Wednesday, February 29, 2012

Meh Kita Lempang Ex-Pengasuh Yang Kejam Tak De Akal Ini!


KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
copy paste: Dari MyMetro On9

***************************************************************************************************************
Mula-mula masa saya tengok video rakaman budak kena bedung dan diplaster mulut dari FB. Hangin betul saya masa tu dalam hati menyumpah-nyumpah kat pengusaha taska dan pengasuh kat situ. Tapi bila baca BERITA dari METRO, ia rupa-rupanya perbuatan khianat!

Dari 2 pengasuh muda 20 dan 22 yang sengaja membedung bayi dan memplaster mulut kemudian amik video dan sebarkan. Hmmmmmmmmmmmmmm...kesalnya hati saya...sebab apa tau...

1. Remaja perempuan berakhlak macam ni... ada perasaan khianat dalam diri, dendam... sanggup buat perkara BODOH untuk memuaskan hati. Cam tak rasa takut pada perkataan "BERDOSA". Bukankah memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh!

2. Remaja perempuan yang berani melakukan perbuatan kejam menampal mulut bayi dan membedung dengan kuat pada badan kanak-kanak. Tak berperikemanusiaan lah! Dia budak der, yang besar ada otak takleh pikir dengan rasional ke? Oiii pagi-pagai sudah bagi adrenalin mak naik! Ni kalau remaja ni saya kenal, saya pergi kat die saya tampar muka empatpulohempatkali. Biar sedar sikit, sesuke suke jer nak aniaya anak owang!

Kesimpulan kat sini, kita sebagai mak ayah kena didik anak-anak agar jadi manusia yang ada sifat manusia yang baik. Kena tegur kalau salah, ni bila dah besar panjang macam ni umur dah 20-an kalau orang dulu anak dah sendiri dah bersusun buat perangai ikut hawa nafsu, menganiaya orang...akhirnya sendiri jugak yang malu...termasuk mereka dan keluarga mereka..

entri emo berbaur hampeh, argggg!
*Biaserler mak ramai anak isu2 macam ni mmg sensitip maa!

Prize Giving Ceremony Bejeweled Alaisyah :)

28 Feb 2012, saya dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah di Habib Jewels Ampang. Majlis bermula dalam pukul 3.30 petang dan dihadiri hampir ke semua pemenang iaitu seramai 26 orang. Pemenang dipilih secara rawak setiap minggu dan saya merupakan pemenang minggu terakhir. Syukran!
Antara pemenang-pemenang yang hadir ke majlis penyampaian hadiah. Ada yang dari Pulau Pinang, Johor, Slim River Perak, Kuantan, merata-ratalah dari Semenanjung Malaysia.
Suzz my BFF menang jugak. Menang atas nama Aimi, SIL yang memang happening. So hepi dapat bertemu dan chatting mereka-mereka ini kat situ :) Time ni tengah posing tayang hadiah, hik hik.
 Refreshment, walla! Memang terbaek. Paling suka dengan cup cake RV dan brownies coklat.
See my hadiah, bling bling emas putih bersama batu zamrud. I like :) Suzz punya warna biru. Ada yang dapat batu merah dan putih ke semuanya.
Siyes rasa hepi dengan hadiah yang bernilai RM1,500 dan modal yang dipertaruhkan hanyalah 30 hengget lebih jer sebab saya hantar 1 form. Namun ini berdasarkan "lucky draw"----kira naseb baek terkena  :) Namun bila diingatkan kembali kepada kegigihan merata saya mencari produk ini (produk ini agak baru). Sampailah Suzz (tq so much dear) inform saya kat mana boleh cari produk, iaitu kat jauh nun di Selayang Mall....So memang gigihlah saya ke Selayang semata-mata untuk membeli dan menyertai. Dan ianya "worth it". Syukur, syukur, syukur.
Harap-harap moga saya dan anda semua terus dimurahkan rezeki pada masa-masa akan datang, amin :)

Tuesday, February 28, 2012

Ke Tugu Negara Kita Yek!

