Tuesday, July 31, 2012

Ubi Kayu

Dulu zaman budak2 atuk ada cerita....
Masa Jepun datang dia masih kecil...
Pernah dia tengok kapalterbang Jepun serang British...
Terbang rendah setinggi pokok kelapa je...
Bunyi berderum menggamit suasana...
Orang kampung lari bertempiaran...
Orang Jepun memang berani...
Ketot2 dio pun mat saleh kecut lari...
Yang tinggal gurkha upahan mat saleh...
Berani dan kuat tapi sayang terlalu sedikit...
Zaman Jepun dulu hidup susah...
Zaman Jepun dulu susah makan...
Jepun datang sapu semua makanan orang kampung...
Ubi kayu makanan ruji bukannya nasi...
Itu pun masih kena sorok2...
Bukan tu je Jepun sapu, jumpa anak dara pun diorang sapu....
Tiap kali dengar Jepun datang...
Arwah moyang ngko cepat2 sembunyikan nenek ngko.... 
Dalam gulungan tikar mengkuang...
Kadang2 bini orang pun Jepun angkut jugak...
Kutanya takde yang lawan ke?
Mestilah ada yang lawan! Tapi takde makna....
Apa susah... "Pancung kappra!!!"
Depan semua orang kampung....
Itu kapla kasi putus... 
Tergolek2 macam bola...
Sadis...

p/s: Selamat berbuka puasa, tetiba teringin lak nak makan ubi rebus... Dulu bila musim hujan rajin gak gali ubi kayu kebun Abah, kasi nenek rebus cicah kelapa parut. Sambil lepak pekena kopi-o ngan atuk kat beranda umah... Besh :)

Hepi Besday Akid Yang ke-7

Ahad lepas 29.7 genaplah usia Akid yang ke-7 tahun. Sekejap jer masa berlalu, besar dah rupanya anak mummy ni. Akid ni sampai sekarang dia still manja lagik mana taknya panggilan 'adik' tu tetap lekat walaupun dah ada 2 adik kecik dibawahnya. Ya lah dulu konon2 nak 3 jer anak sekali amik ko 5 terus. Tapi itu semuanya rezeki yang Allah nak beri, dan kami memang mensyukurinya sangat-sangat.
Celebrate besday pun ala kadar jer. Hanya disertai adik-beradik Akid plus mak paknya sekali.
Beli kek tiramisu. Tahun ni Akid dah tak nak kek yang ada kartun. Akid sendiri yang request nak kek tiramisu. Pelik jugak saya, kecik-kecik dah minat kek yang ada rasa kopi, heheheheh.
Buat besday boy...Akid Zulqarnain
Moga sentiasa sihat dan ceria. Jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin dan moga berjaya dunia dan akhirat.

Mummy love u so much ;

Monday, July 30, 2012

Terkejut, Terkesima, Rasa Marah dan Takziah Kepada Keluarga Arwah Syaleza

Sedutan dari berita ON9
Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.
PANAS!!!!!!!! hati saya membaca berita ni. Memang hari ni saya sibuk tapi saya tetap memBZkan diri baca segala laporan mengenai kes kejadian. Pada mulanya memang agak pelik..Mana taknya mula2 dikatakan arwah bergaduh ngan suaminya dikatakan punca sebab balik lewat. Jiran sebelah rumah ada dengar mengenai pertengkaran tersebut. Lepas tu dikatakan arwah merajuk, lari masuk bilik dan menguncinya dari dalam. Lepas tu ada isu status BBM "Sabarlah duhai hati"...Konon2nya laki die nak ajak arwah berbuka tapi pintu terkunci dari dalam lalu dipecahkan dan nampaklah bini dier tergantung kat kipas.

Saya macam terfikir...kejadian tu berlaku sebelum kul 7pm takdelah lewat sangat kot. Adakah betul2 punca sedemikan yang mereka bergaduh besar. Arwah ni bekerja di TV9 Eskutif Pentadbiran mestilah orang berpelajaran dan biasa terlibat dengan kerja mengenai berita-berita dunia dan tempatan. Mesti arwah rasional sebelum membuat apa-apa tindakankan? Bunuh diri dengan menggantung diri.....???? Jarang benar orang melayu kita menggantungkan dirinya. Bangsa lain wallahhualam.

