Thursday, August 9, 2012

Sensitiviti.. Perlu Tak Kita Sensitif??

Sensitif?
Jangan nak sentap yer!
Heheheheh...

Dalam mengejar perkembangan dunia hari ni (ayat intro tak leh blah, hahahah)
Ada juga sebilangan rakyat melayu yang tidak begitu sensitif dengan isu2 yang berkaitan dengan agama. Banyak sebenarnya! Tapi antara banyak2 tu saya nak 'highlight' isu 'wain' atau arak jer. Walaupun pada dasarnya kita tak minum minuman yang terlarang itu tapi apabila kita menjadi sebahagian penyokong pages-pages ini FB (like)--Heineken, Tiger Beer dll. Bukankah ianya tidak manis dipandang apatah lagi kita ni membawa identiti sebagai umat islam. Ada juga member setelah ditegur segera memperbetulkan keadaan dengan meng"unlike'kan balik page tersebut (mungkin tak perasan sebab ada member minta tolong voting dsbnya). Tapi yang sedeynya ada juga sebilangan dari kita, bila ditegur-->buat bodoh jer takpun "Ala kak, like jer bukan ada apaapun"...

Serupa gak kes yang mana saya menghadiri satu taklimat mengenai kulinari di sebuah IPT yang agak tershor namanya. Dari ketua jabatan, chef atasan hingga junior, 95% adalah melayu. Masa buat lawatan pendek siap diberi penerangan tentang "tatatertib" yang perlu ada ketika berada di restoran, makanan yang HALAL disediakan tapi bila tengok kat pintu masa restoran yang dinyatakan penuh dengan botol wain (dibuat hiasan). Bila ditanya "Mana dapat wain ni?" Jawapan pihak yang berkenaan "Oooo dalam dunia kulinari, adakalanya kita kena gunakan wain samada dalam bentuk cecair dalam masakan ataupun persembahan dalam hidangan". La kata tadi masak makanan halal. Lepas tu boleh dia kata "Ala, masuk sikit bukannya memabukkan, takdenya HARAM kat situ"...

Ado yang nak kena lempang. Memang takde maknanya. Haram is haram weh!

Saya memang sentap la. Walaupun kita ni bukannya 'perfect' sangat tapi time to time kenalah perbaiki diri. Janganlah perkara yang terlarang itu dibolehkan. Janganlah perkara yang menjadi asas dalam amalan harian dicampur adukkan dengan melakukan perkara yang terlarang.

Ya idok?

7 comments:

Mama Zharfan said...

tu tanda jahil tu...

Cute Mum said...

uyun pernah sekali kena tegur dengan kawan lama pasal terlike n share contest company arak.. masa tue tak perasan.. dah tau terus unlike.. lepas tue memang akan tgk profile company dulu sebelum like n join contest.. takut tersalah lagi..

Ezna said...

itu kkdg nak makan kat restoran bangsa lain walau ada tanda halal....errr

Hermit said...

tulah ada yg sengal bila tegur kenapa 'like' fb cenggini buat tak tahu je... tahu ler kaki contest tapi agak2 ler... contest pun kena hati2 halal-haram gak weh... adoyai...

Wansteddy Tales said...

setitis arak masuk dalam mulut pn... haram. apatah lagi beberapa sudu yang kononnya penyedap rasa.... manosia... manosia...

Nana said...

saya penah nampak org join contest dr page jenama arak
melayu, cine lantak dia la kan
xpaham

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

setujuuuuuuuuuuuuuuuuu