Sebab dah ketandusan idea untuk beraktiviti bersama anak-anak..
Last-last Dedet ajak berPS kat Tugu Negara..
Hari Ahad der..
Ramai owang der..
Bersusun bas, beratur masuk..
Dan kitaorang terkandas dalam himpitan bas nak masuk dan kuar..
Ohhh memang panas..
Muka pun takleh control "tensi tahap gaban"
Bila nampak jer ruang kosong cam ala-ala parking..
Terus jer masuk selamba..
Janji dapat kuar dari kereta :)

So mehler layan drama sebabak, aksi anak-anak..
Malas nak upload gambar banyak...
Muka sama jer kan, hahahaha..




So, bestkah berPS disini...???????
Ok jor...cuma jangan pergi hari Ahad...
ramai noooooo pelancong KOREA, Indonesia dan India....
dan semua yang sewaktu dengannya.
Ala-ala nak bergambar guling-guling memang tak boleh, huhu..
Mak frust!
Apapun saya sayang kat TUGU ni...
Sesuatu Yang Simbolik Menjadi Kebanggaan Generasi ke Generasi 
- Keberanian Mempertahankan Negara!-

Monday, February 27, 2012

Mood Blogging Merundum Ke Laut, ME BZ Cam Menteri | Hapdet Kisah Projek Weekend Bersama Famili

WOW...
Sebab student dekat nak exam kan...
Makin BZ hidup saya :)
Bukan sahaja saya perlu datang kerja pada siangnya..
Malam pun saya ada kelas + plus kerja fellow..
Dan saya OK + Seronok juga...Siyes tak tipu...

Cuma, saya bukanlah SuperMak, yang boleh buat banyak benda dalam masa yang sama.
Hapdet blog pun tak sempat dengan mood yang menjunam ke laut..
Banyak citer...tapi nenatilah saya SHARE huhu..
No Mood untuk menulis :p ( yang ni menaip hik hik)

Borang peraduan pun saya dah lama tak usik..
MALAS dan rasa nak berehat kejap..
Bak kata iklan "have a Break have a Kit Kat"

Dan projek weekend bersama famili diteruskan macam biasa...
So meh layan foto Amani (model utama untuk blog ni ya!)
Dahlah menumpang naik owang lain yang bayar token untuk permaianan ni...mula2 macam excited
Sekali pusing mintak diturunkan lak...Iskhhh penat jer saya menebalkan muka, minta simpati utuk duk atas salah satu kuda kosong di situ khas untuk AMani :p
Sempat gak habiskan voucher Jusco 70 hennget kat Daiso...boleh erkkkk guna yang khas Daiso Jusco 1 Utama...Beshhhhhhhhhh syiokkkkk tak mampu kata apa2 kalau ianya belanja tanpa menggunakan wang hengget sendirik :)

Sunday, February 26, 2012

Datang Melawat Upin Ipin dan Kawan-Kawan

Citer last week, masa jejalan kat Shah Alam...
Tersinggah kat umah Upin Ipin
Bukan main meriah ko... so kalerful
Dari jauh dah nampak maskot katak kat atas bumbung...
Dulu rasanya bangunan ni takde lukisan Upin Ipin...
Datang kali ni ada, so sakanlah bergambar dengan Upin Ipin & the gang!
 Kat pintu masuk umah Upin Ipin..
 Amani and the gangs!
Sesi latihan bola bersama Upin...

Cantekkkk!! Kalau rajin pergilah terjah Bangunan Les Copaque Shah Alam...
Mural rumah Upin Ipin serta watak-watak lain memang menarik.
Memang beshh kalu dapat berposing sakan :)

Thursday, February 23, 2012

Akhirnya Adik Faris Pergi Jua...

Akhirnya dia pergi jua..
Jujurnya mungkin saya terlewat mengetahui tentang pemergian arwah Faris Nur Daniel..
Beliau telah pergi dalam pukul 10 pagi ni...

