Saturday, September 29, 2012

Kedai Makan dan Serbaguna Ramly Burger!

Semalam malam saya ke Bandar Baru Bangi Seksyen 7.
Pergi fitting baju untuk event malam ni...
Terasa cam artis lak, dapat pakai baju sponsor :)
Keh keh keh
Butik yang saya pergi betul2 bersebelahan dengan kedai Ramly Burger :)
So masa saya BZ meng"fitting"kan diri
My laki dan anak2 bz meng"feed"kan perut memasing.
Kat kedai ni ada jual makanan yang dimasak, ada burger dll.
Dan juga frozen food cam ikan, daging, burger, sos dan macam2 lagi...
Semuanya hasil keluaran Ramly Burger.
Beli segala macam burger termasuk oblong untuk makan malam...
Dan siap beli daging oblong (RM12.60) yang belum dimasak bersama sos black pepper (RM3) untuk dibawa balik.
Yummmmmmmmyyyyy...miziouuuuuuuus
Nanti nak masak oblong bercheese berserta roti kukus bermayonis dan bersayuran rimba
-----------pehhhhhh sikit punya panjang nama menu, hahahah.

Friday, September 28, 2012

Tazkirah Hari Jumaat

Mari sama-sama berdoa :)

psssssst: Mentang2 kena bagi tazkirah hari ni ya..heheheheh

Ujian Hidup


Saya copy-paste dari FB, ehsan dari bob a.k.a Zamani...
 
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi 
miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.


Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.



Memang tidak dinafikan kadang2 kita sebagai manusia boleh leka dengan kesenangan dan kemudahan yang telah Allah berikan. Sebenarnya kita memang sedang diuji ---diuji ketika senang, diuji juga ketika susah. Selagi kita masih mengingati Allah, insyaAllah kerberkatan hidup itu akan ada**Peringatan untuk diri sendiri juga, sob sob...

Thursday, September 27, 2012

Wohooooooooo Menang 10K Shopping Spree

Besttttttttttttttttttt giler hokeh!
Soping freeeeeeeeee 10K
dengan Siti Saleha lak tu, huhuhu..
Tapi bukan saya ya....
Insan yang bertuah adalah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*my BFF
*
*
*
*
*certeka..certeka
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Siti Saleha · 206,241 like this
about an hour ago · 
  • Hello, Assalamualaikum semua!! Finally it's now the exciting moment to find out who is the Palmolive Raya National Contest Grand price winner!! She is ........ Ezna Binti Ahmad Khalili from Sri Kembangan Selangor! Congratulation to you and looking forward for our RM10,000 shopping spree..... Thank you for participating! =) See you soon tahniah tahniah!! :)
    1Unlike ·  · 


Woooooooooooooooooooooot
Best giler :)
Murah rezeki, moga saya dan rakan2 lain dimurahkan rezeki juga :)
Grats EZzzzzzzzzz :)


Maskot terbaru KFC : Anak Ayam Kuning!!!

Alolololo...
Ni Mak Biq la ni...
Beria suh pakaikan baju anak ayam anak die punye--Yaya!
Si Yaya tu tak sampai setahun, muatlah...

Cuba dipakaikan kepada My Amani..
Dah cam ghupe anak ayam cekci dah :)
Sendat kat perut. 
Amik masa berminit2 jugaklah nak sarungkan costume kat badan Amani.
Punya susah nak suruh Amani pakai baju ayam ni tau...
Siap pujuk ajak makan KFC, baru die nak pakai...
Sebab ianya berbulu...

Tapi yang tak tahan tu bila Anaqi duk perli2 my Amani...
erk sebenarnya cam perli kat saya jer.
"Ni Mummy, nak bawa Amani gi casting jadi maskot KFC yang terbaru ke?"

Marahlah Amani, walaupun die baru 2 tahun...
tapi die paham OK...
Sebab memasing duk gelakkan dier :p
Senyum tapi hambar...
Kena paksa SENYUMMMM tu!
Cantek betul seluar ayam ni... Hehehehe
Kalau pakai betul topi berkepala mak ayam, memang cuns...
Tapi my Amani, memang betul2 tak nak pakai, hahaha

Anak ni walaupun kita rasakan die masih kecil tapi sebenarnya dowang ni pun ada citarasa dalam berpakaian. Kalau memang tak berkenan di hati mereka. Jangan haraplah nak pakai. Macam Amani die memang punyai taste pakaian sendiri. Kalau beli gaun tanpa merujuk kat dier dulu, kalau silap patern dier tak berkenan (jenis nampak ketiak dan beropil2) memang die tak akan nak pakai punya. Ni baru 2 tahun, esok 12 tahun dan 20 tahun lagik banyak demanding dalam pemilihan baju.

Nak buat camana, anak perempuan kite suke melawa :)
Yang sengsara dompet Dedet dierlah, mak dier bereh jer, hahaha.