Saya sedih. Sangat sedih. Hilangnya seorang ibu kepada anak kecil yang berusia 2 tahun. Angkara siapa kita tak tahu. Mungkin juga orang yang terdekat seperti suaminya. Itupun tak pasti. Tapi.............

Kita tunggu dan dengar berita esok :( :(

Al-fatihah buat allahyarham Syaleza Jaffar....

Berbuka Puasa Bersama Chef Anuar Anjuran Oasis dan Anjung Seri



Event ni berlakunya pada hari Sabtu, 28 Julai 2012. Anjuran bersama Oasis Swiss dan Majalah Anjung Seri. Lokasinya di Hotel Singahsana PJ. Pendaftaran bermula seawal jam 5.30 petang dan acara bermula pada pukul 6 petang dengan acara demonstrasi masakan oleh Chef Anuar.

Saya berpeluang membantu chef memasak pengat pisang kat atas pentas. Ekceli lebih kepada tukang memegang senduk dan kacau santan dalam periuk jer, hehehehe. Chef Anuar sangatlah peramah dan kelakar jugak. Tak berenti chef duk mengusik penonton yang datang menyaksikan demonstrasinya dalam memasak.


See pembantu chef in da house. Me wearing POP LOOK warna biru firus. Kainnya sangat selesa :) Dalam saya menyibukkan diri atas pentas menolong chef. My Amani pulak.........

BZ bergambar cam model tupperware..
dan model periuk keluaran Oasis, hahahah. Ni keroje Anaqilah photographer tak bertauliah :)

Selepas buka pose berjemaah. Makan buffet, pilihan takdelah banyak sangat.Tapi bagi saya OKlah sebab kalau banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak makan apa.
Geng-geng event buka pose-dari kiri Sherly, me, Kak Zie, dyat dan Kak Shireen.
Dyat, Azie (awek dyat) dan Mama (kakak kepada Kak Zie)
Gambar bersama Chef, turut bersama my FB fren "Asfieda Impian"
Sebelum balik posing-posing dulu depan hotel :)
Gooooooooooooooooooooodiesssssssssssssssss :)
Hadiah lucky draw saya malam tu ...Hehehe mahal ni beb harga100 lebeh ni. Alhamdulillah.

Antara event berbuka puasa yang best biarpun tak de artis yang datang, tapi kami still enjoy!

Saturday, July 28, 2012

Malaysiaku Merdeka!

Tarikh 31 Ogos menghampiri lagi....
Genap 55 tahun Kemerdekaan Malaysia....
Tuakah Negaraku? Rasanya tidak...
Kebanyakan warga sebelum merdeka masih boleh ditemui...
Salah-satu petunjuk KITA masih 'muda'...
Merekalah yang lebih memahami... 
Perit getir hidup sebagai 'hamba' di bumi sendiri...
Anak-anak ku? 
InsyaAllah, akan ku usahakan...
Agar mereka memahami erti KEMERDEKAAN...
Dan berusaha mengekalkannya....
Kerana mereka pewaris negara ini...
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...
MALAYSIAKU TERCINTA...
Kepada yang masih belum dengar lagu Tema Kemerdekaan kali ni bolehlah rujuk di SINI. Malas nak komen mengenai lirik ciptaan penulis lirik tersohor negara, Datuk Seri Dr Rais Yatim ini... Padaku Merdeka bukan pada logo, jauh sekali pada lagunya... Merdeka pada JIWA, serta kemahuan untuk BERSAMA BERJAYA... DEMI NEGARA... Tak kira apa pegangannya...

p/s: Credit juga untuk Khairil Yusni @Youtube

Hermit

Friday, July 27, 2012

Rumah Oh Rumah...