Tapi setiap perkembangan arwah, saya memang mengikutinya menerusi FB ayahnda arwah..
Bukan saya seorang tapi ramai rakan-rakan bloggers mengikuti sama...

Kita mungkin sedih..
Tapi kesedihan lebih berat dirasai oleh ahli keluarga yang rapat dengan beliau..
Ibu, ayah, kakak dan abangnya..
6 tahun berkongsi kegembiraan dan kedukaan dalam satu keluarga bahagia..

Tiba-tiba tuhan telah uji dengan penderitaan yang terpaksa di tanggung oleh arwah adik Faris...
Sindrom HLH...Saya petik hasil nukilan Mazidul Akmal Sidik di blognya
"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah"

23 hari arwah Faris terlantar di hospital...Dan hari ini hari ke-23 dia dijemput pulang menemui PenciptaNya...Allah Akbar...
Dan luahan ibu arwah Puan Zuriani, betul-betul menyentuh perasaan saya..

"Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya,"....dari blog Marzidul Akmal...

Mungkin itu yang terbaik..redha dan rela pemergiaan si kecil dari terus derita sengsara melawan penyakit yang dihadapinya...

Sesungguhnya, berita kehilangan adik Faris ini mengingatkan saya banyak perkara..
* Yang sihat tidak semestinya terus kekal sihat, selagi kita sihat buatlah perkara-perkara yang baik sebagai amalan akan datang..
* Segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-sata..satu hari kita pasti akan pulangkan kepadaNya..
* Dugaan maha berat adakalanya memang sukar untuk kita pikul dan hadapi, tapi demi untuk semangat juang untuk terus hidup kita harus hadapinya..
* Jangan terlalu leka dengan kegembiraan dan kesenangan yang diperolehi, sentiasa mengingatkan diri agar lebih dekat pada Ilahi, berdoa agar diri tidak diuji sehinggakan hati tidak mampu mengatasi..

Anak itu sedang berlari,
Berlari jauh mencari pelangi,
Kebahagian dicari,
Meninggalkan sisa penderitaan di bumi,
Menjauhkan segala kedukaan orang meratapi..

Anak itu sedang berlari,
Mengutip daun-daun gugur setiap hari,
Setiap doa dipanjatkan buat si bidadari,
Ingatan tulus orang yang begitu mengasihi,
dan pasti roh anak itu setia menanti,
Kehadirian ibu-bapanya di syurga nanti.

Anak itu pasti menanti..
Dan tetap menanti...
Moga tenang rohnya di sana...


Al-fatihah buat bidadari syurga Faris Nur Daniel..







Wednesday, February 22, 2012

Wahhhhh Comper Hebat | Saya Kagum Dengan Beliau!


Dari Majalah Wanita Mac, 2012

Benar-benar memberi inspirasi kepada penggiat/pengemar/peserta tegar peraduan di Malaysia. Kalau dilihat kepada jumlah hadiah yang menang memang terbaek dan mengkagumkan saya. Siyes besh...Dan sememangnya kakak dan suami di atas bukan sahaja masuk saja-saja di mana-mana peraduan yang dia suka. Selalunya kakak ini akan mengkaji terlebih dahulu-----> kena ada strategi....Wahhh, apa kes..eh tak sekarang ni kena guna perkataan apa celop selama ni saya join peraduan pun sebab suka, strategi memang takde :p Dan yang paling penting kalau ada rasa nak menang mana-mana peraduan "kena buat/join dulu"---> bak kata tajuk artikel "Tak Buat Tak Dapat"...

Kan Kan Kan
"Kalau Buat Mungkin Dapat"

Tuesday, February 21, 2012

Memotivasikan Diri Sendiri | Wake Up Derr

Macam nilah life saya hari ni....
Wawawawa...
Perlu momitavasikan diri sendiri...
Kalau kita yang sendiri tak sedar bagaimana orang lain nak membantu kita sedar...
Berusaha mengatasi segala cabaran dan sentiasa percaya diri dalam setiap perkara yang dilakukan!!

