Gaya Protege Pandelela Rinong

Percaya tak anak ini dahulunya sangat takutkan air?
Kalau dibawa mana2 kolam akan berpeluk sakan kerana takut dibiarkan sendirian dalam air...
Akan menjerit semahu-mahunya seperti mahu sengaja dilemaskan...
Baju kolam mandi antara pakaian paling tidak diminati...

Itu cerita dulu...
Kini, beliau merupakan "hantu air' yang sangat susah nak tarik keluar dari kolam kalau dah dapat berlenjan didalamnya...
Seorang yang sangat mengambil berat tentang baju kolamnya dan tahu menyimpan sendiri dengan elok di dalam beg baju mandi kolam yang telah disediakan...
Sejak kebelakangan ini sentiasa membuat muka simpati depan mummy untuk membelikannya baju kolam yang baru memandangkan keketatan sudah dirasai dibahagian peha yang menggebu...
demi kolam, sanggup berkelakuan baik biarpun bertahan 3 jam lamanya sekiranya sudah dijanji untuk dibawa "swimming"...
Dan lately ni sudah pandai membuat pelbagai gaya lompatan dari tebing kolam mandi meniru gaya "Pandelela Rinong"... Hehehehe...

Comments

Mama Zharfan said…
heheh kebykan kanak2 suka air --termasuk mak kanak2 gak heheeh
Aishah Megahasz said…
Boleh kawan dengan Hana Alesya. Kita pula yang takut tengok dia buat terjun tiruk
Ezna said…
jom nanti mandi kolam rumah mira...hehehhe
mama tisya said…
anak2 pantang nmpk swimming pool...sure mau berendam lama2..hehe
Falsya said…
Hahahahah..comelllll..;)