Ireland's Potato, Sedap dan Mahal, Wahhh


Pagi Sabtu 10hb March 2012, saya dapat 6 invitations untuk menonton John Carter di TGV Sunway Piramid. Biasanya event anjuran Astro ada disediakan paling koman pun pop corn dan air. Tapi kali ni takde pape lah pulok. So bagi mengelakkan anak2 mengalami tekanan sebab kelaparan. Maka saya ajaklah anak2 breakfast kat Ireland's Potato betul2 di depan masuk pintu TGV.
Tempat ni memang kecik. Ada due meja makan bulat jer. Masa saya tengah makan ada dua keluarga lagi. Kiranya makan sempit-sempit kat sini.
Yang paling meragam lapar adalah my Akid lah. Alasan kukuh lagi logik dielah anak saya yang susah nak bangun pagi. Ala-ala nak pergi terus kejut mandi dan gerak ke TGV. Akid makan banyak berbanding adik-beradik yang lain.
Kebanyakan menu kat sini berasaskan kentang. So kita pilih flavour apa yang berkenan. Saya amik set seperti gambar diatas + air, jumlahnya RM12.50. Mahal gakkan tapi sedap dan kenyang. Puas hati jugaklah makan ramai --> 5 anak dan 1 mak :)

Comments

Em's Family said…
anak anak happy ok tu... :) tak pernah try lagi, i pun jarang pi sunway pyramid