Event Finale: My Maxi-Peel Journey

Jemputan untuk ke acara kemuncak/final pada 29 September 2012 telah saya terima sejak 2 minggu yang lepas. Perasaan sangat teruja terutama dapat bertemu kembali geng2 "Maxi-Peel", di Malam Gala (errrrkk) sememangnya sangat dinantikan oleh saya.
Ini antara orang kuat Maxi-Peel dijemput khas dari Filipina (jauuuuuuuuuuuh tu)
MC yang dedikasi. Bukan sekadar bijak menutur kata, bahkan mempunyai suara yang boleh tahan merdu juga.
Paling seronok, event ni turut disertai anak-anak saya dan suami. Pendek kata seisi keluarga. So, malam tu saya tak perlu masak kat rumah, hehehe. Makan free kat Full House Wangsa Walk yang ooooooooooosem.
Saya bersama peminat fanatik --My Amani-ler sapa lagi? Hehehe...
Sebagai peserta My Maxi-Peel Journey, kami juga telah dijemput kat atas pentas untuk ditemubual. Terasa cam retis kat situ hahahah. Dengan baju yang disponsor, layanan kelas pertama, lepas tu ada sesi temu bual bersama kesemua peserta. Merasalah pengalaman jadi cam pemenang ala-ala ratu dot dot. Walaupun hakikat kita idakler chantek, huhu.
My Amani bersama kawan baru kenal -"Hello Bung Sudin, salam kenal dari saya dan keluarga"
Anaqi dah cam ghupe "Sean Kingston". Berspek mata hitam diwaktu malam dan juga bertopi bulat.
Ke semua lapan peserta My Maxi-Peel Journey...
Mesti korang tertanya, apakah peranan sebagai peserta program ni kan?
Ekceli, 3 bulan sebelum ni (anggaran) kami 8 orang telah dipilih (melalui penyertaan kami di FB--ada slogan segala bagai) untuk menyertai program ala-ala testimoni pengguna produk Maxi-Peel. Saya kan ada masalah muka--warna kulit  tak sekata, jeragat, parut, kulit kusam dan gelap, so sememangnya saya mencari peluang untuk menyertai sebegini. Bila terpilih, memang excited sangat. Kami diajar bagaimana untuk memakai produk muka dengan betul dan banyak lagi secara percuma.
Palinnnnnnnnng Besh---team Maxi-Peel yang sangat sporting + dedikasi. Siyes, memang terbaik. Layanan yang diberikan dari awal penggunaan produk sehingga ke akhirnya memang saya akan kenang sampai bila-bila. Kami dibaratkan seperti berada dalam satu keluarga. Selain bertemu di FB (grup Maxi-Peel), kadang-kala kami juga berbual di corong henset :)
Sebagai salah seorang peserta saya telah diberikan cash RM1K :) Syukran...
Stok produk penjagaan muka 6 bulan :)
Ni pula, goodies bag yang diberikan kepada setiap tetamu yang hadir.
First time wooooooooo, dapat Mock Cheque atas nama sendiri. Orang lain dah dapat beberapa-kali. Saya nilah first time, huhu. Terasa seronoklak!

Apapun saya dapat rasakan perubahan pada kulit muka saya. Sekaligus memberi kesan kepada penampilan diri. Kini, saya lebih berkeyakinan walaupun tidak memliki rupa dan kulit secantik Maya Karin (ceh, cam langit dan bumi) setidak-tidaknya saya mula mengasihi kulit wajah saya sendiri. Jaga untuk kepuasan peribadi :) , ececece.

Tq Maxi-Peel...
Tq Alan dan Janell dan lain-lain team dari Maxi-Peel
Tq Zeny pemberi inspirasi..
Tq peserta Maxi-Peel yang lain atas ikatan persaudaraan yang terjalin...

Antara momen paling BESH dalam hidup saya :)

Comments

mama tisya said…
sgt best dpt 1k...tahniah ayu
liza♥aufa said…
saya juga happy dpt kenal ngan akak dan 6 yang lain :)
mmg best dapat stok penjaaan muka, dapat cash money, dapat maka free..oooosemmmmmmmmmmm
Ezna said…
pengalaman indah tu :-)
Falsya said…
bestnyeeeee dpt 1k..hehehe..
Wan Amira said…
semua best, dapat makan free dengan satu family, lepas tu dapat duit.. huhu.. congrats ayu
Merlyn Hasshim said…
Bestnya.. pengalaman itu penting.. duit pun penting gak.. hehehheheh
yumielufya said…
wahhhhhhhhhhhh..banyak stok brgan..bestnya dapat cek besar dgn nama sndri..simpan jgn bg di curi org tu..kenangan besar tu..kiki..apapun tahniah bnyak2 kak Ayu yg gojjesss..
s.g.t best..lagi2 dgn layanan yg 5 star dr organizer..tahniah sis!
wah nak autograph boleh?
Mariam Hatiqa said…
hi ayu... nak tanya nie... produk maxi peel ni nak beli kat mana yer? susa la nak cari yg original kat kat sabah...