Monday, April 30, 2012

First Time Isi Borang Bersama Staff LHDN!

Ni gara-gara semalam tersilap masuk No Pin e-filing, tak pasal-pasal pepagi saya sudah kena pergi LHDN Damanasara Perdana, hohoho. Dan ramainya lah manusia yang menyetelkan perkara pembayaran cukai disaat akhir. So, saya nak reset balik pin no. kenalah naik tingkat 3. Kat sini takdelah panjang sangat beratur seperti keadaan di tingkat satu. Tapi rata-rata yang datang memang nak isi secara on-9  bersama pegawai LHDN. Kot-kot takut salah isi, ada gak yang boleh bantu kat situ :P
 PC banyak, pegawai yang bertugas pun ramai...
 Yang beratur nak dapat no. pin baru pun agak ramai, gambar ni kelihatan tak ramai... Tapi setelah 10 minit saya menunggu makin ramai ya :p
Gambar pembuka selera, setelah penat sakan menunggu saya pun beli kek RV bersama cheese yang marvelous rasanya... 5 hengget jer, cukuplah buat alas perut yang tengah lapar tak sempat sarapan pagi dan juga merangkap makanan pembuka selera tengahari...

Memang tak senonoh, bila stress nak makan jer memanjang... hahaha...
Lepas tu duk bising..."Why arr why arr, badan saya nampak gemuk berisi?" Hik hik

Ada Apa Dengan 30hb April | LHDN dan Yuran Sekolah, Kena Gi Setel Ya!

Monday bluesssssss...kembali lagik!
Sangat stress hokeh...
Boleh salah masuk password kat e-filing semalam tengah malam..
So padan muka pada diri sendiri..
Pagi-pagi ni kena gi terjah LHDN...
Hahahahah..
Hari ni juga kena settlekan yuran sekolah anak lagi, hari ni jugak--adoihai..
Sib baek cik somi dah siap duit saya gi tolong bayar jer...
Dan ari ni juga mungkin saya nak kuarkan "carrymarks" untuk student..
Ok, bersemangat..bersemangat nak settlekan keje...
sempena dengan ESOK NAK CUTI!

Sunday, April 29, 2012

Jalan-Jalan Cari Pasal | Terjebak Dengan Membeli Di Jualan Warehouse Guardian!

Saya firsssssssssssssst time tersesat masuk di 'First Subang' Shopping Complex. Tak tahupun kewujudan shopping complex ni sehinggalah semalam semasa kami merayau-rayau mencari GIANT yang berdekatan di kawasan Subang. Ni gara-gara nak perhabihkan voucher GIANT yang dah menghampiri tarikh pupus hehehe, expired deh!
Alih-alih bukannya mencari barang di GIANT tapi pergi warehouse GUARDIAN kat situ. Sebab takde orang sangat dalam lebih kurang 6 orang jer yang berbelanja... so memang BESTla duk mengusha-usha :)
Barang NOT BAD lah harganya... dari RM1 sampailah ke RM30 hengget...
Sangat suka soft toy kat sini, yang rata-rata harganya RM5 & RM10 ajor...
Dan Amani... duk nak beg kecik pink ni usung pakai sana-sini. Tapi DEDET tak kasi beli sebab kat umah jer dah berlambak beg sekolah dier... So...
Hasil tak pergi GIANT tapi ke stock clearance sale GUARDIAN. Kami telah merembat barang-barang seperti di atas. Ni namanya peleburan yang munasabah... Hahahahahah... Paling murah jam RM1 tu siap boleh test kalau rosak boleh tukar. Amani, tak dibelikan beg RM20 tapi digantikan dengan sling beg comey yang berharga RM4. Dan saya paling suke wallet panjang gambar ala pompuan jepun berkimono seksi yang berharga RM5. Rasanya nak bagi Yana dan 70% rasa nak pakai untuk diri sendiri. Hahahaha, koya umurku masih remaja lagik ya... Apapun puas hati gaklah sebab dapat senduk mee keluli yang berharaga RM5 jer. Bak kata Akid "Kalau mummy tak guna cedok mee pun boleh juga buat garuk belakang sebab gatal!"... Bijak-bijak, senduk serba fungsi, kan? :p

Saturday, April 28, 2012

Rahsia Kesedapan Nandos Pada Ayamnya ataupun Sosnya Ya?