Perkara yang boleh memotivasikan untuk hari ini ialah:
Menonton Vanilla Coklat di TV3 Pukul 9 malam
dan
Pergi Pasar Malam Seksyen 17

Hik Hik

Monday, February 20, 2012

Minggu Penuh Cabaran Still Gedix NAk Posting Pasal Hadiah

Mukadimah:
Hari ni rasanya saya menyabar tahap sifu penyabar yang tegar. Berasap jugalah bila appointment ngan doktor punyalah lama terconggok kat kerusi menunggu di PPUM. Rasanya dah sempat berkenalan dengan semua pesakit kat situ. Memang panas hati apatah lagi dari pagi sampailah jam pukul 1:30 tengahari dengan saya dan Anaqi tak sempat amik breakfast, dengan teringat Yana dan Akid kat sekolah setia menunggu. Fuhhhh meledak jer, ni kalau bom jangka ada kat tangan dah lama agaknya meletop bangunan Menara Utama PPUM hari ni. Sampai jer doktor, beliau meminta maaf sangat sebab kebetulan ada banyak pesakit di wad dan di emergency (Ai duk pikiaq kat situ, bukan ke doktor plastik surgeri ni ramai kat PPUM). Tapi disebabkan kesungguhan beliau merawat kaki Anaqi, sikap amik berat sangat-sangat..siap beria nak jumpa Anaqi balik untuk mengikuti perkembangan kaki Anaqi. Terus mak dier jadi sejuk hati. Siap abis semua rawatan kat situ, amik anak-anak dari sekolah... gi lenjan makan KFC walaupun dalam wallet ada limapuluhempatringgitduapulohsen. Stress punya pasal, alasan baekkan hahahahaha.

Balik ke topik asal, daripada saya merapu dalam keadaan separa sedar angkara snack plate ayam KFC... Cikedaut freebies yang sempat saya kaut last week. Anak sakit pun sempat lagik ya... :p
                         
Jom Bali voucher yang ada TnC "ada udang di sebalik mee". Hik hik. Voucher boleh digunakan untuk hari biasa takleh weekend. Belanja 20 hengget baru boleh pakai 10 henggat voucher untuk satu resit. Hanya boleh digunakan untuk dine-in sahaja (walaupun kat vou tak tulis tapi intulah informasi yang diberikan oleh staff Jom Bali). Kesimpulannya, kalau ada rasa nak makan pergilah makan, kalau tak kita "burn"kan ajer voucher ini dengan penuh rasa lapang dada.
Bider toilet seat... wahhh hadiah khas dari saya untuk Anaqi. Hehehehhe. Apapun motip toilet ini dicipta adalah untuk menyahut seruan dunia mengenai penjagaan alam sekitar---"ezi clean..bla bla environement" wapucitau malas nak baca details kat deskripsi di tepi kotak.
Hadiah pampers dari majalah Mami&Baby. Oklah menambah stok pampers Amani. So menambah lagi tabungan untuk membeli barang kesukaan mummy, heheheheh.
Sling porch yang comey buat Amani walaupun kemenangan atas nama Yana. Sebabnya ianya telalu comey tidak sesuai untuk Yana yang sudah meningkat remaja (hehehe, remajakah? Baru darjah 3!) Lagipun Yana dah banyak koleksi handbag Barbie so kali ni kite kasi kat Amani pulak.
Hadiah kontroversi antara saya dan Dedet, hahahaha. Yang mana ketika mendapat panggilan dari Majalah Media Hiburan, beliau tersilap dengar/buat-buat tak dengar yang menyatakan Dedet telah memenangi hadiah yang berakhir dengan beg lepas tu ada ala-ala pad. Dan seingat saya, membeli Majalah Media Hiburan pada masa itupun kerana nak join Peraduan Chantek yang memenangi iPad. Cuma kompius gaklah sebab setahu saya peraduan itu diatas nama saya, hik hik...
Lawak jer bila Dedet gi amik hadiah rupanya Beg Camel Active Solomon, t-shirt dan mouse pad...
Verangan-verangan nak menang iPad kali kedua ya cik Bedah "_" Tinggi gak beg ni... pendek sikit dari Amani ajer...
Siyes beshhhhhhhhhhh!!!!! Sebab beg travel yang besar dan mahal harganya. Saiz 30" tak tahu berapa rega (survey internet ada org nak jual saiz 20" rega RM350 woooo)... Siap muat dimasukkan Afiq dan Amani :) Agak2 nak seludup anak pergi melancong bolehlah kan? hahahahha...

