#TSDayOut To Kuala Selangor - Episod 1

Hujung minggu yang awesome!
Hari Sabtu, 17 Mac 2012 saya telah menyertai outing bersama Tourism Selangor ke Kuala Selangor. Besh ke?? Best abesss :) Rombongan disertai lebih 30 orang dan kami telah melakukan pelbagai aktiviti di Kuala Selangor. Antaranya seperti melawat dan membersih "Nature Park", naik Bukit Melawati, melihat spesis ikan kolam air tawar, belajar membuat pasu dari tanah liat, melihat kelip-kelip, makan-makan dan banyak lagi!
Kami bertolak dalam 8:15 pagi. Dan dalam perjalanan ke Kuala Selangor kami telah singgah di kuil lama yang sedang dalam pembaikan. Hanya melihat sekeliling kerana kami semua tidak dibenarkan masuk ke dalam. Dikatakan kuil ini antara monumen yang bakal menjadi salah satu tarikan pelancong satu hari nanti.
Sampai di "Nature Park" kami disambut mesra oleh Encik Hafiz, orang kuat Tourism Selangor. Penerangan telah diberikan tentang aktiviiti yang bakal dijalankan sepanjang hari.
Aktiviti dimulakan dengan melawat dan membersihkan kawasan rezab paya bakau. Mak excited giler noks. First time nak tengok live "macam manalah ghupe pokok bakau?". See sungguh kejakunan! So kaki2 di atas kepunyaan member FB a.k.a rakan comper a.k.a kawan yang sekepala - Badiuz, Devi, Dyat, Niza, Ain, Fendy (lakinya Ain) dan sayalah. Cer teka cer teka mana satu kaki saya, hik hik :) Gambar boot kaki interframe dulu sebelum kerja-kerja pembersihan bermula.
Sepanjang perjalanan ke kawsan bakau kami ditemani dengan bunyi kicauan unggas hutan yang cukup mendamaikan. Ecececece... hayati ya ke? Cam bz bergossip jer memasing :)
Terdapat tasik di situ dan airnya kelihatan agak kering. Musim panas sekarang ni kan? :)
Cik Kiah posing dulu sebelum memulakan acara pembersihan. Lepas bergelut ngan lumpur kat kawasan paya bakau hilang keceriaan merah-merahan Cik Kiah nanti.
Macam nilah ghupenya lumpur kat kawasan tersebut yaw. Ekceli tengah fokus amik gambar anak ketam tapi cam tak nampak dah mana ghupe ketam yang diambil, aishhh.
Badiuz dan Dyat yang buat2 rajin, hahahahhaha. Ekceli memang dowang rajin. Huishhh ni kalau makcik2 yang ada anak pomfuan kalau tengok cara dowang bekerja hari tu memang confirm berebut nak buat menantu, hik hik. Dan nak lihat pokok bakau, cam ada dalam gambar diatas ler. Tapi pokok bakau ni sebenarnya banyak jenis. Cuma jenis yang ini, lupalah pulok nama dier!

Lepas kutip sampah satu guni sorang, semuanya pakat-pakat heret dan kumpulkan satu tempat. Lepas tu pakat-pakat posing cam retis. Tapi gambar cam retis dalam kamera saya takde lah pulok. So roger kepada Ain, Devi dan saper2 yang ada gambar saya silalah tag di FB ya :)

Penatttttttttttttttttt....
Nak Rehatttttttttttt...
Kitaorang mandi kat chalet di situ, berehat selama 5 minit terus jer serbu makan...
Masakan kampung terbaek weh. Dengan rasa sambal belacan yang meletop dan rendang ayam kaw-kaw (membuatkan Dyat menambah 2 kali makan, hahahaha). Makan tak angkat kepala walaupun mulut tu memasing pot pet tak berhenti.
Bersama air kelapa... waduuuhhhhh............ tak terkata nikmatnya setelah bekerja keras dapat makan sedap-sedap, terasa indahnya hidup....

Next...... Melawati itu punya bukit... tunggu ya :)

Comments

Ni contest u meaning mana ni ayu? Cam interesting je activity gini.
hurm... kak ayu tgk fb ain yek... semua gmbr ain upload jer... lom sempat nk wat entry mcm kak ayu... sbb terlalu rajin... huk2....
aah caman lak boleh jadi model tourism selangor ne?? ekeke

Popular Posts