Sunday, May 20, 2012

Hari Sukan Afiq Untuk Tahun 2012

Hari Sabtu 19hb Mei 2012, adalah hari sukan Afiq!
Wahhh, tiap-tiap tahun saya ada acara sukan bersama IIUM Educare...
So, Afiq telah menyertai acara "Where are the eggs?"
Dan ikut pada acara, game Afiq ni yang last untuk pelajar 5 tahun sebelum permainan untuk 6 tahun dimulakan.
Sampai jer kat tempat acara terus mendaftarkan diri untuk mendapatkan goodies bag. Isinya seperti biskut Munchy, buah epal, air kotak, jelly mangga dan roti Gardenia. Awal2 lagi Amani telah menge"pow" suku isi goodies bag ni, hehehehe.
See Afiq dan sebahagian kelas. Turut kelihatan teacher Yan dan Amir (member kelas Afiq)
Persembahan dari pelajar 6 tahun IIUM Educare PJ.
Banyak acara sebenarnya. Ini adalah salah satu game pertama yang dijalankan untuk 4 tahun.
Tibalah untuk acara Afiq. First impression Afiq time tu adalah "MENGUAP". Beberapa kali hokeh! Saya duk tergelak-gelak tengok Afiq yang tak abis menguap ketika menunggu untuk memulakan larian...
Bosan ke tensen? Hahahaha... Nampak tak Afiq sudah menggaru-garu kepala.
Bila wisel berbunyi, dengan pantas terus meluru berlari ke hadapan.
Memang nampak hebat bersaing dengan kawan-kawan...
Menyusun telur selaju mungkin... Afiq dengan sopan menyusun sebijik2 hahaha...
Lepas dah susun, bawa telur terus menuju ke garisan penamat...
Afiq kalah ya dapat ntah no. ke berapa. Sayapun tak sure. Tapi die memang hepi lepas game. Sebab dapat balik awal, hahahaha. Tu memang target dier dan dalam hati taman dier memang tak berapa hendak menang sebab nak balik awal (dia mengadu kat Anaqi sebelum acara bermula). Bertuah betoi! Apapun Afiq tetap diberi piala (cenderahati) dan gambar di atas adalah Fahim best fren Afiq sejak berusia 2 bulan, juga kalah hahahahaha. 

Syabas shahab Mr. Afiq, u did well :)

3 comments:

Mama Zharfan said...

heheh yg penting afiq enjoy :) :)

mama_umar_maryam said...

meriahnye!!xsabar plak nk merase sport day skolah umar nnt,hehehe

Hermit said...

mula2 risau gak kot2 Afiq merajuk sebab kalah... tapi... rasa pelik sbb dia hepi semacam je lepas main... lepas tu Anaqi citer yg Afiq sebelum main dah cakap nak balik tak mau main, tapi Anaqi pujuk dia suruh main jgk kalau kalah bole balik awal baru faham... hampeh tol org yg kasi nasihat... hahaha