Friday, March 30, 2012

"Mirror Mirror" on the wall

Screening yang sememangnya dinanti oleh saya...
Baca review kat on9 dah membuat hati membuak2 excited nak tonton...
Akhirnya berjaya gak...
Tontonan Hari Rabu Malam Khamis di GSC One Utama...
Apa yang best pasal Snow White? Sebab ianya citer dongeng lagenda. Rasanya ramai yang tahu dari permulaan cerita sehingga ke akhirnya. Namun bila kita tengok movie Mirror Mirror, plot citer hampir sama dengan versi Snow White tapi jalan cerita agak berbeza. Bagi saya cerita dalam movie "Mirror Mirror" ni lagi BEST dan menghiburkan. Skrip bersahaja dengan lawak spontan, evil queen yang jahat tapi melucukan, snow white yang naif tapi mempunyai semangat yang tinggi, putera yang poyo macho tapi tetap hensem dan rakan-rakan kerdil yang memang 1001 macam perangai.
Saya tak kenal pelakon ini-watak Putera Raja dan juga Snow White. Tapi saya betul minat dengan cara lakonan mereka. So suwitt argh....
Comeykan Snow White ni? Memang seperti yang digambarkan rupa paras Snow White dalam lagenda. Mata yang redup, bibir yang comel serta kulit putih mulus. Saya juga suka dengan lakonan mantap Julia Roberts... evil queen yang lawak dan ada sikit kejam. Tapi memang nampak sangat Julia Roberts dah agak berusia, heheheh...Yang takleh blah part ending sekali ada lagu english melodi versi bangra... hahahaha memang kelakau :p
Ni takde kena mengena dengan Mirror Mirror... Kalau ler uolss ada kat Giant seperti tertera pada waktu sekian-sekian ada peluang cerah "being spotted" dari team Scotch Brite dan dapatlah Goody Bag!

Ok, chowww bedah.
Hari nak mengutip hadiah ialah hari Jumaat, hehehehe...

Thursday, March 29, 2012

Wrath Of The Titans, Ok Ok ajer

Minggu ni anak2 saya berpeluang tengok 2 preview movie...
Memang best tengok free movie...
Kalau beli tix kos untuk satu keluarga dah berpuloh2 hengget..
So dah jimat tang tu...
Cuma preview kali ni bukannya cam tajaan MIG ler...
Kalau MIG die kasi makan... :)
Apapun first movie tengok untuk minggu ini citer... "Wrath of the Titans"
Kisah dalam movie ini adalah kesinambungan dari movie "Clash of the Titans"...
Preview untuk movie ni saya dapat dari Sinar.Fm :)
Dapat 4 tix... so Encik somi yang membawa kesemua anak2 kecuali saya dan Amani jer berpeleseran di rumah. Memang syok melepak2 bersama Amani, even makan nugget pun siap baring2 depan TV, hahahah.
Makan kat Burger King sebelum menonton... Katanya shodap sangat berger kat situ...
Bersungguh my kids bercerita tentang keenakan menikmati berger berbanding keBESTan citer yang ditonton.
Gambar ngan poster movie wajib ader... heheheh
Menonton kiter yaw...
Menurut kata anak2 saya "Citer ni bolehlah"... "Best gaklah"... tapi bila baca review member FB ramai yang mengatakan aksi best tapi jalan citer ntah apa2... ok-ok kot :)

Dan malam semalam tengok movie Mirror Mirror pulak. Next posting wokeh...

Wednesday, March 28, 2012

Memori :)

Gambar lama keluarga mertua...
Cer teka mana satu hubby kita...
ada cam iras anakanda terchenta..
Bulat jer muka sokmo ceria...

Hari ni saya BZ wokeh,
Kalau tak BZ sekalipun saya akan buat-buat BZ...
dah set dalam kepala RABU is My BZ Day...

Tuesday, March 27, 2012

Phewwwittt Seksi Siott Ayam Mexico!

Foto dari FB...

Kreatip kan...
Suwiittt jer ayam togel pakai spek hitam...
Macho jer ayam togel ada misai..
Comel jer ayam togel pakai lipstik...

apapun ayam ni tetap kelihatan seksi sebab togel dan nampak shodap sekali....
Laporlak....

