Thursday, May 10, 2012

Tae-Ho Manusia Hebat!

Kisah mengenai Tae-Ho ni sebenarnya dah lama... Dokumentari mengenainya disiarkan oleh MBC pada 2010 dan tersebar meluas di internet pada 2011. Inilah gambar Tae-Ho yg pertama sy lihat masa mula2 tahu mengenai kisahnya dahulu. Yoo Tae-Ho (11y.o-disabilities level 1) bersama adiknya Hong Sung-Eel (8y.o-brain lesions level 1). Lihatlah keduanya, senyuman mereka... memang tersentuh (even for a man like me)...
Mengapa sy rasa Tae-Ho ni manusia hebat? Boleh tengok videonya di SINISINI dan SINI untuk sendiri menilai. Betapa tabahnya budak kecil ni melalui kehidupan walaupun diri tidak sempurna. Sentiasa tersenyum & very +ve thinking! Gambar di atas adalah semasa Tae-Ho (at that time 6y.o) ditanya mengenai kekurangannya;
Wartawan: Tae-Ho which body parts you don’t have?
Tae-Ho: Arms
Wartawan: Isn’t it hard for u to live without arms, but only legs?
Tae-Ho: It is fine
Wartawan: It is okay?
Tae-Ho: Yes!
Sedikit info mengenai Tae-Ho. Dilahirkan di Korea Selatan pada tahun 2000 dengan 'congenital deformity', Tae-Ho tiada kedua2 tangan dah hanya mempunyai 4 jari kaki pada kedua2 belah kakinya. Sy perasan yg dia juga tidak mempunyai lutut, hanya boleh bergerak samada dengan mengisut, bergolek & melompat. Dengan kecacatannya, doktor meramalkan dia tak akan hidup melebihi usia 10 tahun. Diorang salah! (Tae-Ho sudah mencecah 11 tahun semasa beritanya tersebar meluas). Ditinggalkan oleh ibubapa kandungnya selepas dilahirkan, Tae-Ho hidup di rumah kebajikan (anak yatim) dan kini dibesarkan oleh ibu angkatnya (Seung Ga-Won).
Kekurangan tidak menghalang Tae-Ho berdikari melakukan rutin harian. Juga mampu makan sendiri tanpa bantuan.
Mahir menggunakan kaki ibarat tangan...
Tae-Ho bersama rakan sekelasnya Nam-Goong Ingee. Melihat kaletah mereka memang mencuit hati. You can even see there's a lot of love inside the girl eyes in the video! Sy ada googling juga utk mengetahui khabar Tae-Ho sekarang ini tapi tiada update. Hmmm... Harap sentiasa sihat, ceria & hebat! Semoga tuhan memberkati hidupmu Tae-Ho! Btw, Tae-Ho in this pic remind me of my Afiq, ada iras.

p/s: Credits to MBC

Hermit