Monday, August 6, 2012

Tak Tertunai Hajat Di Hati Makan Seafood | Makan Char Kuey Teaw Ok juga :)

Al-kisahnya semalam ada hal sikit kat Shah Alam. Sedar-sedar dekat pukul 6pm, terus jer plan nak berbuka puasa kat luar. So, dah alang2 dekat Shah Alam Dedet ajaklah berbuka di Klang---> makan ikan bakar!
Sampai kat Tanjung Harapan dalam pukul 6.35 petang. Terus pergi kat restoran feveret kami. Tapi sampai jer... Mak aihhh ramainya pelanggan.
Yang beratur baru nak pilih ikan, barisan sikit punya panjang. Ada yang beratur tunggu bekas nak amik ikan pun ramai ya!
 Nampak lenggang kan tapi sebenarnya semua tempat tu dah ada orang booking!
So kami decide tak nak makan kat restoran situ. Andai kata kami beratur pilih ikan pun tak tahulah pukul berapa kami akan dapat berbuka nasi dan ikan bakar. Alang2 berada di situ sempat jugaklah jalan-jalan di tepi pantai yang penuh dengan batu.
 Walapun dah hampir waktu berbuka, muka 2 beradik ni still ceria lagik!
 My Yana yang sakit kaki :( Katanya sebab banyak berjalan, huhuhu.
Inilah gambar dari jauh restoran ikan bakar yang kami terjah tapi tak order makanan :p Last2 pusing sana-sini kat kawasan situ. Rata-rata restoran penuh yang tak penuh hanyalah restoran seafood cina, akhirnya kami terus gerak balik dengan harapan otw nampaklah mana2 restoran menarik untuk disinggah.

Nampak kedai Char Kuey Teaw kat bandar Klang... Terus jer Dedet singgah. Rasanya time ni lagi 10 minit nak masuk waktu berbuka.
Beginilah rupa Char Kuey Teaw yang diorder. Rasa memang sedap cuma kuantiti agak sedikit. Kami order juga nasi goreng dan tomyam tapi rasanya kurang umphhh sikit. Masa kat restoran ni saya order teh ais. Saya dapat teh halia ais. Pergi tukar, die hantar balik teh halia ais lagik. Pelik? Dedet malas nak banyak songeh die amik minum jer. Selang lama lepas tu die hantar teh halia tarik! Takde dalam order kami pun. Adeh.

Total belanja makan semuanya 45 hengget. Moral of the story "makan kat umah lagi sedap".

So hari ni ingat nak ajak Dedet cari seafood, so malam boleh buat ikan bakar spesel :)
Memang tak berbaloi makan kat luar. Masak kat umah walaupun simple still lagi sedap dan puas hati.

4 comments:

Mama Zharfan said...

yep, mkn kat umah puas ati :) :)

Nad @ MamaZN said...

setuju ayat bawah tu! :)

juelee said...

setuju... cuma penat sikit la nak memasak tu.. hehe

Em's Family said...

ayu, rasa tempat ni dah tak berape sedap macam dulu, i pernah buat review kat sini.. tapi tak tau la kot2 hari yang kiterang pergi tu je yang macam tu..

anyway, masak kat rumah lagiii sedapp.. lagi jimatt