Melting Pot, Makan Buffet Steambot Memang Sedap :)

Saya menang voucher dah lama sangat, bulan 4 ari tu. Dah dekat expired date baru terhegeh-hegeh nak pergi makan. Sebab kena makan jauh kat Hotel Concorde Shah Alam, tu yang macam malas sedikit, heheh.

Pergi dengan Afiq..
Amani dan juga Encik Hubby..
Dari dessert yang pelbagai- kuih tempatan, barisan kek pelbagai jenis, ais krim, ais kacang dan cokat bersalut buah-buahan seperti anggur..
Seafood yang macam-macam ada. Tapi anak saya paling suka fish ball jer.
Ni tiram yang sentiasa menjadi kegemaran Dedet dan Anaqi..
Feveret saya Dim Sum...
Kat sini juga disediakan nasi ayam, pelbagai mee, rojak, nasi dengan lauk pelbagai contohnya kari kepala ikan, gulai kambing, ayam roasted, nasi goreng cina dll
Diserikan dengan persembahan dari kumpulan negeri seberang, Indonesia...
Memang terbaek, kami minta mereka nyanyikan 2 lagu dari Wali Band :)
My Afiq makan slow-slow tapi banyak juga. Cumakan bila makan buffet macam ni, harga dewasa seorang mencecah RM80 lebih dan kanak-kanak separuh dari harga--untuk gaya makan saya dan suami memang tak jejak 20 hengget sorang. Apatah lagi cam Afiq, lebih kurang 10 hengget jer tapi seb baik makan malam tu die masih FOC.

Overall, memang enjoy tapi memang kena makan slow-slow, lama dan banyak baru berbaloi.

Melting Pot, Makan Buffet Steambot Memang Sedap :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 21, 2012 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.