Thursday, May 31, 2012

Beraktiviti Bersama Astro Lagi :)

Ekceli saya ingatkan aktviti memasak. Ghupanya kraf lagi. Sama lak dengan aktiviti yang dilakukan kat Da Vinci. Tapi dah daftarkan so join jugaklah. Cuma kali ni kat Pusat Servis Astro kat Cheras.
Kali ni ramai sikit peserta yang join berbanding semasa kami join di Da Vinci yang lepas.
Tapi still nampak ruang-ruang yang kosong kat situ.
Akid, Afiq dan Anaqi begitu tekun membuat kerja-kerja kraf.
Aktiviti yang berlangsung lebih kurang 1 jam jer. Takdelah lama sangat.
Peserta menunjukkan hasil kerja kreativiti memasing.
Alih-alih si Amani pun menyelit sama. Saja tumpang glam sesaat konon jadi salah satu peserta.

Ok, mak letih!

Prize Giving Peraduan Di Majalah Aniqah :)

Saya dan anak-anak menghadiri prize giving anjuran Majalah Aniqah baru-baru ini. Saya bukanlah pemenang utama, tapi dapat jemputan untuk menerima salah satu hadiah pun dah buat hati saya teruja.
Sebab saya teringin nak makan kat Kelantan Delights. Punyalah jakun, hahahaha.
Ini adalah kawasan VIP. Nampak esklusif dengan gaya merah dan hitam :)
My Yana, yang memang giler membaca novel sejak akhir-akhir ni.
Setiap tetamu yang hadir dapat cenderahari ini :)
Mural dinding yang chantek! Gambar pasar Khadijah di Kota Bharu zaman dolu-dolu.
Anaqi dan PSP bersama Akid. Sebelah Anaqi tu comper underground, hik hik. Saya memang selalu nampak nama suami isteri ni. Siti Masriani dan nama suaminya, rasanya pernah berjumpa di prize giving BH 3 tahun lepas.
Malek Noor in da house. Beliau Antara VIP yang dijemput menghadiri majlis.
Editor Majalah Aniqah...
Antara pemenang2 yang dirai. Hadiah utama Siti Masriani- menang 8h7m percutian ke Beijing untuk 2 orang, dan barangan lain yang beriban nilaiannya juga. Saya sangat suka dengan slogan yang dipertaruhkan oleh Siti, memang kelasss la... Seronok juga jadi comper yang tidak dikenali, yang diam-dian berisi. Kalau menang jenis meletop2 jugak, tapi jenis low profile...

Psssssst... Saya kat KB ni :) Cuti mengejut, petang semalam terus balik tanpa plan apapun :)

Tuesday, May 29, 2012

Anaqi shooting untuk program "Planet Kids" RTM

Last week, saya dapat call dari satu production yang membuat rakaman khas untuk program 'Planet Kids' di RTM. So, die nak shoot Anaqi untuk salah satu segmen rancangan tersebut. Saya OK jer memandangkan Anaqi pun memang suka masak...
So, shooting start kul 6:00p.m dengan Anaqi kena berpakaian ala chef.
Anaqi kena buat demo memasak. So, masa bincang2 dengan team produksi sebab segmen tak lama amik masakan paling simple dan tak renyah nak buat--so buat kek batik ajer :)
Time proof reading (betul ke? Hmmm mak main bantai jer ni)... Sesi menghafal skrip :)
Shooting lama gaklah walaupun segmen tu pendek jer. Tapi saya suka part last yang mana adik-beradik Anaqi semua turut serta...
Wah, glam gitu anak2 mummy :)
Paling tak leh blah expressi muka Akid. Muka penuh excited, dan Amani cam biasa buat muka kiut, kebil2 kan kelopak mata, hahahah...
Dapatlah token dan diagih-agihkan kepada adik-beradik (pelakon tambahan), maknya (selaku manager, hahaha nak jugakkan), mak biq (selaku tuan rumah) dan Anaqi (pendokong utama)... Hepi Anaqi sebab hasil kerja dapat duit tabungan sendiri :)



Hepi Besday to My Amani :)

Celebrate besday Amani semalam...
Tak buat besar-besaran pun...
Hanya makan-makan kami anak beranak jer :)
Rasa kejap jer Amani dah 2 tahun...
Birthday girl control cute... Hahaha
Abang2 dah kakak yang turut happy... (Akid tengah merajuk tak nak bergambar).
Buat my Amani, moga sentiasa sihat dan ceria. Moga sentiasa diberi kesihatan yang baik-baik dan mendapat keberkatan dalam segala apa yang dilakukan. Amin.

p/s: TQ to abang Anaqi sebab masak fettuchini cabonara untuk makan malam ya :) Sangat bermakna sebab maknya mengalami kepenatan yang melampau semalam, heheheh.

