Kidszania : Ekceli Tak Cukup Pergi Sekali! | TQ Dutch Lady

Sebelum raya ari tu PIC DL call saya menjemput saya dan anak2 untuk menyertai event di Kidszania. Sebab ianya FOC dan antara taman tema kanak-kanak yang membuatkan anak saya begitu teruja untuk datang, saya pun tidak teragak2 menyatakan persetujuan, "OK, will join definitely".

Sampai kat Kidszania kul 4.30 ptg di sambut mesra staff DL dan Kidszania (pakai baju peramugari Air Asia). Registration + dapat goodies bag dari DL dan Kidszania. Lepas tu anak2 saya didekati team DL sekali lagi untuk sesi ujibakat (untuk dimasukkan dalam video selingan). Sekiranya terpilih akan diberikan sedikit token. So kat sini paling excited my Akid la, die kan suka yang dapat2 token ni, hahahahah.

Semua anak kecuali Afiq tak join. Shian dier kena tinggal :(  Untuk meneman Dedet di rumah sebenarnya.
Mula2 kami semua diberikan makanan + minuman oleh pihak DL. So makan-makan kenyang kat restoran di situ.

Lepas tu saya bawa anak2 ke event DL, yang mana jari setiap anak2 di"Scan" untuk mendapat tekstur bentuk. Ini kerana menurut kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan sedunia "Potensi anak adalah bermula dari perut ibu lagi". Ini bermakna cara pemakanan semasa ibu mengandung dan gen dari ibu-bapa itu sendiri mempengaruhi minat dan cenderung anak-anak.

Disebabkan dowang ni adik-beradik so kecenderungan tu adalah lebih kurang sama. Cuma Anaqi ada sikit berlainan. Macam Yana dan Akid mereka ini kuat dari sifat-sifat fenomena--> lebih kepada seni, daya kritis dan inovatif. Sesuai terlibat dalam bidang seni seperti pereka fesyen, pengacara (hahahahah), doktor, ahli perniagaan dll. Manakala Anaqi lebih kepada memanupulasi keliling, penyelesai masalah dan inovatif. Boleh jadi ahli politik, jurutera, ahli pemikir, wartawan, doktor dll.

Pakar dari DL dari Indonesia (lupa dah nama dier) yang memberi penerangan. Dan anak saya begitu enjoy mendengar penderangan yang diberikan.

Siyes banyak giler kali ni aktiviti perkerjaan yang dowang main. Sebab ini kali kedua anak saya datang ke Kidszania. Yang pertama kali datang di"sponsor" oleh Mima (My adiks, heheeh). So dowang dah tahu apa nak main, dah plan, dan siap ada kad debit untuk di topupkan. Antara aktiviti yang dowang main agen CSI, banker CIMB, Pakar Surgeon, Wartawan dll.

Saya hanya melepak kat merata2 tempat bersama Amani. Dowang main secara bebasnya tanpa kawalan saya, sebab dah besarkan so saya biarkan jer.

Cuma sempat terserempak anak2 saya kat port2 tertentu. So sempatlah snap2 beberapa gambar.

Ni kat wall climbing. Nak join kena bayar duit Kiszania RM10...
Giler berani anak saya panjat, gayat saya tengok. Sebab tinggi jugak.
Akid paling tak sangka. Walaupun die pendek dapat gak die sampai kat atas dah sentuh loceng tuuuu..

Lepas tu kat tempat TV3 ni my Amani jadi Director, hahahah. Ekceli Amani kena tekan "space" kat keyboard. Bagi memudahkan Anaqi membaca ramalan cuaca...
Yana sebagai Azwaliza Azman dan Akid sebagai Saifulnizam, hehehe pembaca berita Buletin Utama.
Kelakar der, tengok anak sendiri memang bersungguh menjadi pembaca berita. Paling besh tengok Akid siap baca ikut style "skema baku"..
Anaqi sebagai pengulas ramalan cuasa. Segala panas, ribut berpasir semuanya terjadi kat Malaysia ya, hahahah. Sebab ini adalah pekerjaan, so setiap anak yang main termasuk Amani dapat upah RM10 duit KIdszania. Really Fun !!!!

 Lama gak kami kat sini. Sampai Kidszania tutup. Sempatlah tengok persembahan staf2 Kidszania sebelum Kidszania melabuh tirainya pada hari itu.

Anak saya memang SERONOK. Siap bank in duit lebih masuk dalam debit kad (CIMB kad). Budget nak datang balik bila2 ke KIdszania dan main lagik. Errrrkkk, telan air liuq banyak kali maknyer. Mahal gak tix ni tapi dapat masuk memang berbaloi..

pssssssssssst: TQ Dutch Lady Malaysia yang oweeeesomeeeee!!!

Comments

Mama Zharfan said…
beshnya :) memang DL approach u personally yer...i lom bkw pun my zharfan pegi sini...tunggu hasil contest tak sangkut2 pun :p nak kena guna duit sendiri la gamaknya :)
Nana said…
klw mcm ni mahai saya rasa nak pegi
nak g juga
tgu mia besar skit
Falsya said…
Serious best sgt okayh...
Wan Amira said…
i belum lagi sempat bawak emir pergi kidzania.. best kan.. tengok budak2 tahu keje tu bukannya senang..

kalau i, ini antara aktiviti yang best :)
eynda said…
Tak bawak2 lagi anak2 ke kidzania tu :-D
Wah sgt besh..FOC pulak tu..

Ada tgk kawan2 yg dh bawak anak2 diorg g Kidszania ni, mmg besh kan..teringin gak ni nak g bawa anak2 ke kidszania ni bg pendedahan kpd anak2 ttg dunia pekerjaan kan..

Popular Posts