Friday, August 31, 2012

Panggang Memanggang..Ang Ang..

Hi korang....(ni trademark Kak Lily ni, hehehe. Cheq pinjam jap nooo)
Cuti-cuti merdeka selain dari pada sibuk mengisi masa lapang mengisi kuih dalam balang, membuat perancangan makan-makan di rumah orang, ada lagi sangat BESH kita dapat menceburi dalam bidang panggang memanggang...sila kira berapa banyak anggg..hahahha---ganu kitaaa...

Sejak menjak Cik Hubby membeli tempat panggang cap Wings yang tidak terkenal itu di Giant dengan menggunakan voucher. Aktiviti memanggang menjadi aktviti kebiasaan terutama di waktu lapang. Lebih2 lagi rezeki sebelum syawal Mak Bik Gemoks telah sedekahkan kepada saya daging tempatan 5kg, pehhhhh memang semakin rajinlah memangang...janganlah kena darah tinggi-ng (hahaha) udahler.

Cikedaut, my spesel daging lembu tempatan n kambing atas grill...
 Saiz tak sama, sebab saya malas nak potong ikut saiz. Janji die senang masuk dimulut.

Kambing yang rempah ratus disediakan oleh My Anaqi....
Memang sedap...lagi sedap sebab orang lain yang buatkan rempah..

Oklah, makan makanan dipanggang ni sebab die tak bakar atas arang so kesan-kesan keburukan seperti penyebab kanser tu tak ada. Lagipun makan makanan berpanggang boleh mengurangkan penggunaan minyak dan khasiat lagi maintain banyak, eh betulkan (mak kompius jap)..

Apapun selamat bercuti uollllllls.
p/s: Nak belitempat  pemanggang, boleh join NI!, menang cash RM200--promoteeee hik hik

Thursday, August 30, 2012

Kek Mak Cik? | Hmmm Komersial Ke Nama Ni?

Dalam banyak2 kek kat Jusco, saya berkenan betul kat Kek berjenama Mak Cik..
sebab pertama: Harga! Ceceskodeng, sehengget jer. Murahkan :)
Sebab kedua: Rekaan topping die, pehhhhhhhhh. Simple tatpi tetap menggiurkan. Walaupun takde gambar Angry Bird kat situ my Afiq memang sibuk memilih kek untuk dirinya.
Gambar ketupat wajib ada, bau2 Raya ada lagikan...
Pilihan saya dan Afiq...yang ketupat tu Afiq punya, saya muka orang sebab saya suka senyum (alasan kurang cerdik, hahaha)

Why arrr nama kek Mak Cik, kalau nama kek Aunty lagi kot glamer...
Takpun Kek Mak Cik AyuArjuna...pehhh bersusun orang beratur membelinya.....
Psycho!

Meh nak psycho semua, meh kita rembat ini RM200 :)

Seronoknya, Kalau Dapat Pergi Umrah...

Dalam banyak2 tempat kat dunia, Mekah dan Madinah antara tempat yang begitu saya teringin nak ziarah. Seronok rasanya bila tengok kengkawan, sedara-mara even keluarga terdekat dapat pergi ke sana. Simpanan diri, InsyaAllah dah cukup cuma masa dan keadaan jer belum mengizinkan.

Moga-moga satu hari saya berpeluang menjadi tetamu Allah, amin.
Gambar kenangan mak dan adik baru-baru ni ketika mengerjakan umrah.
Masa nak balik, mak tak berapa sihat. Batuk agak teruk mungkin cuaca kat sana agak panas, tapi dah sampai Malayisa keadaan semakin hari semakin OK, alhamdulillah.
Dah jalan2 balik bawa souvenir.
Suka saya dapat 2 jubah cantek dari Mima :) Tq Tq Tq
Anak2 saya pun dapat jubah sorang satu...
Siap Amani dapat anak patung dan kapal terbang...
Bila "ON" jer butang kapal terbang..akan kedengaran laungan "labaikaAllah,,,"
Sayu jer.............

p/s: Jom menang RM200 :)

Wednesday, August 29, 2012

Sangat BESH Menang Banyak Barangan Tefal :)

Hari tu saya ada join Peraduan Menulis Cerita Tentang Warisan Resepiku Bersama Planta anjuran Planta Unilever + Metro + Tefal. Saya hantar 1 entri jer :) Pemenang ada 6 orang dan alhamdulillah saya salah seorangnya. Antara pemenang lain yang saya kenal Kak Jehan (San Jenah) dan Sheeda.