My Kids Yang BZ Beraktiviti

My kids ni jenis suka nak buat aktiviti..
Sebelum hujung minggu siap dah ada plan nak buat apa, dengan siapa macam-macamlah..
Dan saya adakalanya memang nak rehat..
So saya pass my duty to my adiks..
Pandai2lah my kids kawtin ngan makcik-makcik kesayangan mereka...
Mak cik pulak memang melayan..
Kesimpulannya: mak boleh relaks noks, bak kata Kit Kat "Have A Break, Have a Kit Kat"

Ini antara aktiviti yang my kids buat dalam minggu lepas..

 Main bowling dengan seronoknya menghentam lane...
Semua main kecuali Amani...
Amani jadi pon-pon gurl bersama Mak Sha yang tak terror main, hahahaha..
Berbasikal di taman...
Dah lama dowang nak berbasikal..dan saya buat tak layan sebab malas nak melayan :p
Tak sangka lak akhirnya Akid boleh mengayuh basikal beroda dua..
Good..Good...
So TQ to itu dua my adiks yang bersungguh2 melayan my kids...

p/s: Khas buat Mak Sha yang bersungguh mencari besikal baru untuk my Afiq, malam tadi Afiq siap mengingau menyebut2 perkataan besikal..."Mak Sha..besikal..Mak Sha besikal"......hahahahah...(sajer jer eden buat citer, hahahahah)

Monday, March 26, 2012

Kumpul Setem dan Redeem Beg Diadora!

Gigih tau mengumpul setem ni... Ianya bermula ketika saya ada menang voucher Guardian nilaian ratusan...
Beli kemudian dapat setem...
Lepas tu kengkawan ada kasi sikit-sikit...
Lepas tu ada gak saya gi beli barang sebab nak masuk contest tapi pergi beli kat Guardian, hik hik
Paling BEST bila gi Guardian adik cashier kasi lebih sebab ada pembeli tak nak pun setem..
Last2 dapat gak 40 setem...
Saya sebenarnya ingat nak amik beg besar troli tu...
Tapi Encik Hubby duk congak2 cakap dah ada 3 beg troli kat umah, 2 yang sangat besar dan 1 yang kecik :) Last2...
Saya amik beg ni paling murah dan praktikal...
Bayar RM1.90 jer..
So kalau anak2 nak gi exam boleh bawa beg ni...
Nak letak mainan games cam psp, game boy dll boleh letak dlm beg ni :)
Oklah, iya idak?

Ada lebih 1 setem lagi... duk pikir nak kumpul lagi ke?
Hmmmmm....

Ceritera Hadiah Basi dan Terkini :)

Lama tak buat entri pasal hadiah...
Hehehehehehe...
Malas sebenarnya...
Punca dan sebab?
Hanya mereka dan keluarga mereka jer yang tahu...
Tapi saya ada prinsip jugak...
Tak kesahlah owang nak kata apapun..
Janji kita tahu apa yang tersirat dalam hati kita..
* sikitpun tak nak menunjuk sekadar hanya hendak berkongsi kegembiraan hati :)
Dapat barangsan STAR WARS... t-shirt, magnet peti ais dan sticker (takde dalam gambar :p )
Innershine, saya memang target nak minuman ni. Cam bes jer, ketika posting ni dibuat sudah 5 botol saya minum ya...I like :)
Botol air redbull... yang sangat biasa hahahaha...
Beg Gin & Jacqie berharga RM189... Mahal pada jenama jer ni, hoho. Rekaan oklah banyak compartment...
Hamper KOTEX Luxe RM 100.......
Canon Photo Printer dari suratkhabar Sinar... kena bergambar bersama produk Canon dan jawab soalan...
Barangan Aiken... rasanya berjumlah RM150. Rasanya Wan Steddy, Devi dan Uyun menang barangan yang sama...
Kemenangan buku atas nama Anaqi Bunyamin. Saya memang suka menang buku-buku cerita kanak-kanak macam ni. Sebabnya Yana suka baca Anaqi kadang membaca juga. Kiranya boleh jimat juga peruntukan membeli novel kanak-kanak setiap bulan :)
Hadiah cash saya untuk bulan ni--RM888 cantekkan nombor ni. Dapat tempat ketiga dalam contest di atas. Kena kira dan "siggy", alhamdulillah...

