Thursday, August 2, 2012

Dugaan Ramadhan :(

Hampir satu famili dijangkiti demam viral bermula dengan Akid, lepas tu Cik Somi (agak teruk), Anaqi dan sekarang ni My Amani pulak. Amani kalau demam memang satu badan akan rasa kepanasan. 2-3 kali ketika  sedang tidur Amani terjaga dan menjerit. Bila rasa badan dier memang panas sangat. Sebab ianya viral fever so memang makan tak lalu sebab tekak terasa bengkak, badan akan rasa sengal cam sakit sendi. Akan mula batuk dan selsema.

Semalam saya dah mula rasa dapat simpton2 deman viral. Saya amik EL semalam, tapi hari ni saya pergi kerja. Saya ni jenis malas nak menyusahkan kengkawan untuk tampal notis kat kelas yang agak jauh jaraknya antara satu kelas ke kelas yang lain. Tapi hati tak berapa rasa OK sebab hantar Amani ke nurseri walaupun pagi tadi badannya tak rasa panas. Amani cam meragam sikit...

Ada satu kelas lagi kul 4 petang ni....rasa macam nak batalkan kelas...entahlah :(

Betullah kata orang tua-tua kenikmatan hidup yang ditarik daripada manusia salah satunya apabila dihidapi penyakit. Semua perkara harian tak boleh dilakukan dengan sempurna. Dengan hati tak berapa selesa, asyik risau. Rasa nak tidur jer, malas nak buat apa-apa. Dugaan kecil  betul :(

5 comments:

Haslina Harun said...

banyakkan bersabar ek..nak buat camner..dugaan di bulan puasa

Ezna said...

kan ada kena igt 5 perkara sebelum 5 perkara. Antaranya sihat sebelum sakit......dugaan untuk u. Demam viral ni x pernah dgr plak. Moga keluarga u cepat sihat yer. Lagipun cuaca x menentu sama....

Mama Zharfan said...

sabar yer ayu..
i doakan u & ur family cepat2 sihat mcm biasa..amiin

yumielufya said...

harap semuanya akan seperti sediakala lepas ni..jgn lupa makan ubat tau

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

plg takut bila budak2 kecik dmm panas. btul. bila sakit kita rasa nikmatnyeee msa sihatkan