Saya selalu tertanya-tanya apakah rahsia Nandos ramai yang puja?
Jika Kenny Rogers---ayam dan muffin pilihan utama...
Tapi di Nandos kesedapannya angkara siapa ya?
Sosnya kah? Rempah ayamnya kah? Atau tukang masak yang berwibawa?
Cik ciliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
I like hot peri peri...
Dan ayamnya begitu sedap...
Dan menggiurkan...
So Amani... yang mana pilihan kalbu?
Ayam atau sos yang hebat itu?
Ternyata Amani lebih bersetuju...
Kesedapan...
"Yang dibayar dengan voucher itu yang no. 1"

Friday, April 27, 2012

Shopping Spree RM1688---Saya Berjaya Raih RM1389 :)

Citer semalam, pagi-pagi saya (dalam kul 7:18am) dah terpacak kat Carrefour Kepong. Sebab saya antara pemenang yang terpilih untuk menyertai "Shopping Spree Grab It All - RM1688" Yahoooo... Ni kali kedua saya menyertai aktiviti shopping free. Kali pertama dulu menang under Giant/Energizer. Yang bezanya shopping kali ni hanya untuk 5 minit, dibenarkan bawa satu troli sahaja, 1 jenis barang boleh amik 2 sahaja, hanya "dry food", pampers, susu, sabun dan toiletteries shj yang dibenarkan amik. Lain-lain takleh (dah lah saya aim nak amik mainan anak banyak2, keciwa daku, huhu). Last minit pihak Phillips kasi kawan pulak tolong. Adeh, saya dahlah datang sowang2... So berdikari sendirilah kutip barang-barang yang mampu dan sempat diambil :) Dan WAJIB barang yang diambil semua kena berada dalam troli. Kalau tak disqualified!
So hasilnya tadaaaaa... Ekceli jadi 2 troli lepas dibayar ya, hehehehe. Saya sebenarnya silap strategi. Sepatutnya lari amik barang2 kecik dulu letak kat bawah, last sekali baru amik diapers. Tapi saya gi larik amik diapers dulu. Amik dalam 10 pek lak tu sah2 dah penuh satu troli, huhuhu...
So rata2 memang yang ada cecah RM1600 lebih. Memang kebanyakan dowang aim barang mahal. Contohnya amik kopi mahal, susu mahal semuanya mahal. Coklat jenis mahal beratus-ratus. Ada gak sorang peserta ni komplen die amik 1600++ lebih, tapi die pun tak tahu nak buat apa barang2 tu. Sebab die amik barang2 kesihatan cam ginseng dll. Ada juga yang dapat amik bawah RM1000 jer... So...
Kesimpulannya, saya tetap hepi dan  bersyukur sebab barang saya kaut semuanya barang keperluan dan memang diperlukan. Walaupun nilaian cam tak cukup... tak jejak RM1688... sob sob. Harap-harap saya ada rezeki menang shopping spree lagik... :) Amin.

Thursday, April 26, 2012

Exclusive Football Clinic With Liverpool FC Legends | Akid Memang Teruja Giler!

Hari Sabtu lepas, ketika saya sibuk nak jumpa Chef Wan, Anaqi nak jumpa Sheikh Muzaffar (last2 angkasawan ni tak datang) dan My Akid, Afiq dan Iskandar (anak Kak Noni) sibuk nak pergi berlatih main bola dengan pemain lagenda Liverpool...
Ni la pemain lagenda Liverpool... Siyesly saya tak kenal... ada saper2 kenal tak? Alalalala malunyer mak cik. Saya duk tanya Encik Somi, die mana lah kenal selain dari pelumba F1... So die suh saya google... Dan macam biasa jawapan skema saya "I malas derrr..."
Ni gambar photographer khas dan yang cilik...
Abe A... (tolonggg saper tahu?)...
Abe Kakasesukehatikumemanggilnyabegitu... hahahah (tolong saper tahu? hahaha)
Abe macho... (alalalala tolonggg saper tahu?)...** nanti saya hapdet balik
Peserta klinik bola lebih kurang 50 orang...
My Akid dengan gaya seorang pemain import Liverpool lagi 10 tahun akan datang... Hahahaha
Haruslah ada goodies... I like...