Ok tu jer, saya stress bertapa hari ni... byeee..........

From Vietnam With Love :)

Cak...
Cak...
Mak Bik ngan Uncle Pary pergi cuti-cuti sambil membeli-belah di Vietnam nun sana :)
So, saya pun menyibuk sekali memesan sesuatu yang berguna, cantek dipakai dan boleh memberi penjimatan berganda seperti baju untuk raya ke, dan lain-lain. Heheheh.
Meh cikedaut barang apa yang dibeli oleh Mak Biq dan suaminya untuk saya :)
 Baju kurung yang sememangnya dipilih sendiri oleh Uncle Pary. Wah citarasa yang tinggi, I like so much... suke giler. Harganya pun sangaaaaaaaaaaaaat berbaloi :)
 Perincian manik dari dekat di bahagian leher. Pehhh meletops...
Memang berbaloi harga yang dibeli baju kurung siap dengan manik-manik ni...
 Kurung pahang yang mempesona. Kain memang cantek, berat dan sejuk.
 Manik-manik lagik, suwitttttt...
 Beg besar yang diperbuat daripada kulit gajah. Kata Mak Biq lah.
Simple dan saya suke sampai kembang hidong :) :)
Kopi Vietnam yang memang mempunyai rasa dan aroma terbaik. Banyak kali dah bancuh buat Encik Somi. Dan juga FM yang comey yang bakal menghiasi pintu peti ais saya.

Memang seronoklah! Dapat ole-ole dari jauh nun---Vietnam youuu
 Cám ơn (Tq versi Vietnam)

Friday, February 17, 2012

Anaqi, Wad P3, Luka dan Adik Tersayang | Muhammad Rayyan Selamat Berjuang!

 Masuk hari ni dah 4 hari saya dan suami bergilir-gilir berkampung di Wad P3. Sampai dah kenal staff mana yang bertugas waktu pagi, tengahari dan malam. Ekceli sepatutnya Anaqi tidak berada di wad P3 ni, menurut nurse Anaqi adalah tergolong dalam kes yang tidak perlu dihantar ke dewan pembedahan,ianya cuma untuk pemerhatian doktor. Jadinya Anaqi spatutnya berada di wad bangunan betul-betu baru yang lagi besh (kata nurse tu, "besh kak wad tu macam duk kat hotel, siap ada tv skrin segala bagai). Hoho. Saya takdelah kisah sangat pasal wad ni dah namanya sakit dah ada orang tolong nak rawatkan pun kira rasa bersyukur sangat. Tapi iyalah, budakkan cam Anaqi ni die tahu rasa bosan, jemu dan sebab-sebab hari-hari die meriah dengan games, pc dan Astro. Jadi mengada lebih lah.

Kalau perasan nama-nama pesakit semuanya dikategorikan neuro atau surgeri, cuma Anaqi jer kategori plastik :p
 Setiap hari, opis saya adalah di wad P3, saya cuma akan lari balik untuk ke kelas sahaja atau pun meeting bersama kawan-kawan kerja. Petang biasanya anak-anak saya akan datang melawat. Bukannya melawat pun tapi lebih kepada meng"POW" makanan (terutama Amani), menonton tv bersama, bergossip sesama sendiri (semalam Akid bersungguh citer pada perangai Yana yang longlak kepada Anaqi---iskh isk kecik2 dah pandai membuat ketupat, hehehe) dan bermain games spt PSP. Hakikatnya kat umah boleh jer main tapi nak main kat hospital jugak!

