Sukan Tradisi dan Sukan Rakyat, Sekali-sekala layan memang syok!

Hari Sabtu pagi, sebelum saya ke sesi rakaman Jacobs.Saya dan anak-anak bermain sukan rakyat a.k.a tradisi di Malaysia. Memang main dalam hujan gerimis sangat BEST, lepas main bukan rasa nak demam tetapi makin rasa segar-bugar lagik!
Ada acara main musical chairs... Ni bukan sukan tradisional tapi ini sukan klasik atau tradisi ni, hik hik.
Punyalah semangat my kids. Game ni Anaqi dapat Johan. Sebab die balas ganas dan paling besar kat situ, hahaha.
Perlawanan bola sepak berkain pelikat... kiut jer berlari dengan kain...
Ni saya paling suke... lompat teng teng...
Yana dapat Naib Johan... walaupun jakun :P
Galah panjang... gelanggang ni kecik benor saiz dier...
Main baling selipar... team Akid dan Afiq menang. Team bukan feveret tapi terror si Afiq tu bina selipar yang dijatuhkan...

Ada macam-macam lagi permainan sebenarnya... ada permainan batu seremban, congkak, batu ceper, bowling padang dll. Tapi saya dan anak-anak tak dapat sertai semua sebab saya ada appointment dengan pihak Jacobs sebelum pukul 1 tengahari. Anak-anak pulak begitu excited sebab first time diajar main baling selipar, teng teng yang mana kebiasaanya mereka bermain dengan alat elektronik.

p/s: Permainan ni bukan untuk kanak-kanak saja bahkan pemuda-pemudi jugak ya. Termasuklah golongan ala2 veteran seperti saya :)

Comments

u dah veteran ek ayu? hihihi......tapi i suka main galah panjang tu.....
Mama Zharfan said…
beshnya ;) teringat zmn kanak2 ;)
teringat zam dolu solu mmg suka main ten teng

Popular Posts