Apapun beberapa teknik asas bermain bola ada diajar kepada semua peserta. Sesi beramah terlebih mesra pun ada juga. Tapi menurut Mak Sha, Akid tak mahu bergambar. Die lebih rela bermain bola dari bergambar dengan pemain lagenda yang ntah bila dapat datang ke Malaysia lagi, huhu. Frust mak nok! Apapun anakanda hepi dapat pakai original jersi bola OK dah, mana taknya duk layan beli jersi kat pasar malam jer kan Dedet? Hahahahah.

Ok tata--penat ni baru balik shopping spree yang free :) Next posting kite cecita ya :)

Wednesday, April 25, 2012

Mewarna Di IPC Sempena Dengan "Movie Carnival"

Ahad lepas, saya dan anak-anak berjimba-jimba di IPC bersempena dengan Movie Carnival (carnival ni memang diadakan setiap tahun cuma lokasi jer bertukar). 
Anak-anak saya telah menyertai Pertandingan Mewarna. Termasuklah Amani. Ekceli Amani menggantikan abang dier Anaqi yang tidak dapat menghadiri sesi mewarna petang itu kerana menemani Mak Sha kuar bershopping.
Dan rata-rata yang datang memang membuat persiapan lengkaplah. Dengan set warna yang banyak dan terbaik..
Memang jauh beza ngan persiapan anak saya yang hanya meminjam urusetia punya---jenama Tesco lak tu, hahahaha.
Amani memulakan sesi mewarna dengan membuat garisan-garisan panjang di lukisan. Bila saya tegur "Amani, kalerlah cantek-cantek"... Amani jawab apa tau "Alaaaaaa, biar aaa..." Sabor jerlah kan...
See Afiq siap baring santai cam mewarna kat umah jer kan....
Saya siap tinggalkan Amani kat situ (yang duk gigih mewarna menconteng sebenarnya). Gi pusing cuci mata jejalan tengok barang kat Cold Storage, heheheheh. Since Yana memang nak jagakan Amani sambil mewarna, so berani jugaklah saya tinggalkan kejap. Pergi tak lama, balik jer kat lokasi mewarna Amani dan adik-beradik lain still tekun lagi mewarna. Abis mewarna sibuk suh amik gambar kat kawasan event.
Lepas tu main lawan tembak. Yana lawan ngan Afiq (Yana menang). Saya lawan ngan Akid... dan Akid menang. Sengaja jer kasi Akid menang, sebab kasi chance dier merasai kemenangan :p (ekceli saya memang tak reti menembak, hahaha).
Pengumuman pemenang... Afiq conso...
Akid juga conso...
Semua peserta kategori 5-8 tahun...
Paling lawak penyertaan Amani yang mewakili abangnya Anaqi diumumkan sebagai pemenang conso termasuklah dengan my Yana...
See Amani paling kecik, pendek dan muda untuk kategori 9-12 tahun, hahahahah... Muka serius atas pentas, banggalah tu menang biarpun consolation, hahahahah. Saya duk giler gelakkan Amani kat bawah pentas.
Character appearance pun cam sama jer setiap tahun--ada Clone Troopers punyer askar :)
Yang ni MIB III lak (rasanya)... Abe aliensss
The Chipmunks!
Lepas sakan mewarna, main kat kawasan menunggu IKEA. Dan dalam kul 4pm baru gerak balik.
Gabungan hadiah mewarna dan bermain menembak - Akid, Afiq, Yana dan Amani :)

p/s: Saya teruja sebenarnya tengok Amani yang semakin sporting menyertai acara. Sebelum ni die banyak memerhati kakak dan abang, kali ni bila diberi peluang nampak dier minat dan berani untuk mencuba. Sukelah tengok perkembangan positif  Amani :)