Friday, May 25, 2012

Tisu Pembersih Kuman KLEENEX® Untuk Membanteras Kuman Degil!

 KLEENEX® HULURKAN BANTUAN PADA HARI PEMBERSIHAN TANGAN SEDUNIA!
Sempena hari istimewa ini, Kleenex® jalankan program pendidikan dan perkenalkan Tisu Pembersih Tangan Nyahkuman Baru multipek!

************************************************
*****************************
***************
*********
**
Kenapa kita perlukan Tisu Pembersih Kuman KLEENEX®?
Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak kecil yang aktif dan suka mengekskplorasi perkara yang baru, sememangnya saya sangat mengambil berat tentang persekitaran yang penuh dengan kuman. Ini terutama apabila si kecil bermain ataupun melakukan aktiviti yang mereka gemari. Mereka akan melakukannya dengan tekun sekali. Dalam aktiviti mewarna contohnya mereka akan menggunakan pelbagai warna pensel warna sekaligus membuatkan hati mereka begitu ceria.
Namun tidak dinafikan apabila anak kecil ini beraktiviti mereka juga terdedah dengan kotoran dan kuman di persekitaran.
Oleh yang demikian sebagai ibu saya perlu memberikan perlindungan yang terbaik untuk anak saya. Dengan adanya tisu khas pembersih kuman dari KLEENEX®, dapat membantu anak kecil dijangkiti kuman sekaligus menggalakkan mereka hidup dalam persekitaran yang sihat dan bersih.
Selain daripada memberi perlindungan, tidak dinafikan rekaan tisu pembersih kuman KLEENEX® yang mudah digunakan dan praktikal dibawa mana-mana sahaja menjadikan ianya pilihan utama para ibubapa di Malaysia.
Tisu yang lembut serta agak lembap dan ianya bebas alkohol. Tisu ini juga diperkaya dengan Mentega Shea, Aloe Vera semulajadi dan Vitamin E yang mana membantu menyuburkan kulit selain membersihkannya. 
Ia juga disahkan oleh pakar dermatologi selamat untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak. See My Amani juga tidak ragu-ragu untuk menggunakannya. 
Ianya juga tidak meninggalkan rasa kekeringan, tidak melekit atau meninggalkan keladak bersabun dan tidak mengandungi bahan-bahan dari haiwan.
Teksturnya yang unik dan permukaan kapasnya yang lembut memastikan kulit dibersihkan secara lembut keseluruhannya :)
Paling penting Tisu Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® berkesan dalam membenteras 99.9% kuman tapi masih lembut untuk kulit kita semua!
Kuman tidak dapat dilihat tetapi ia berada di mana-mana, tidak hanya di kerusi tandas dan tong sampah. Ketahui tempat persembunyian mereka dan pertahankan diri anda dengan Tisu Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® "
Contohnya di alat kawalan jauh TV yang mana kita menggunakannya setiap kali kita menonton TV. Ini terutamanya kita sering menonton sambil menikmati snek, tanpa kita sedari kita akan didedahkan dengan kuman kerana tidak menjaga kebersihan. Oleh itu disarankan, agar kita sentiasa membersihkan alat kawalan jauh dan tangan sebelum menggunakan.
Ketika kita menggunakan wang dalam transaksi harian, tanpa kita sedari kita juga terdedah dengan kuman. Jadi ingatlah setiap kali selepas memegang wang, segeralah membersih tangan dengan tisu dan sebagainya.
Antara tempat paling sesuai untuk kuman berpindah dengan mudah iaitu dari mulut ke tangan dan sebagainya. Disarankan kita perlu mengelap (menyahjangkit) telefon yang digunakan dengan kerap.

Dan banyak lagi tempat yang mudah dijangkiti kuman sebenarnya...
Pesanan KLEENEX®:
 "Cara mudah untuk mengekalkan kebersihan tangan ialah dengan sentiasa bersedia dengan penyelesaian samada di sekolah, di tempat kerja, beriadah bersama keluarga, membantu seseorang atau semasa bercuti -  Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® didapati dalam pek kecil dan mudah dibawa di mana seisi keluarga dapat menggunakan dan menghargainya. Simpankannya dalam beg, tempat simpanan sarung tangan dan laci pejabat untuk mengingatkan diri bahawa kita harus membersihkan tangan sebelum makan dan minum, selepas bermain atau memegang haiwan kesayangan, waktu rehat, selepas batuk atau bersin dan lain-lain situasi di dalam dan luar rumah"        
Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® bertemakan Disney (dalam bungkusan tiga pek) berharga RM6.90.  Hanya didapati untuk masa terhad, Kleenex® juga memberikan buku aktiviti dan botol minuman kanak-kanak yang menarik untuk setiap pembelian.

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti  menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex  Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi  Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang. 

*Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan 5 Mei sebagai Hari Kebersihan Tangan Sedunia sejak 2009.

2 comments:

Em's Family said...

cepat tu buat entry ni .. :) good luck :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

maklumat yg cukup lengkap!