Posts

Showing posts from July, 2012

Ubi Kayu

Image
Dulu zaman budak2 atuk ada cerita.... Masa Jepun datang dia masih kecil...
Pernah dia tengok kapalterbang Jepun serang British... Terbang rendah setinggi pokok kelapa je... Bunyi berderum menggamit suasana... Orang kampung lari bertempiaran... Orang Jepun memang berani... Ketot2 dio pun mat saleh kecut lari... Yang tinggal gurkha upahan mat saleh... Berani dan kuat tapi sayang terlalu sedikit... Zaman Jepun dulu hidup susah... Zaman Jepun dulu susah makan... Jepun datang sapu semua makanan orang kampung... Ubi kayu makanan ruji bukannya nasi... Itu pun masih kena sorok2... Bukan tu je Jepun sapu, jumpa anak dara pun diorang sapu.... Tiap kali dengar Jepun datang... Arwah moyang ngko cepat2 sembunyikan nenek ngko....  Dalam gulungan tikar mengkuang... Kadang2 bini orang pun Jepun angkut jugak... Kutanya takde yang lawan ke? Mestilah ada yang lawan! Tapi takde makna.... Apa susah... "Pancung kappra!!!" Depan semua orang kampung.... Itu kapla kasi putus...  Tergolek2 macam bola…

Hepi Besday Akid Yang ke-7

Image
Ahad lepas 29.7 genaplah usia Akid yang ke-7 tahun. Sekejap jer masa berlalu, besar dah rupanya anak mummy ni. Akid ni sampai sekarang dia still manja lagik mana taknya panggilan 'adik' tu tetap lekat walaupun dah ada 2 adik kecik dibawahnya. Ya lah dulu konon2 nak 3 jer anak sekali amik ko 5 terus. Tapi itu semuanya rezeki yang Allah nak beri, dan kami memang mensyukurinya sangat-sangat. Celebrate besday pun ala kadar jer. Hanya disertai adik-beradik Akid plus mak paknya sekali.
Beli kek tiramisu. Tahun ni Akid dah tak nak kek yang ada kartun. Akid sendiri yang request nak kek tiramisu. Pelik jugak saya, kecik-kecik dah minat kek yang ada rasa kopi, heheheheh. Buat besday boy...Akid Zulqarnain Moga sentiasa sihat dan ceria. Jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin dan moga berjaya dunia dan akhirat.
Mummy love u so much ;

Terkejut, Terkesima, Rasa Marah dan Takziah Kepada Keluarga Arwah Syaleza

Image
Sedutan dari berita ON9 Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut. Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa. “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini. PANAS!!!!!!!! hati saya membaca berita ni. Memang hari ni saya sibuk tapi saya tetap memBZkan diri baca segala laporan mengenai kes kejadian. Pada mulanya memang agak pelik..Mana taknya mula2 dikatakan arwah bergaduh ngan suaminya dikatakan punca sebab balik lewat. Jiran sebelah rumah ada dengar mengenai pertengkaran tersebut. Lepas tu dikatakan …

Berbuka Puasa Bersama Chef Anuar Anjuran Oasis dan Anjung Seri

Image
Event ni berlakunya pada hari Sabtu, 28 Julai 2012. Anjuran bersama Oasis Swiss dan Majalah Anjung Seri. Lokasinya di Hotel Singahsana PJ. Pendaftaran bermula seawal jam 5.30 petang dan acara bermula pada pukul 6 petang dengan acara demonstrasi masakan oleh Chef Anuar.
Saya berpeluang membantu chef memasak pengat pisang kat atas pentas. Ekceli lebih kepada tukang memegang senduk dan kacau santan dalam periuk jer, hehehehe. Chef Anuar sangatlah peramah dan kelakar jugak. Tak berenti chef duk mengusik penonton yang datang menyaksikan demonstrasinya dalam memasak.


See pembantu chef in da house. Me wearing POP LOOK warna biru firus. Kainnya sangat selesa :) Dalam saya menyibukkan diri atas pentas menolong chef. My Amani pulak.........
BZ bergambar cam model tupperware..
dan model periuk keluaran Oasis, hahahah. Ni keroje Anaqilah photographer tak bertauliah :)

Selepas buka pose berjemaah. Makan buffet, pilihan takdelah banyak sangat.Tapi bagi saya OKlah sebab kalau banyak sangat pilihan …

Malaysiaku Merdeka!

Image
Tarikh 31 Ogos menghampiri lagi.... Genap 55 tahun Kemerdekaan Malaysia.... Tuakah Negaraku? Rasanya tidak... Kebanyakan warga sebelum merdeka masih boleh ditemui... Salah-satu petunjuk KITA masih 'muda'... Merekalah yang lebih memahami... 
Perit getir hidup sebagai 'hamba' di bumi sendiri...
Anak-anak ku? 
InsyaAllah, akan ku usahakan...
Agar mereka memahami erti KEMERDEKAAN...
Dan berusaha mengekalkannya....
Kerana mereka pewaris negara ini...
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...
MALAYSIAKU TERCINTA...
Kepada yang masih belum dengar lagu Tema Kemerdekaan kali ni bolehlah rujuk di SINI. Malas nak komen mengenai lirik ciptaan penulis lirik tersohor negara, Datuk Seri Dr Rais Yatim ini... Padaku Merdeka bukan pada logo, jauh sekali pada lagunya... Merdeka pada JIWA, serta kemahuan untuk BERSAMA BERJAYA... DEMI NEGARA... Tak kira apa pegangannya...

p/s: Credit juga untuk Khairil Yusni @Youtube

Hermit

Rumah Oh Rumah...

