilih org mcm mana nak amik jadi pengasuh budak2 ne..ke main hire je sapa2 yg mtk keja?

    itu yg buat ila susah hati bila nak pindah umah, tak tau blh ke jumpa yg baik mcm sekarang .. serius susah hati..

    ReplyDelete
  2. cerita2 yg menakutkan bab2 antar anak kat nursery kan..
    moga2 anak2 kita sentiasa dilinduingiNYa..amiin

    ReplyDelete
  3. satu benda yg eB dok pelik.
    ms drg wat benda2 tuh, np org len x tau ?

    ReplyDelete
  4. Teruk perangai mereka yg takde perikemanusiaan langsung. Namanyer besar panjang. Otak letak kat lutut.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.