Maxi-Peel! Saya Yang Terpilih, Hehehehe

Sabtu lepas saya ke De' Palma sebabnya saya antara 8 wanita yang terpilih untuk menyertai Program My Maxi Journey-A Life Changing Experience. Sebetulnya saya tak hengat pun bila saya mendaftar untuk menyertai program ni. Alih-alih saya dapat panggilan yang saya antara top 60. Lepas tu diberitahu akan di telefon semula untuk pemberitahuan samada saya tersenarai dalam top 8. Alih-alih dapat call yang last tu. Masa tu saya duk kompius lagi... Sampailah saya menghadiri ke majlis Hotel De'Palma, segalanya jelas misi dan tanggungjawab saya  bersama Maxi-Peel.
Ada 3 sesi. Yang ini penerangan oleh doktor perubatan mengenai kulit2 nilah. Pasal dermis, epidermis... :)
Saya paling suka slot yang ini. Bersama Zenny Salihuddin pemenang Biggest Loser Asia (kategori HOME)
Semangat betul saya dengar cerita Zenny ni. Benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Bagaimana beliau mengatasi masalah konflik dengan rasa rendah diri, berat badan yang melampau cecah 102kg, menghadapi dunia yang memandang rendah kepada orang yang tiada rupa tetapi berbakat.
Time ni beliau dikenali sebagai "Princess Fiona" dari citer Shrek. Hmmmm... Tapi itu cerita lama, kalau melihat kepada Zenny hari ini, beliau adalah wanita yang sangat gorjes :)
Saya berangan nak jadi pompuan gorjes... Jangan menyampah tengok ya. Hahahaha kitaorang kena posing. Tapi saya memang tak reti posing tu macam over sesangat...
Gemoks nya saya dah sama lebar dengan banting kat sebelah. Waaaaaaaaaaaaaaaaa
Ni lah model Maxi-Peel Marian Rivera! Pelakon hebat dari Filipina. Cuns dengan kulit yang gebu mulus. Tu pakwe die tu... Apa ntah nama Ding Dong??? Dengar citer pelakon ni famos,  yang turut berlakon dalam citer Endless Love kat TV3 (yang memang penonton tu). Agak2 lepas pakai 2 bulan boleh ke macam magik jadi kulit cam Marian Rivera? Kah kah... Apapun tak salah nak menjaga rupa apatah lagi dah masuk umur 30 series ni :p
Cik/Puan,
TAHNIAH!
Tahniah! Anda telah terpilih di antara 8 wanita untuk menyertai program MyMaxi-Peel 
Journey! Program ini telah dilancarkan pada bulan Jun dengan objektif memberikan platform 
kepada 8 wanita terpilih untuk mengikuti regimen Maxi-Peel. Tambahan pula, anda akan 
menerima produk Maxi-Peel selama 1 tahun, dan wang elaun RM1000.00!!!

Ok ler kan? Dapat produk... lepas tu boleh guna... kena interview ngan wartawan Mingguan Wanita dll. Lepas tu dapatlah produk ni setahun dan cash keshiing keshing...

Comments

- zuriey - said…
bestnya kak..rugi nya kita tak tahu pun pasal ni..takpela..anyway goodluck
Nana said…
bertuah btol ayu
best gile ok'
alamak..beshnyer siap dpt elaun tu..go for it!!
CikLily Putih said…
bagus product ni, k lily tGh pakai ni, byk tanda Hitam kat muka dah start Hilang
Hermit said…
ntah haper2 la bini aku nih....