BEN 10 Event!! | My Anaks Memang Teruja


Bersempena dengan pelancaran Ben 10 Omniverse untuk siaran di Malaysia, Toy'Rus dengan kerjasama Ban Dai telah mengadakan "acara khas" untuk peminat Ben 10 :) Nak sertai event ni, ekceli kena beli toys Ben 10 tapi saya dengan selamba menghantar form tanpa apa2 pembelian, terpilih juga, hik hik. Dasar kemut (mahal woo, barangan Ben 10 paling cikai pun 40 hengget lebih!) hahahahah

Karakter kartun yang menjadi kegemaraan kanak-kanak khususnya kanak-kanak lelaki.

Kanak-kanak yang hadir dibahagikan kepada 5 kumpulan kira nasib jer. Setiap kumpulan ada nama alien dari cerita Ben 10. Apa yang saya perhatikan rata-rata yang hadir memang peminat cerita Ben 10 yang tegar. Bukan setakat hafal nama karektor, hafal tajuk setiap siri pun ada. Alolo saya yang minat abis dengan ceita CSI pun tak tahu sangat nama karektor apatah lagi tajuk setiap siri yang ditayangkan.

Sambung balik....so dowang buat games..........memang BESH giler. Paling takleh tahan mak bapak yang lebih excited daripada anak memasing. Games ni main dalam kumpulan :) Ada 5 games semuanya, antaranya :-

susun straw paling panjangggggggggg

pasang weapon paling pantas---siyes Anaqi memang hebat dalam acara ni. Diakan memang suka pasang2 senapang--habis koleksi Nerf kat umah-bukak, cabut, pasang!

Game ni kena carik alien dalam ais batu, sejuuuuuk giler.

Carian nombor, jumlah nombor yang berjaya dikumpul akan ditambah untuk mendapat jumlah besar.

Dan ada satu game lagik, duk pasing bola pingpong :)

Masa anak2 BZ main dengan meriahnya, mak ayah lak dengan gembiranya main toys kat sini. Termasuklah saya ngan Amani plus Yana. My Yana dier tak nak join event Ben 10, "Yana pompuan lah mummy tak de maknanya nak main ngan Alien", hahahahahah

Dan team Anaqi menang GP, clap clap.  Lelaki (sebelah Anaqi) yang pakai baju putih tu datang jauh dari Jepun (salah seorang yang terlibat dalam penghasilan kartun ben 10, pengurus Ban Dai agaknya-me Ban Tai jer ni hahaha)
Dan semua peserta diberikan hadiah. I like. Bagus takde anak2 yang merana nak merasa barang percuma.
Saya tumpang sekaki amik gambar my anaks yang beria disuruh posing oleh jurugambar disitu. Part gambar cam retis mesti Amani akan terbabit sama.
Hadiah untuk anaks, dowang memang betul enjoy! Senyum meleret dari abis event sampai balik, esok bangun pagi pun rasanya still senyum2 tengok barangan Ben 10 yang dowang dapat tu. Yang lagi hebat, Dedet punya senyuman meleret lagik panjang sebab jimat duit poket dier untuk beli barangan kegemaran anak2---ai tahu dah!

Comments

Wan Amira said…
hhaha, ayat yang last tu buat i senyum.. kalau i pun senyum sampai ke telinga :D
hihi.. pandai kak ayu htr borang kosong ek
Mama Zharfan said…
siyes besh!! ben 10 toys memang pricey :)
aduhh..camne blh xtau nih,hehehe..mcm xsanggop saje2 nk bli toys ben10 tuh..
Falsya said…
Kalau anak buah falsya tau nie mmg die heret mak pak die gie..heheehe
kalau ayu bawak both DAMIAS kat sini, mesti cepat2 ajak balik...hehe..nak yang princess2 ajer kalau gugurl

Popular Posts