So Afiqlah memang bersemangat setiap kali tibanya waktu minum petang dan makan malam. Bersungguh duk kat atas katil nak makan bersama Anaqi. Hishhh kalau saya memang tak lalulah makanan hospital, teringat dulu2 lepas bersalin mesti pesan hubby atau adik bawak makanan beshh termasuklah KFC, heheheheh.

Ini ada #apakahnamanyasudahkulupa..tapi air ni yang akan saya gunakan untuk cuci luka :)Selain daripada itu, selepas kuar wad, Anaqi still kena pergi hospital hari-hari untuk cuci luka.

Untuk kes Anaqi ni ada 5 doktor yang membuat rawatan. Dan semuanya doktor-doktor dari Bahagian Plastik Surgeri. Kalau doktor kanak-kanak kat PPUM ni semuanya comey tapi doktor Surgery elegan dan bergaya. Hik hik pandangan mata saya lah :)

So ini gambar luka terbaru di peha Anaqi...erkhhhh saya takut sebenarnya nak  tengok sebab cam rupa lamb chop dah :p

Anaqi makin hari makin selesa duk kat hospital. Nurse kat situ semua dah macam kakak dier. Ada time saya datang die duk lepak kat kaunter ngan nurse2 sambil makan gula-gula (nurse yang kasi). Siap pilih makanan semuanya jenis barat-: cabonaralah, chicken choplah, fish & chip...
***************************************************
 Comey tak baby ni...Nama die Rayyan..
Sejak dilahirkan seminggu jer duk rumah dan Rayyan dibesarkan sepenuhnya oleh jururawat kat sini. Bulan March Rayyan cukup berumur setahun. Dan dah lama mak ayah die tak datang jenguk. Keluarga dier duk Muar. Lamaaaaaaaaaaaa sangat tak datang jenguk anak dier ni. So setiap kali saya duk ngan Anaqi saya akan main ngan Rayyan, Mata Rayyan ni comey jer, dan hati saya selalu sayu bila dekat ngan Rayyan. Mata dier berair, dan die seolah meminta saya mendukung nak membawa die jalan. Tapi saya tak boleh, sebab badan die penuh dengan wayar.

Tapi jururawat kat sini semuanya baik dan penyayang. Memang layan Rayyan macam anak sendiri. Datang main, mandi, usap, bagi susu dan tidurkan Rayyan. Siap pampers belikan dan baju pun tolong cucikan. Hmmmmmm.....

Rayyan ni mempunyai masalah dengan usus.. Ususnya kat luar perut :(... Achik doakan Rayyan cepat sembuh, pastinya lepas Anaqi kuar wad mesti saya rindukan mata Rayyan yang redup itu :(

p/s: Sangaaaaaaaaaaaaat berterima kasih pada Dr Lilian (yang bersungguh-sungguh memastikan Anaqi mendapat cukup air dalam badan)--- menurut nurse, Dr. ni selalu call wad tanya perkembangan Anaqi terutama waktu malam. Sebab wad plastik surgery sebenarnya di tempat lain iaitu di bangunan khas. Prof Azizan (nampak muda lagi tapi dah dapat title "pakar")---yang banyak menerangkan terhadap saya tentang perkembangan luka di kulit peha Anaqi, Dr Chin ---dr gorjes yang selalu memotivasikan Anaqi, hehehehe, Dr Ensem---paling kuat menyakat tak kasi Anaqi balik dan Dr.. Cool---dr siswazah yang tak banyak cakap tapi duk tanya Anaqi hari-hari,"PSP hari ni main game apa?"...................Alhamdulillah saya dikenalkan dengan doktor-doktor yang bagus dan ikhlas untuk merawat pesakitnya. Suka sangat....Sebab itulah walau macam mana lambatnya servis, fasiliti tak secanggih swasta tapi saya tak pernah kecewa dengan doktor-doktor PPUM...TQ TQ TQ