Saturday, December 22, 2012

Comeynya Bila Bertudung

My Amani lately ni, die memang teruja nak bertudung. Perasan comey hahahaha. Sikit2 sauk tudung saya dan bergaya kat depan cermin. Lepas tu sibuk membebel "Allah, comeynya Amani ni" (cakap dengan pelat). See memang kuat perah santan Amani ni. Hahahhahaha. Ni akibat terpengaruh kata-kata pujian Dedet dier. Kalau saya selalu lebih kepada memberi kata-kata yang tidak membina "Amani Busyukk", "Amani Comotttt". Dan biasanya akan berakhir dengan pergaduhan perang mulut saya dengan Amani :p

Amani sekarang usia dier 2 tahun. Orang kata tengah perangai "comey-comey". Banyak dah perkataan dier tahu walaupun pelat tapi still boleh tangkap lagi apa yang dikata. Jenis yang sangat demanding sangat bila berpakaian. Kalau dulu OK jer pakai gaun tapi sejak akhir2 ni, nak pakai t-shirt ngan seluar panjang. Skirt memang tak nak apatah lagi skirt pendek. Habis baju2 gaun dier disarungkan kepada teddy bear kat umah.

Botol susu pun dah kurang nak. Kalau nak kena buat susu tapi takleh goncang. Kalau kita goncang botol susu (sebab nak bagi susu tu tak berketul) beliau akan mengamuk dan sanggup baling botol susu dalam sinki.

So, satu hari Dedet belikan dia tudung syria yang sangat comey. Yang display set (amik kat kepala patung). Murah tak murah jugaklah sebab tudung yang kurang kain tu berharga 15 hengget. Dan ianya menjadi tudung feveret Amani. Setiap kali nak ke mana2 pasti tudung tu akan dicarik dalam kotak baju dia. Pergi sekolah,even hari tu saya pakaikan pampers jer beliau dah pakai tudung without baju. Amani memang rasa excited bila pakai tudung tu...

Tapi tadi pagi dia menanges sebab saya rendam tudung dier dalam baldi. Gilerrrrrrr masam bau tu. Mana taknya pagi tadi makan cekodok, abis Afiq amik tudung tu lap sos tomato yang tumpah. Kesian :( 

Yang tak tahan tu Amani boleh cakap ngan Afiq "doceeee tau"
Alololo....
Walaupun Amani pakai tudung cam iklan Chipsmore "Kejap ada, kejap takde". Tapi sebagai permulaan buat anak kecil saya berbangga dengan dia :)

7 comments:

Mama Zharfan284 said...

olololo comeynya amani ;)

Ezna said...

doce tau x pakai tudung...amani amani...memang comey :-)

Eyriqazz said...

sweet...macam mamanya..hik3...

juelee said...

comelnye.. bagus la amani ni..

mama_umar_maryam said...

lol.mmg anak2 kecik ni pki tudung mcm doll!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

comel tudung tue pandai dedet pilih..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

comel sgt, sesuai dengan amani..:)