Tu jer hadiah untuk bulan 3.... takdelah grand2 sangat pun. Tapi tetap gembira dan bersyukur. Sekarang mood nak bercontest cam suam-suam kuku jer. Malasin! Hik hik

Saturday, March 24, 2012

Projek Hujung Minggu :)

Dah lama tak masak special untuk keluarga :)
Last week buat kek pisang, this week takde plan lagik..
Ikutkan hujung minggu ni takdelah aktiviti sangat kecuali tengok F1...
Tapi next week sangat padat masa hujung minggu saya :P

Salam berhujung minggu uolsss.........
p/s: Tiba2 dapat panggilan ada student kena sawan...hmmm kena gi hospital pulak, huhu

Friday, March 23, 2012

#TSDayOut To Kuala Selangor - Episod 5: FINALE, Kampung Kuantan Sekondeng Kelip-Kelip :)

Majlis Pentup oleh Yang Di Pertua MBKS..ringkas jer tapi meriah :)
Masa ni saya dan keletihan duk tak sabar nak pergi tengok kelip-kelip..
Pengumuman 6 pemenanh hfoto terbaik- Salah seorang Syima Emi...Syabas Inspektor Shahab!
Muka memasing excited nak naik sampan untuk melihat kelip-kelip. Kitaowang macam VIP, siap bagi naik dulu (cam potong line owang yang sedia lama menunggu, heheheheh)

Sampai sini jer gambar diambil. Masa melihat kelip-kelit tak amik pun gambar since tak dibenarkan kamera yang ada "flash"... :) Takut kelip-kelip terkejut bertempiaran lari.
 Siyes, memang pemandangan adalah seperti digambar. Nak lihat kelip kena tengok antara kul 7 malam hingga 10 malam, selepas 10 malam kemeriahan kelip-kelip semakin berkurangan. "Time to sleep dehhh"--> kelip pun nak tidoq.
Souvenir utk kitaowang....

Apapun memang best lah "Day Out With Tourism Selangor"-- banyak pengalaman dan pengisian...
Terima kasih kepada Tourism Selangor atas undangan dan peluang menerokai lebih banyak kawasan menarik di Kuala Selangor...

Jom apa lagi kengkawan..."Cuti-cuti Malaysia, Ke Kuala Selangorlah Kita "... (" _ ")

Thursday, March 22, 2012

#TSDayOut To Kuala Selangor - Episod 4: Makan Seafood Yaww!

Perhentian seterusnya ialah Kampung Penambang. Soping2 sikit kat situ, cukupkan syarat beli ole-ole dari Kuala Selangor.
Dan kami telah berhenti singgah makan seafood di sini. Dan dikatakan restoran ini begitu famos dikalangan penduduk tempatan kerana kesedapan masakan seafoodnya. Nampak kedai makan biasa2 jer tapi ramainya pelanggan.
Ada sup fishball. simple dan rasa biasa-biasa ajer.

Tapi hidangan lain yang memang ketara kesedapannya seperti:-
Sayur sawi goreng biasa bersama bawang putih.
Udang masak masam-manis dengan mayonis :)
Sotong goreng tepung, rasa ranggup dan kepedasan sedikit.
Ikan talapia (rasanya lah), masak stim. Ohh sedap ada rasa tom yam, pedas bersama halia.
Butter crab!
Crab masak bercili dengan telur asin :p

Heheheheh, banyak dan sedap-sedap...
Paling BESH dapat makan dan bersembang ngan rakan-rakan sepejuangan :)
View kat tepi restoran pun sangat cantik. See Ain layan blues di waktu senja :)
Bergossip kita ya! Bak pantun lama "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati :) "

Abis jer aktiviti makan sedap terus gerak ke Kampung Kuantan, bagi menikmati keindahan malam yang diterangi kerlipan kelip-kelip... Next entri beb (last entri).