Anaqi di Audition Breeze "Hari Ini Saya Adalah...Abe Chef"

Saya dapat panggilan dari pihak Breeze untuk menghadiri pemilihan akhir peraduan "Hari ini saya adalah..." yang mana saya telah menghantar 2 penyertaan satu atas nama Akid dan satu lagi atas nama Anaqi. Tapi penyertaan yang terpilih adalah Anaqi...Lega sikiiit sebabnya kalau Akid saya letak "Ahli Botanis" yang sejujurnya Akid tidaklah menggemari menanam sayuran, bunggaan ke tapi makan sayur itu adalah. Saya lega sebab Anaqi saya pilih profesion Chef. Dia kan minat masak so memang kena ngan jiwa dier jadi saya cuma cakap dengan Anaqi masa audition "Jadi jer diri awak sendirik"...Walaupun hakikatnya cita-cita Anaqi nak jadi Jurutera cam Dedet tapi die memang minat masak :)
Slot kami kul 4 petang kiranya orang terakhir pada hari tersebut. Sampai-sampai jer terus masuk. Mula-mula saya ingatkan mak kena masuk sekali untuk jawab soalan. Rupa-rupanya anak sahaja. Sebab die tahu budakkan cakapnya jujur takde drama swasta dalam menjawab soalan, hahahahah..Saya masuk hanya untuk melihat Anaqi ditemubual - 3 juri utama + 2 wakil TV3 dan Breeze
So, Anaqi memang selamba badak cara dier menjawab soalan. Tapi memang hebatlah bila citer pasal masakan. Dia kan "berahi" memasak. Cuma ada satu part yang Anaqi jawab begitu jujur sehinggakan kemungkinan point di situ akan dapat markah rendah..

Interviewer: Anaqi, kalau Uncle suh Anaqi belajar masak cupcake dengan seorang chef terkenal di Malaysia, nak tak?
Anaqi: Cupcakes???? Tak naklah...
Interviewer: Kenapa tak nak?
Anaqi: Sebab saya tak suka cupcake! Manis sangat....Lagipun senang jer nak buat cupcake beli yang tepung segera die siap tulis macaman nak buat...
Part ni memang orang kat dalam bilik temuduga gelak terbahak-bahak...
Interviewer: Abis tu nak belajar masak apa??
Anaqi: Ntahhhhh..masaklah yang mencabar sikit..
Interviewer: Macam nasi goreng ker???
Anaqi: Nasi goreng senang....ntahhh takde idea nak masak apa...
Interviewer: Anaqi nak masuk dalam TV tak??
Anaqi: Haaaa! cam terkejut rupa Anaqi...dalam TV ke?.....Nantilah fikir dulu

Lepas tu Anaqi kena nyanyi...
Anaqi kan spesis pemalu nyanyi depan orang ramai..cuba suruh karoks kat umah mahu pecah itu microfon.. Dia punya tak nak menyanyi sampai interviewer pujuk suh die nyanyi lagu feveret dier..

Anaqi nyanyi lagu sekolah dier..Tu pun separuh jer....Adehhh

Apapun saya OK jer tentang audition ni. Saya takdelah buat persiapan sangat sebab hari Jumaat (hari sebelum tu saya BZ dengan jaga exam etc). Dahlah Sabtu pagi saya nak kena amik hadiah, cuci gambar dan cari baju Chef (last minute ada org kasi pinjam---TQ so much to Encik Rahim). Lepas tu masa nak gerak ke auditon orang Jati Mas call cakap hadiah kerusi meja kayu jati dah sampai (depan rumah). Sib baek malam Jumaat tu Anaqi die buat kek batik ngan Mak Biq so kiranya pergi auditon bawa hasil air tangan Anaqi jer :)

*Gambar maknyer yang duk berposing sakan di tempat menunggu teksi depan Bangunan TV3, tunggu mak sha lah ni,,lama berbenor..

Mula-mula saya takdelah excited sebab banyak perkara/kerja nak buat. Tapi bila saya diberitahu kalau terpilih anak akan diberi peluang belajar masak ngan Chef yang mana itu memang keinginan Anaqi sekian lama, saya hepi jugalah terpilih antara finalist. Seronok juga contohnya kalau profesion Dr. Haiwan die akan ke Zoo belajar ngan Doktor haiwan, pemain bola sepak akan gi trainning bola ngan pemain bola yang hebatzz. Bestkan! Cuma ini bergantung pada rezeki, kalau ada..adalah. Dan saya selalu berpesan pada Anaqi dan anak-anak yang lain. Alang2 kita dah berpeluang try capai, kalau tak berjaya, tak apa sekurang-kurangnya kita dah berusaha yang terbaik...Iya idok?

Comments

yumielufya said…
Dapat peluang yang berharga macam ni,dah cukup baik Anaqi.pasti Anaqi dapat g final nanti.Yakin boleh!! AnT Yumie doakan yg terbaik untuk Anaqi,bakal penganti chef hebat Anaqi ni..
Mama Zharfan said…
good luck anaqi!! ada chance ni :)
bagus anak2 kak ayu.. ila nak train supaya anak2 ila pun tak takut org tutama si amana yg alahaiiiiiii ikut mood dia jer
Ezna said…
i suka cara anaqi. siap ckp masak yang mencabar sikit....hehehe...x terkedu org yg mendengarnya. Pepepun moga impian Anaqi dan mak nyer tercapai....:-)
missycha said…
goodluck to my rockstar chef ye! =)
mima sha loves u!
Wansteddy Tales said…
Sangat baguskan cnts cmni. membina daya kreativiti anak dan pupuk minat sejak kecik. salute kat anaqi. berani woh jawap depan juri. kalau wan, gugup gagap dua 3 perenggan tanpa henti! hahaha
Em's Family said…
Anaqi ade peluang ni insyaAllah, dengan cara dia, tak takut dengan kamera.. :) harap2 dia dapat so dia boleh belajar memasak dengan chef
Cutemama1702 said…
bestnyer... haha aritu sy dah amik borang n dah siap bersihkan plastik breeze... konon nk antar atas name anak buah... tup2 terlupe nk pos.. aduhai.... hihi terus melepas...
amboi.. anaqi!!! good luck k!!!