Image
Kisahnya semalam (Khamis), masa tengah drive balik ofis melalui satu taman perumahan... Terdetik nak masuk singgah, lama dah tak survey rumah so singgah ler jap :) Terus pergi showhouse, jumpa Property Consultant & tanya rumah teres dua tingkat ada lagi ke? Fasa berapa? "Err.. bang, kat perumahan ni semuanya rumah Semi-D je, 300 unit. Takde teres"... Eh? Tadi kenapa masa masuk nampak cam teres? Dah bertukar? Ajaib? Apa punya rabun la, kuikuikui... Ok lah dah 'termasuk' tanya je la, katanya sekarang dibuka Fasa 5, 2 tahun lagi siap, Fasa 1-4 semua dah abis... Tanya lak rega (paling penting!)... "Dari RM1.138Million bang..."  Jaw dropped (sebijik cam pic cuma takde la kuar hingus haha)... Terus smash dak tu... Apa punya mahal la? bukannya dalam pusat bandar, tempat ni dah kira outskirt haper?... "Ok la bang, tanah luas mah. Ada 5 + 1 Bedroom, 5 bathrooms, lagipun bukan jauh sangat ngan bandar lebih kurang 10km je. SPK sebelah sana jual RM1.3Million&…

My Amani Terjatuh Berlaku Pendarahan Di Tepi Mata

Image
Bunyi seriussssssss jer kan...hmmm
Al-kisah di notti Amani duk bukan main die melenjan melompat-lompat kat katil saya malam tadi. Turut menyertai beliau adalah si Afiq "partner in crime". Tengah syok melompat walaupun mulut saya ni bising membebel dari bilik air"Jangan lompat nanti jatuh. Malam kang nak tido gatal badan kang" . Abis jer ayat, dengar suara Amani menangis, jatuh dari katil rupanya.
Sekejap jer dia nanges. Lepas tu terus die sambung bermain kat ruang depan. Masa ni saya duk siap-siap mengemas meja makan. Tiba-tiba dengar suara Dedet mengomel "Kenapa kat tepi mata Amani ada darah...mummy mummy"...Adeh, mak dier juga kena bersoal jawab pasal kejadian yang tidak diketahui status sebenarnya.
Saya bawak Amani kat bilik air, "Ya Allah!" Banyak juga darah sampai ke rambut. Saya cuci kawasan yang ada kesan darah. Lepas tu letak minyak gamat kat tempat luka. Nampak luka tak adalah besar mana, cuma agak dalam sikit.  Ni wajah budak notti ke…

Penangan Dari Blog Nana Emaknya Damia

Image
Teruji betul... Memang betul teruji... Sebab lama tak buatkan... Rasanya last buat masa di awal tahun perkahwinan, hik hik Masa bujang, time pose ada kot 2-3 kali buat kat umah sewa.. Sekali 2 hari lepas nampak NANA maknya DAMIA.. Buat posting pasal NI! Apa lagi... Abis kelas kul 5, biarpun pasar malam + bazar ramadhan dekat jer ngan umah.. Cheq tak kira.. Nak melepas dendam buat jugak... So... Terhasilah ********** ******** ***** *** ** * * * * * * * * * * *
My the very gorjes "Puding Karamel"... Rasanya puding NANA nampak lagi gorjes, hahahaha..arghhh tapi rasanya tetap shodap.. TQ yer NANA sebab share resepi, cheq lama tak buat, lupa noks :)

Hadiah Yang Diterima, Syukran Deh!

Image
Hadiah dari last week yang diterima, walaupun takde yang grand tapi alhamdulillah ada jugak yamg masuk, hehehehe. Sekarang ni mood join mana-mana contest cam dah suam-suam susu kuku jer. Mood mim alif lam sin memang mencacak-cacak apatah lagi tibanya masuk bulan Ramadhan. Duk mengira hari jer bila nak cuti Raya, tak senonoh kan, :p Dapat Ipod shuffle dan thumb drive yang comey dari contest P&G dan Carefour. Awal-awal lagi My Yana dah booking untuk dijadikan harta peribadi dier.
voucher KFC 30 hengget dari peraduan "share and win" di FB
Menang beg GIOSSAEDI satu set dari SDK sempena Hari Ibu. Ni set yang kedua saya terima, pertama kali dulu saya terima dari Majalah Perempuan. Warna sama tapi rekaan beg ada sikit berlainan.

Dapat barangan SKINZ berjumlah RM150. Hadiah saguhati Peraduan Dazzling with SKINZ and Guardian. Peraduan berdasarkan "siggy".
Hey baby dryper contest. bila semata-mata nak join contest. Beli satu jer, sib baek menang gak.

Dari FB lagi "…