LUL Adalah Masalah Biasa, Anda Tidak Perlu Segan Dengan Adanya POISE

Sebelum tu, uols tahu ke apa itu LUL?
LUL adalah singkatan kepada "Light Urinary Leakage" atau dalam bahasa melayunya membawa maksud "lemah kawalan kencing"

Mesti uols terfikir2, adakah kemungkinan ramai wanita di dunia ini mengalami masalah LUL dalam kehidupan harian mereka. Jawapannya : YA! 

Ini kerana menurut kajian 1 daripada 4 perempuan mengalami masalah lemah kawalan kencing terutama bagi mereka-mereka yang sedang mengandung, selepas melahirkan anak, wanita berusia bahkan wanita muda yang berumur 20-an juga ada yang mengalami masalah yang sama.

Mungkin perkataan LUL ini kurang biasa kita gunakan dalam percakapan harian. Ini kerana kita lebih menggemari menyebutnya sebagai "TERKUCIL"..hehehehehe. Atas prihatin masalah yang berlaku dalam masyarakat terutama wanita POISE telah mengadakan kempen “It Happens to Me” sempena Minggu Kontinens Sedunia .

Kempen ini mengandungi mesej penting untuk disampaikan – bahawa wanita Malaysia yang mengalami LUL tidak perlu berasa segan kerana ia adalah masalah biasa yang dialami oleh 1 dalam 4 wanita sekurang-kurang sekali dalam hidup mereka. Paling menarik dalam kempen 2012 turut dihadirkan Duta Poise® Sharifah Shahira dan duta baru Raja Azura, yang turut memberi  pendekatan yang lebih hebat melalui siri video pendidikan, buku mini, peraduan pengguna dan trak mobil yang melawat tempat-tempat yang ramai orang. 
**********************************************************
Walaupun saya bukan Duta Poise, tapi saya sangat berbesar hati kerana dijemput menghadiri ke Majlis memperkenalkan kempen terbaru dari POISE. Banyak penerangan dan info berguna dapat dikongsi sepanjang majlis berlangsung.

Paling besh kehadiran 2 selebriti yang memang terkenal dengan lawak sempoinya-Kak Sheera dan Raja Azura--fuhhh semangat
Mr Sumeet Parab, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia juga banyak berkongsi tentang permasalahan LUL dan cara mengatasinya. Teruja saya mendengarnya, apatah lagi ianya dibentangkan oleh kaum adam. Benar-benar memahami :)

Habis sahaja sesi berdiskusi, kami semua berkesempatan bergambar-gambar dengan tegar POISE --- Kak Sheera. Siap tegur saya lagi, "errrrr macam biasa nampak jer muka ni"..Hahahahah. Sebenarnya saya dengan Kak Sheera biasa gak terjumpa di event tertentu tapi rasanya acara berbuka puasa satu masa dulu sebab makan semeja itu yang rasa macam kenal baik jer :p
Bila melihat gambar ni kan..moral of the story "Ayu, lain kali jangan pakai baju hitam sungguhlah tak menawan, hahahah". Adeh, tapi saya tetap berkeyakinan penampilan saya kerana saya antara pengguna POISE (ceh ceh nak cover line)
Blogger bersama Mr Sumeet Parab dan duta-duta POISE.
Blogger cun-melecun - Byzura, Shila dan Azza bersama Duta POISE. 
Ada sesi demo menguji daya serapan POISE berbanding produk lain di pasaran.
See yang produk XYZ itu meleleh ya, iyewwww. Tapi tidak dengan POISE menyerap 2x kali ganda lebih hebat.



Kami juga telah diperkenalkan dengan senaman kegel. Menarik juga, terdapat pelbagai tips senaman melalui demonstrasi yang dilakukan oleh pelatih fisioterapi yang dijemput



Untuk membantu menangani LUL, kaum wanita juga boleh melakukan Senaman Kegel untuk menguatkan otot pelvik yang membantu menghalang kebocoran. Senaman Kegel adalah rawatan berkesan untuk wanita dewasa yang mengalami lemah kawalan kencing dan tidak mendatangkan sebarang risiko kesan sampingan.

Sememangnya begitu banyak informasi dan banyak ilmu boleh dimanfaat yang diperolehi dari majlis ini. Kini dengan adanya POISE saya lebih berkeyakinan untuk melakukan apa sahaja aktiviti harian tanpa rasa segan.
TQ (Sebab jemput saya) to MC yang comel, Cik Sophia yang begitu dedikasi dalam menjayakan program seperti yang dirancangkan.Tak lupa juga team Sophia yang lain, syabas deh!


Part makan memang saya tak pernah terlepas join :)



Cenderahati yang dapat dibawa balik - cup cakes yang comey, 2 kotak lagi :)

dan GOODIES, I like :)

Kesimpulan:

Hakikatnya, kaum wanita perlu menyedari bahawa terdapat penyelesaian untuk menangani LUL, salah satunya ialah dengan menggunakan produk yang betul yang dicipta khas untuk masalah tersebut. Poise® adalah jenama produk perlindungan lemah kawalan kencing pertama untuk wanita. 

Mengenai Poise®
Poise, salah satu produk keluaran Kimberly-Clark ialah produk perlindungan masalah lemah kawalan  kencing yang pertama di Malaysia. Produk Poise, terdapat dalam kotak 16 keping, didatangkan dalam lima bentuk yang berlainan (pad biasa dan pelapik panjang, pad nipis dan nipis panjang serta pad istimewa) dengan ciri istimewa seperti perlindungan Absorb-Loc yang menyerap 2x ganda berbanding pad atau pelapik biasa, butiran kecil penyahbau yang menghalang bau kencing yang tidak menyenangkan serta penutup Dry Touch yang memjadikan anda sentiasa kering dan selesa sepanjang hari.   


Mengenai Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya yang terkenal adalah produk yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat di lebih dari 150 negara. Setiap hari, 1.3 billion orang – hampir satu perempat penduduk dunia – yakin pada produk K-C dan penyelesaian yang diberikan untuk mempertingkatkan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan  mereka dengan jenama seperti Kleenex, Scott, Huggies, Pull-ups, Kotex dan Depend, Kimberly-Clark di posisi pertama atau kedua di lebih 80 negara. Sekiranya anda ingin mengikuti perkembangan terkini tentang K-C dan mengetahui lebih lanjut berkenaan inovasi 136 tahun syarikat ini, sila layari  http://www.Kimberly-Clark.com.  

Comments

wahhhhhhhhhhh phewit phewit kak ayu glamer!!
Mama Zharfan said…
beshnya dpt attend event2 gini :) :)
Em's Family said…
i tak dapat attend event ni sebab during weekday, susah sikit nak berkejar