Kisahnya semalam (Khamis), masa tengah drive balik ofis melalui satu taman perumahan... Terdetik nak masuk singgah, lama dah tak survey rumah so singgah ler jap :)
Terus pergi showhouse, jumpa Property Consultant & tanya rumah teres dua tingkat ada lagi ke? Fasa berapa? "Err.. bang, kat perumahan ni semuanya rumah Semi-D je, 300 unit. Takde teres"... Eh? Tadi kenapa masa masuk nampak cam teres? Dah bertukar? Ajaib? Apa punya rabun la, kuikuikui... Ok lah dah 'termasuk' tanya je la, katanya sekarang dibuka Fasa 5, 2 tahun lagi siap, Fasa 1-4 semua dah abis... Tanya lak rega (paling penting!)... "Dari RM1.138Million bang..." 
Jaw dropped (sebijik cam pic cuma takde la kuar hingus haha)... Terus smash dak tu... Apa punya mahal la? bukannya dalam pusat bandar, tempat ni dah kira outskirt haper?... "Ok la bang, tanah luas mah. Ada 5 + 1 Bedroom, 5 bathrooms, lagipun bukan jauh sangat ngan bandar lebih kurang 10km je. SPK sebelah sana jual RM1.3Million"... Actually 12km la dik, macam ni abang mana mampu... "Saya pun tak mampu gak bang, hahaha"... Abih la camni, skang rega umah zaman sy camni, esok zaman anak2 sy tak tahulah berapa? Lagipun ni baru Semi-D bukannya Banglo... 
Dah abis merepek2 kat groundfloor terus naik tingkat atas tinjau bilik2, semua bilik kat tingkat atas kecuali bilik maid kat bawah... Lupa lak nak ambil pics tingkat bawah. Ni Master bedroom...
Memang cantik weh... Di tambah ngan dekorasi yg amat sesuai...
Sebelah bathtub ada tingkap, tujuannya? Supaya sy leh ngendap bini sy mandi hahaha...
Ada tempat shower gak... Memang luas bilik mandinya...
Wardrobe yg bersambung ngan master bedroom & bilik mandi tadi... 
Ni living hall tingkat atas, dah di 'renovate' tambah tingkat... So jadilah 2½ tingkat, bagus gak leh buat simpan barang/ stor kat atas :)
Bilik yg bersambung dengan master bedroom, buat bilik baby memang sesuai...
Katil baby... Takde maknanya... Anak2 sy dah besor :P
Suka bilik ni, dekorasi sangat sesuai untuk anak2 bujang sy... TV tu letak Wii leh main game bapak tumpang sekaki wohoho...
Bestnya bilik ni bumbungnya tinggi, so di sini dah diubahsuai dgn meletakkan katil di bahagian atas... So lantai jadi luas untuk bersantai... Memang suka sangat... Bilik anak dara lupa lak nak ambil gambor, adeh...
Paling besh... Pakej rumah ni termasuk pilihan untuk membina 'Swimming Pool' kat belakang rumah...
Ataupun "Designer Courtyard".... Boleh pilih salah satu... Bagus gak, memang menarik... So seperti biasa sebelum balik mesti tanya harga rumah showhouse (kuhnon2 nak beli haha)... "Rumah ni termasuk barang2 semua & 'renovation' yang dilakukan lebih-kurang RM1.7Million bang".... Ok dik, terima kasih banyak2 sebab layan abang, abang balik dulu ye nak check piggy bank. Tapi rasanya memang tak cukup nak beli pun hahahaha :P

Hermit

Thursday, July 26, 2012

My Amani Terjatuh Berlaku Pendarahan Di Tepi Mata

Bunyi seriussssssss jer kan...hmmm

Al-kisah di notti Amani duk bukan main die melenjan melompat-lompat kat katil saya malam tadi. Turut menyertai beliau adalah si Afiq "partner in crime". Tengah syok melompat walaupun mulut saya ni bising membebel dari bilik air"Jangan lompat nanti jatuh. Malam kang nak tido gatal badan kang" . Abis jer ayat, dengar suara Amani menangis, jatuh dari katil rupanya.

Sekejap jer dia nanges. Lepas tu terus die sambung bermain kat ruang depan. Masa ni saya duk siap-siap mengemas meja makan. Tiba-tiba dengar suara Dedet mengomel "Kenapa kat tepi mata Amani ada darah...mummy mummy"...Adeh, mak dier juga kena bersoal jawab pasal kejadian yang tidak diketahui status sebenarnya.

