Wednesday, June 27, 2012

Yana Bertarung Dalam Saringan Untuk Junior Chef Adabi & Bintang Kecil

Entri khas mengenai Chef Yana :)
Ahad lepas my Yana telah menghadiri acara saringan Pertandingan Junior Chef Adabi & Bintang Kecil di Taylor's University. Ekceli terdapat dua sesi saringan dan my Yana bertanding untuk sesi tengahari.
Makanan memang ada disediakan di situ. Sentiasa ditambah dengan pelbagai menu (semuanya produk keluaran Adabi). Tak berhenti makan saya ya, sebab penat menunggu, hehehe.
Acara bermula dengan pendaftaran peserta. Kemudiannya kena cabut nombor untuk penentuan dapur dan diberikan chef untuk membantu sama.
Antara chef-chef dari Taylor's University yang terlibat dalam program ni. Muda-muda uols dan semuanya lelaki hanya sorang jer perempuan.
Para peserta mula memasuki ruang dapur yang disediakan oleh pihak Taylor's University.
Sesi taklimat dari Ketua Chef kepada semua peserta. Masa ni mak ayah, penjaga tak dibenarkan masuk ke dalam bilik kaca tersebut.
Aksi Yana di dapur bersama Chef yang membantu beliau. Ekceli chef ni takdelah bantu sangat untuk kanak-kanak yang dewasa umurnya (yang berbadan besar). Chef ni banyak menolong kanak-kanak kecil yang berumur 7 tahun. Dan saya perhatikan untuk kanak-kanak 7 tahun memang chef ni tolong masakkan. Lebih2 lagi yang chef perempuan tu, untunglah saper dapat beliau. Siap tolong deko2 lagi.
Prihatin seorang abang yang gila memasak. Saya bangga dengan Anaqi. Walaupun di sudut hati sebenarnya nak ikut Dedet gi shopping tapi semangat nak tengok Yana bertarung lebih tebal dari segalanya. Anaqi asyik komplen kat saya time tu... "Mummy, Yana langsung tak confident... tengok cara die masak pun tahu". Saya balas balik.."Hmmm, biarlah at least die dah try" :)
Masakan pertama Yana. Salad cucur udang bersama sos papaya. Hmmm... Ekceli sepatutnya rupa takdelah macam ni. Salad tu diagaul bersama dengan cucur. Yana juga lupa letak mayonis. Yang paling sadis. Gara-gara tak jumpa blender die tak buat langsung sos papaya. Sib baek saya bawa blender. Tapi sebab kelam-kabut Yana lupa letak garan dan gula. So rasa sos die rasa tawar ntah apa2, huhu.
Nasi goreng Yana... rasa not bad tapi saya tak tahu apsal die buat cili ghupe pokok camtu. Hahahaha. Adeh!
Yana disoal/diuji oleh juri. Kalau tak silap ni adalah Editor Bintang Kecil.
Bersama semua peserta. Saya sangat kagum kerana sebahagian dari kanak-kanak yang menyertai memang terror masak. Ada yang memang membantu mak dier berniaga nasi lemak. Boleh tu die buat apam guna tepung cucur Adabi. Saya buat apam pun tengok resepi. Ada yang buat nasi goreng cheese (baked cheese). Ada yang begitu kreatif menghasilkan ayam ranggup dari tepung adabi. Memang hebat2. Bila saya berbual2 ngan ibu2 peserta ni, memang kebanyakan anak-anak mereka jenis rajin ke dapur. Even ada sorang adik umur 7 tahun dah mula berniaga cupcakes yang dibuat sendiri. My Yana lak, die rajin ke dapur pun sebab nak masuk pertandingan ya. Hari-hari die nak masak. Hahaha. Kalau tak jangan harap!
Yana bersama ketua juri menerima sijil penyertaan.
Yana bersama dengan Editor Bintang Kecil. Rasa nama editor ni Yana jugak.
Oklah, satu pendedahan baik buat Yana agar beliau terus rajin masak di dapur. Hehehe. 

5 comments:

Wansteddy Tales said...

Bangga dgn Yana :) Best support dr Anaqi!

Mama Zharfan said...

keep it up!!!

Ezna said...

wahhh...semangat yana patut dibanggakan....anaqi punya spirit pun bagus!!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kak ayuuuuuuuuuuu.. huwaaaa.. frust tau ila

yumielufya said...

bestnya..terasa-rasa nak joinkan Lufya sama tapi huhu masih terlalu kecik..Yana nampak sedap jemput awak buat tu..teringin2 nak merasa..tahniah dapat bawa balik hadiah..lepas tu hadiah bagi mummy awak ya..bagussss