Prometheus: Movie yg ntah haper2...

Malam tadi (Jumaat malam Sabtu), me & my boys pergi tengok movie Prometheus kat One Utama...  Dapat  4 tiket dah lama tapi tak pergi2 tengok. Last2 movie dah nak abis tayangan kat cinema baru terhegeh2.
 Tinggal geng2 cik kiah kat umah (termasuk mummy hahaha) sebab tak cukup tiket... :p
 See my boys bersemangat... Tayangan pukul 10:10 malam...
Cuma satu tak puas ati ngan GSC... Iklan sebelum wayang start punyalah lama (dekat 30 minit) & ini bukan 1st time I terkena. Kena lak malam tadi boleh dikatakan tayangan lewat malam, so my boys mata dah layu masa layan iklan... Cun2 movie start Anaqi dah tido & langsung tak nak bangun bila dikejutkn (i.e dia langsung tak tgk pun movie). Akid tengok tak sampai 30 minit then 'join' abang dia gak, paling lama Afiq siap leh tido pertengahan cerita & bangun balik 30 minit sebelum abis... Buang karan betoi, sib baik tiket free LOL... 
Ok, cerita movie sket... citer sains fiksyen mengenai sekumpulan peneroka yg pergi ke satu planet nak cari 'Engineers' (Tuhan) untuk mencari jawapan kewujudan manusia. Pic kat atas tu ialah muka engineers (helmet sebenarnya).
Nilah rupa sebenar... Aliens a.k.a Engineers yg 'mencipta' manusia (sungguh sesat diorang nih! Haha). Rupabentuk fizikal tak ubah seperti manusia cuma punya susuk tubuh yg lebih besar & tinggi...
Dingdong2 rupa2nya engineers tengah rancang plan baru dengan mencipta 'senjata' untuk hapuskan manusia di bumi. Senjata tu ialah makhluk asing yg rupabentuk & caranya membiak hampir sama dengan citer "Aliens". Keseluruhan jalan cerita, skrip & watak2 sampingan yg ntah apa2... Tak best pun, jauh lagi best citer "Aliens" lakonan Sigourney Weaver (walaupun dia tak cun & dah tua hahaha)... Yang bagus cuma kualiti details gambar & pemandangan latarbelakang yg menarik...

p/s: Kalau ku tahu, baik join my boys berdengkur je reramai dalam wayang! ROFL :P

Hermit

Comments

cik kiah lagi syok layan csi hehehehe
Mama Zharfan said…
heheh syok ker tido dlm panggung beramai2 tu ;)
skulluv said…
cite ni memang asal usul sebelum alien kan?
Nana said…
hahah kita seb baik deah gtau
cite ni tak best
tu yang tak tgk
klw tak mmg nak tgk gak
i pun dpt tikets free for this movie..tak jadilah nak pi tonton mcm ni. baik tido kat rumah. parking jimat, jiwa pun selamat..lol
Hermit said…
@Mama Zharfan,
syok... :)

@skulluv,
rasanya ler...

@Devi,
sedekah je tiket tu kat saper2.. kehkeh

Popular Posts