Proton Exora Bold 1.6 CFE : Auto-speed (Cruise) Control & Fuel Consumption

Sebagai makluman, Exora Bold turut didatangi dengan kawalan kelajuan automatik (cruise control). Nothing special nowadays but i think it's good to have it for a mpv, lebih2 lagi bila menempuhi perjalanan jauh di lebuhraya...
Cam kebanyakan kereta, location for the cruise control stick kat sebelah bawah belah kanan (belakang stereng)... 
Zoom sket... Cruise control stick boleh gerak atas-bawah, tekan button (on-off) & tarik toward u...
So bila tekan button (on), akan keluar indikator warna kuning/oren seperti kat atas... Lepas tu tekan pendikit ke halaju yg dikehendaki then gerakkan ke atas (ACC/RES) atau ke bawah (COAST/SET) untuk setkan halaju tersebut. Cruise control hanya boleh diaktifkan pada halaju melebihi 40km/j...
Bila dah diset, indikator tukar ke warna hijau cam di atas. So gambar (jgn tanya camner sy tangkap!) tu menunjukkan cruise control pada 102km/j & kelajuan enjin 2200rpm (note to my best bro ye). Sebagai perbandingan my wife Hyundai Accent 1.5(manual) melakukan 100km/j pada 2800rpm & my friend's Waja 1.6 CPS(Manual/Mitsubishi engine-last version before using Campro) pada 3000rpm. My Dugong(1.5 Auto) lak melakukan 100km/j pada 2600rpm. 

Wokeh, selesai bab tu... So nak berkongsi maklumat perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur haritu lak;
ODO: 1229km (mileage masa sampai kat KL dah ni)
Jarak perjalanan (K.T-K.L): 485.4km (termasuk tersesat kat Ajil-malas pakai GPS!) 
Masa Perjalanan (J.T): 6Jam 17Minit (juga termasuk masa sesat nih! haha)
Purata penggunaan bahanapi (AFC): 8.3L/100km
Bahanapi: Petrol Ron95 @ RM1.90/L
Kos perjalanan (petrol): RM 76.55

Ok ker? Perjalanan merangkumi jalan bandaran, kampung & highway. Masa kat highway most of the time guna cruise control pada 102km/j, tak tekan melebihi 110km/j. Lain2 kelajuan pada 80-90km/j. Penggunaan air-cond sepanjang perjalanan disamping penggunaan CD player (untuk dengar lagu je), kali ni tak tengok movie seperti masa balik ke Kota Bharu tempohari. Beban sama iaitu 2 dewasa & 5 kanak2 plus luggage (yg bertambah hanya keropok2 kehkeh).

Yang jelas, AFC lebih rendah berbanding masa perjalanan K.L-K.B aritu. Mungkin sebab perjalanan ke K.B lebih berliku & penggunaan DVD player untuk tengok movie? 

Hermit

Comments

hamdan hassan said…
Hai.saya pemilik exora bold standard.bru pakai sebulan rasa dah ok dah mykcm tu tp jgn caye sgt kt metr tu. Saya punya manual reading dlm bandar rm80 mmg dpt 420km average.mggu dpn saya nak ke terengganu..pulau perhentian.nak ikut jln jabor ajil kuala besut dr shah alam.kira2 jarak dlm 570km.travel 4 biji kereta semua adult 6 org.doakan perjalanan kami yer