Saya bawak Amani kat bilik air, "Ya Allah!" Banyak juga darah sampai ke rambut. Saya cuci kawasan yang ada kesan darah. Lepas tu letak minyak gamat kat tempat luka. Nampak luka tak adalah besar mana, cuma agak dalam sikit.
 Ni wajah budak notti kesayangan mummy.
 Ada sekit bengkak kat kawasan luka. Tapi kat baju ada lah setitis darah (hehehe).
Bukan main suka Amani sebab diletakkan ubat kat luka. Pelik? Saya letak sikit jer takut ada kesan panas. Tapi my Amani duk bising mulut dier "Nak agi, nak agi..nak agi"...

Pagi ni masa nak antar gi sekolah Amani mengadu ngan saya "Ammi,akit akit"..Duk tunjuk tempat luka. Saya tanya die balik "Betul ke sakit?"...Amani jawab "Aaaah, na nak gi school"....(tak nak pergi school)

"ya ke Amani sakit.............." Saya tanya Amani balik...
Sambil sengeh tengok muka Amani..
Die terus pandang kat cermin kiri Exora (mengelak tengok muka saya)
Sambil jawab apa tau..."cah mak non"...hahaha (acah mak enon)
mana ko belajar ni dik oiiii!

Wednesday, July 25, 2012

Penangan Dari Blog Nana Emaknya Damia

Teruji betul...
Memang betul teruji...
Sebab lama tak buatkan...
Rasanya last buat masa di awal tahun perkahwinan, hik hik
Masa bujang, time pose ada kot 2-3 kali buat kat umah sewa..
Sekali 2 hari lepas nampak NANA maknya DAMIA..
Buat posting pasal NI!
Apa lagi...
Abis kelas kul 5, biarpun pasar malam + bazar ramadhan dekat jer ngan umah..
Cheq tak kira..
Nak melepas dendam buat jugak...
So...
Terhasilah
**********
********
*****
***
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

My the very gorjes "Puding Karamel"...
Rasanya puding NANA nampak lagi gorjes, hahahaha..arghhh tapi rasanya tetap shodap..
TQ yer NANA sebab share resepi, cheq lama tak buat, lupa noks :)

Tuesday, July 24, 2012

Hadiah Yang Diterima, Syukran Deh!

Hadiah dari last week yang diterima, walaupun takde yang grand tapi alhamdulillah ada jugak yamg masuk, hehehehe. Sekarang ni mood join mana-mana contest cam dah suam-suam susu kuku jer. Mood mim alif lam sin memang mencacak-cacak apatah lagi tibanya masuk bulan Ramadhan. Duk mengira hari jer bila nak cuti Raya, tak senonoh kan, :p
Dapat Ipod shuffle dan thumb drive yang comey dari contest P&G dan Carefour. Awal-awal lagi My Yana dah booking untuk dijadikan harta peribadi dier.
voucher KFC 30 hengget dari peraduan "share and win" di FB

Menang beg GIOSSAEDI satu set dari SDK sempena Hari Ibu. Ni set yang kedua saya terima, pertama kali dulu saya terima dari Majalah Perempuan. Warna sama tapi rekaan beg ada sikit berlainan.

Dapat barangan SKINZ berjumlah RM150. Hadiah saguhati Peraduan Dazzling with SKINZ and Guardian. Peraduan berdasarkan "siggy".

Hey baby dryper contest. bila semata-mata nak join contest. Beli satu jer, sib baek menang gak.

Dari FB lagi "share and win", kali ni hadiah dari Texan Jeans. Beg ni mahal juga dalam 69 hengget gitu :)

T-shirt Line Seven dari Soccer Kids FB. Menang atas nama saya dan hubby. Smart betul t-shirt ni, I like.

Dalam banyak-banyak hadiah diatas saya paling suka dapat hadiah beg dari Texan Jeans. Comey jer, kalau nak beli sendiri memang jangan haraplah. Beg ni ada ala-ala rupa beg sekolah saya semasa Tingkatan 2. Konon2 mengimbas balik memori ler, hehehehe.