Monday, May 28, 2012

Dora The Explorer ~ Invitation From Astro, it's story telling time!

Saper suka Dora?? Hik hik...
Anak saya yang suka Dora, Amani sorang jer ya. Itu pun memang sebab die suka buat apa yang Dora suruh dalam rancangan tu. Kalau yang lain, takde maknanya. Semuanya lebih menggemari citer kartun penuh aksi seperti Detektif Conan, Ben 10, Oggy dll. Tapi sebab saya da dapat invitation dari Astro, so pergi jugaklah ke event Dora, it's story time kat MPH Subang Parade pada petang Ahad.
Dah namanya Dora-kan, so yang memang fanatik kanak-kanak pompuanlah. Cam My Yana pun die tak berapa tengok konon dah remaja tak sesuai lettew dengan citer2 gini, hik hik.
Pencerita dari Nicklodeon yang bersungguh-sungguh bercerita.  
Sambil bercerita ada aktviti origami. Buat cam bot selam jer. So yang bersungguh buat time ni hanyalah Amani dan Akid (Akid memang suka kerja kreativiti art).
Amani dengan muka bangga kapal selam yang dibuat olehnya ehh mak dier. Hehehehe...
Abis jer sesi citer... tiba2 kuar lagu... Dora... Dora... eh Dora Dora...
Ramai kanak-kanak mula nampak excied nampak makhluk yang bernaka "DORA" ini...
Termasuk Dora versi melayu ni, hahaha. Cam ada iras jer si Amani ngan Dora. Muka dahlah berpetak lepas tu potongan rambutpun sama. Cuma die takde kawan baik si monkey tu jer.
Dapatlah hadiah goodies dalam 5 set barangan Dora... Anak2 paling suka set puzzle tu ler...
So dah dapat adiah, apa lagi? Larikkk... Dedet malas nak tunggu sesi Q&A. Terus kitorang gi tengok perlawanan games on-9 --- DOTA! (yang turut berlangsung di shopping mall Subang Parade).

MIB3 ~ Men in Black III Betul2 "Black"

Hari Sabtu lepas ya...
Menang contest dari website Astro Ceria...
Dapat 8 tix tayangan istemewa plus lencana "Men In Black III" edisi terhad...
Ngam2 sebelum tayangan MIB3bermula...
Satu Cathay Cineplex tiba-tiba dikejutkan dengan insiden, "BLACKOUT"
Ohhh mannnn... so black-lahhh...
See walaupun blackout, still ramai yang menanti untuk menonton preview...
Lama juga blackout ni, rasanya lebih 2 jam. Sehinggakan pihak pengurusan Cathay terpaksa membatalkan semua tayangan untuk hari itu. Dan diminta pembeli2 tiket wayang datang semula keesokan harinya samada untuk menukar hari tayangan atau duit dipulangkan.

So, kami pemenang2 untuk ke pra tonton tidak pasti apa statusnya. Hanya diminta menghubungi pihak pengurusan yang menawarkan hadiah iaitu Asto (yang mana pihak Astro, awal2 lagi sudah cabut balik).

Keesokkannya hari Ahad, saya pergi terjah balik kat Cathay tu untuk bertanyakan status tiket. Sebab datang pagi ketika movie pertama Men In Black III untuk hari tu baru jer nak bermula so boss (Supervisor utk hari tu ke? Erkkk wapucitau maa) kat Cathay dengan baik hatinya menyuruh saya dan famili menonton sekali. Hehehehe. Anak-anak pun takdelah frust sebab dari semalam nak menonton movie, akhirnya tertunailah impian hati (cam ayat2 tarademark blog kak ina kl dah ni, hahahhaha)
Citer Men In Black III tidak langsung membosankan. Cam biasa ada Will Smith mesti kelakar citer ni. Ada gak adegan aksi2 sebab lawan alien, kan? Cuma saya rasa sekuel yang 3, ada part yang sedikit sedey. Bila tanya anak karektor apa yang dowang suka, kebanyakan memang suka watak Griffin (alien yang boleh meramal masa depan). Ahem don't worry saper nak menontonnya, selagi tak blackout tak ruginya derr..
Target cerita seterusnya.. The Amazing Spider Man 4 (ni citer Akid nak tengok sangat). Tapi sebelum tu, Madagascar 3! Hoyehhhh... Windu sama itu the King Of New York ---"ALEX". Mana mak die nak pulun cari tix free ni, hehehe. Ahli keluarga ramai bebenor :)