Saya terima panggilan dari wartwan Metro, Cik Farhana. Beliaulah yang memaklumkan tentang kemenangan saya dan juga niat team Planta dan Metro untuk datang beraya. Ada sesi interview dan amik gambar bersama hidangan warisan yang menjadi kesukaan saya dan keluarga.

Saya ditemuramah dan segalanya, amik masa lebih kurang 2 jam. Sempat lepak dan borak2 kosong dengan orang kuat Planta. Segan jugak, bila Encik Hairi kata "nama u ni glam kat Unilever"...hehehhehe. Nak buat camana memang kaki contest  pantang nampak borang peraduan semua main belasah masuk jer :)

Dapatlah 3 periuk Tefal, 3 kuali tefal dan 4 perkakasan elektrik-blender, periuk nasi, cerek elektrik dan sterika, rasanya nilaian lebih RM2500, syukran :)
Akid berposing dengan penuh gaya..
 Memang teruja :)
My semperit yang senget benget...

Masak kena interview--xplain details weh, camana nak buat, tips2 nak buat biskut besh dan macam-macam.   Seronok gak :)

Tuesday, August 28, 2012

Kuih Bulan Pose Yang Masih Dalam Ingatan

Kuih ulat bulu, yang bebulu lebat, hahahahah... Selalunya saiz kecik ni saiznya debab gitew
Kuih buah tanjung dan nekbat...
Wajik......... yang wajib dimakan hehehe

Ok uolss... ada terhengat2 kat kuih masa bulan pose tak? Kalau ada, meh share2 kat sini :)

p/s: BZ giler hari ni :(

Monday, August 27, 2012

Main Pool & Arcade Games, Amboi!

Aktiviti selingan kat Holiday Villa Cherating...
My kids lah kan....
Tiba-tiba terjebak suka main pool...
Sedangkan selama ni tak pernah tahu pun kewujudan pool kat donia ni...
Ni gara2 permainan pool on-9 di FB ler...
Ada tukang mengajar yang dedikasi, Encik Hubby :)
Peseeettt itu bola...
Betulke panggil nama tu bola? Hahahaha
Die bulat so kita panggil die bola jer...
Bukan main anak2 laki saya ya...
Si Afiq yang senonit pun nak main jugak...
Gaya seorang bakal pemain amatur...
Layan gak Arcade Game kat sini...
Takdelah best sangat...
Tengok die punya joystick pun tahu yang basic jer...
Hmmm...
Macam nilah kalau anak lelaki...
Kalau tak main video games, main bola, main tembak2 dengan Nerf, main beskal, main skateboard...
Dan paling latest main POOL...

Anak pomfuan... main BARBIE... huhu

Sunday, August 26, 2012

Bye-bye Mek dan Tok Ayah...

Mek adalah panggilan kepada nenek Hubby. Anak beliau ada sowang jer iaitu my MIL tapi cucu die ada 9 orang hokeh, cicit dah 16 setelah 4 orang cucu dah kahwen :)
 Boys rock!
Gambar reramai sebelum balik semula ke KL.
Bye Mek dan Tok Ayah, moga kita dapat jumpa lagi raya tahun depan...

Kejap jer masa :(
Walaupun tak lama berada di rumah Mek tapi sempatlah melakukan pelbagai aktiviti keluarga di sana. Susah nak cari kampung yang betul2 ada suasana kampung sekarang ni. Rumah tepi sawah, ada dusun buah tepi rumah, ada binatang ternakan, jalan sempit, ada telaga... Akan merindui semuanya ini apabila dah pulang ke KL :(

Saturday, August 25, 2012

Cadar Raya Gue Warna Merah Gambar Bola, Hokeh

Bila saya request nak beli cadar ni untuk dipasangkan di bilik saya. Soalan pertama yang terpacul drai mulut hubby ialah "Awak suka bola kerrrrrrrrrrr?" Sikit punya panjang bunyi itu kerrr ya, heheheh. Tapi sebenarnya saya suka kombinasi kaler dier, merah ada hitam dan putih. Rasanya gorjes walapun tak nampak cam kewanitaan sangat, ade mak kesah? Hahahaha Paling BESH sebab cadar ni berjenama, tapi TESCO kasi lelong dari harga asal RM80 lebeh, diturunkan menjadi RM30 lebih.

