Ingat telekung, ingat Gedung Telekung Eksklusif!

Gedung Tudung Eksklusif, terletak berhampiran dengan UITM cawangan Shah Alam. Di lokasi strategik berdekatan dengan gedung membeli-belah seperti Jakel dan sebagainya. Paling besh, ianya juga berdekatan dengan i-City Shah Alam (on the way ke i-city boleh lah singgah, hik hik).
Pelbagai pilihan dari jenis fabrik, rekaan dan saiz boleh didapati disini. Ada juga yang dijual dalam bentuk beg bagi kemudahan "travel" . Banyak pilihan dengan harga berpatutan, pastinya memberi kepuasan untuk memiliki telekung idaman.
Telekung jenis sulaman besar (warna) antara yang mencuri hati saya. Harganya mengikut jenis kualiti kain dan sulaman. Jika tidak silap harga yang paling tinggi yang ditawarkan adalah RM580
Terdapat juga telekung jenama BONDA yang diimport khas dari Tanah Tinggi Indonesia
Kebanyakan jenis material yang dijual disini adalah jenis "English Cotton". Sangat lembut dan tidak panas, bahkan ianya sangat selesa jika dipakai untuk tempoh yang lama.
See begitu kelerful!!!!!!!!!
Lebih-lebih lagi telekung warna warni dalam beg mini.
Hati siapa yang tidak berkenan melihat kepelbagaian warna yang begitu menceriakan.
Telekung Marsya antara rekaan telekung terbaru yang diperkenalkan. Didatangkan dengan empat warna yang cantik iaitu kuning, hijau, biru dan merah jambu.
Telekung kanak-kanak yang begitu esklusif coraknya. Rekaan yang mempertengahkan kaedah gunting dan tampal gambar-gambar seperti masjid dan pokok bunga memang betul-betul menarik. Bukan sahaja telekung bahkan koleksi ini juga didatangkan sekali sejadah comel yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Saiz yang ditawarkan dari S sehingga XL dan harga yang ditawarkan adalah RM80 :)
Telekung kanak-kanak beraneka corak dan warna. Nampak lebih comel bila didatangkan bersama beg kecil yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Telekung yang sangat cantik rekaan coraknya. Bukan sahaja sesuai untuk dibuat sebagai hantaran. Bahkan sebagai cenderamata buat yang tersayang untuk dipakai harian juga juga sangat bersesuaian. Juga pada mereka yang ingin memiliki untuk kegunaan sendiri, memang tak rugi untuk memilikinya.
Selain daripada telekung, terdapat juga pakain siap dengan harga yang sangat berpatutan boleh dimiliki.
Kain sejadah yang dengan pelbagai rekaan, kain pasang dan baju kanak-kanak juga ada dijual.
Memang besh amik kesempatan posing kat kedai ni. Geeeeeeeeeeraaaaaaaaaaam sangat dengan telekung-telekung yang ada di situ. Kalau ada duit lebih memang saya nak rembat sedozen, bukan sahaja boleh dipakai kegunaan sendiri bahkan saya akan hadiahkan kepada orang-orang tersayang. 
Uols apa lagi meh ler singgah :)

Kalau tidak berkesempatan boleh juga membuat tempahan melalui talian 019-267719. Ataupun jenguk di sini ---> https://www.facebook.com/gedung.telekung.eksklusif untuk keterangan lanjut.

 Ingat telekung, ingat Gedung Telekung Eksklusif!
Ingat telekung, ingat Gedung Telekung Eksklusif! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 08, 2012 Rating: 5

3 comments:

  1. wahhhhh....harus pergi ni...warna warni macam pelangi :-)

    ReplyDelete
  2. wahhhh ayu..tenkiu sbb entry ini memberi kemudahan buat sy yg tgh mencari telekung untuk hantaran kawen..hehe org shah alam tp xtau pun ade kedai ni :p

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.