Tu yang membuat rembatan kencang membeli tanpa teragak2 lagik. Even Khairul Fahmi pun tak sempat nak menahan rembatan bola kencang dari saya--> memang duit straight masuk dalam mesin kira TESCO. Ni namanya NAFSU semata-mata tiada keperluan perlu dibeli sebenar-benarnya.

Friday, August 24, 2012

Keriangan Bermain Pasir Di Cherating Pada Hari Raya Ke-5

Raya tahun ni, cuti agak panjang. Samada cuti sekolah, cuti bekerja saya dan Dedet. Walapun Dedet ada projek yang sedang berjalan tapi alhamdulillah ada kawan setugas yang boleh take over kejap, huhu...
Alang2 dah bercuti lama, setelah sakan 5 hari berada di KB. Hari raya ke-4 kami semua bertolak ke Terengganu. Kat sini PIL dan adik-beradik hubby lain dah gather2 kebetulan my SIL buat open house. Lepas tu hari Khamis (raya ke-5) kami semua bertolak ke Cherating. Dari Kuala Terengganu dalam 2 jam lebih jer. Ni gara2 saya ada menang voucher percutian 2D1N kat Holiday Villla Beach Resort. Kiranya melangsaikan hutang voucher sebelum ianya luput. Setakat 1 hari kalau dah balik KL nak patah balik ke Cherating memang tak berbaloi. Sib baek raya ke-3 masa kat KB office Holiday Villa bahagian booking penginapan kat KL dah beroperasi, sempatlah booking dari KB via e-mail :p
Siyes, pantai Cherating masih gorjes. Bersih lagik!
Yang sanggup dikotorkan dengan pasir pantai---My Akid sowang, hehehe
Lepas sesi meletakkan segala pasir kat Akid, bergambar2 reramai dengan hasil seni yang telah dibuat.
My Akid dah macam statue pasir kat tepian Pantai Cherating.
Ekceli dowang ada bina istana pasir. Siap mencari anak2 crab yang kecik dipunggahnya masuk dalam istana. Tapi istana pasir lebih kepada ghupe kubu pasir, hahahaha.
Seronok, bila tengok anak gembira. Bukan senang nak jumpa pantai yang berpasir kat KL. Sekali-sekala cuti panjang selain dapat menziarahi sanak-saudara, dapat singgah bercuti ke mana-mana pun BEST juga dan paling penting kita dapat menghabiskan masa bersama yang anak-anak tercinta memang terasa berbaloi sangat. Momen yang manis dan sangat berharga :)

Thursday, August 23, 2012

Beraya dan Berkenduri...

Raya kat kelantan tahun ni..
Cam biasa, meriah ngan kenduri kahwen...
Paling BESH sebab dapat posing2 ngan adik-beradik, sedara-mare tanpa perasaan sedikit malu pun, dimana sahaja, bila2 masa..mengalahkan pengantin yang excited kahwin, heheheh :)

Tuesday, August 21, 2012

Hepi Besday Afiq--ke 5 tahun :)

Kek kecik ni khas untuk My Afiq..
Sempena besday yang ke L-I-M-A tahun :)
Peminat kisah animasi Naruto, walaupun hakikat sebenarnya jenuh kami mencari kek Angry Bird kat kawasan bandar KB.
                                  
Ada juga kek sebesar ini untuk dijamu kepada sepupu Afiq di Kampung Tiong KB.
Kek yang meriah dengan patung2 kecik, siap ada bendera malaysia lagik.
Nak buat camana beli yang dah siap takder masa nak tempah so rembat jer mana yang ada.
Ni kiranya separuh jer anak buah...
Kalau ikutkan ada lagi...
Nyanyi reramai...
First time, sambut besday luar kawasan KL...
Anakanda2 bersama sepupu-sepapat...
Tiada dalam gambar Aiman, Ahmed, Aiko, Umar dan Alia..

Seronok sekali-sekala dapat gather2 beramai dan makan kek :)

Friday, August 17, 2012

My Kasut Raya,,,

Pesen lama..
tapi tetap cantek di mata saya..
Rege, RM35.90 dari rege asal RM120..
 Jenama Sembonia adek beradik ngan Bonia..
So, sakanlah saya menemani anak2 mengutip duit raya dari rumah ke rumah bersama Mama Sembonia, hehehehe.