Wednesday, September 26, 2012

BBQ Party Tepi Pool | Meriah Uooools

Hari tu, Mira ada wasssappp ngan saya plus ezz dan suzz.
Beria Mira ajak kitaorang lepak tepi pool sambil berparti :)
So, plan minggu lepaslah dan saya pulak dok asyik teringatklan yang Suzz nak ke Vietnam..
Dan hampir nak dicancelkan plan berparti...
Ghupanya, silap saya yang kurang peka..
Bukan minggu ni lah tapi lambat lagi, adoihai...
Sowi ya Suzz..

Bila sebut swimming, anak yang paling excied adalah Amani.
Dan saya sangat kesiankan tengok swimming suit kuning beliau yang sudah sendat.
Gigih sehari sebelum hari berparti saya mencari swimming suit buat Amani, plus terbeli jugak untuk Afiq dan Anaqi. Sebab harga berbaloi kat Sogo so rembat terus untuk anak2 yang memerlukan itu pakaian mandian :p
 Sampai jer kat tempat kejadian. Terus anaknda2 berlenjan dalam kolam. Excited betul. Dan kolam kat umah Mira sangat chantek!!!!
 See protege Pandelela Rinong in action. Bukan main tak padan dengan pendek, hahah.
Afiq dengan aksi melompat katak didalam kolam. Turut kelihatan tangan Amani yang memberi kata-kata semangat ketika abangnya melompat.

Yana dan Anaqi berenang di kolam yang agak dalam sesuai dengan ketinggian dowang. Akid merata-rata die main. So, memang nampak keterujaan yang maksima bila anaknda2 saya bermain air.

 Bersama kengkawan yang hadir. TQ to tuan rumah yang kat sebelah saya yang telah bersungguh-sungguh membeli barang basah, memasak dan membakar. Mee bandung u sedaplah Mira :) Siyes I suke. 
Kalau tengok kat kamera Amy a.k.a Mama Tisya lagi banyak gambar kitaorang. Kamera saya kat Encik Hubby so kebanyakan gambar adalah gambar anak2 di kolam. Even, gambar ayam, hot dog dan berger yang dibakar pun takde. Cheh, cam takde proof kitaorang berBBQ, huhuhu.

Anyway, best gather2 macam ni. Dapat berborak, makan2 sambil anak2 menyelam minum air kolam. Dan our lakis, bz layan anak2 dan bz amik makan sendirik! Self service ya, mak2 BZ nak bergossip, hahahah.

Tuesday, September 25, 2012

Doa Untuk Hari Ni..

Rasa agak dowwwwwwwwn sikit hari ni..
Bayangkan semalam ada 2 budak sakit, 1 kes pintu takleh bukak..
Menyetel kan hal student2 sampai 2 pagi...
Kul 4.30 pagi terjaga..tapi memang badan tak larat..
Kul 7.00 pagi tersedar dah rasa cam jadi pontianak kat umah tadi..
bertempik...sebab dah lambat :(
Kela kul 8 pagi, anak2 pulak ada latihan sukan..
Sampai kelas, projektor ilang entah ke mana..
Adoihai..ended student buat assignment..
Balik opis, terlanggar air kopi atas meja.
abis kertas kuiz..

- chill-

Monday, September 24, 2012

Makan Free di Jom Bali!!!!

Hari tu saya ada join giveaway "Jom Bali" kat FB...
Share jer gambar tu, kalau nasib baik terpilih ler...
So terpilih, so nasib baik ler hehehehe
Jemputan untuk makan 4 orang merangkumi 4 main dishes, 2 side dishes dan 4 drinks :)
Kena makan pulak kat Jom Bali Jalan Genting Lama, yang siyesly saya tak tahu kat mana.
Sesat deh nak sampai kat sana, dekat 1 jam baru jumpa.
Kalau ikutkan dari rumah tak sampai 20 minit pun :(

Cikedaut makanan2 yang kami order di Jom Bali 
Spaghetti ni Afiq yang order.  Saya sebenarnya lagi suka kalau order makanan yang jarang atau tak pernah saya masak. Tapi my Afiq memang hantu spaghetti so terpaksa layan jugak.
Nasi Kebuli antara menjadi hidangan feveret pengunjung Jom Bali.
Saya memang suka, terutama kombinasi nasi dengan ayam goreng berempah :)
Nasi goreng dengan lambchop, yang biasa2 ajer...
Kureng sikit rasa sos blackpepper die. Even lamb yang diberikan rasanya 50% adalah lemak. Adohai, nilah nasib kalau order masakan western.

Side dishes saya, not bad :)
Wantan rasanya ni..
Tauhu bakar--yang ni sedaappppp

Air-airnya pula...
Saya order 2 set ice blended (agak kurang sedap rasanya-mocha dan cappuccino) tapi tea layer ni memang shodappppp. Saya order 2 gelas, menyesal tak order 4 gelas.

Overall, Okla not bad. Makan FOC rezeki yang diberikan perlu kita bersyukur. Iya idak? :)
Makan kenyang sampai anak2 pun dah menjerit JOM BALIKKKKKKKK!!

Sunday, September 23, 2012

Surat Tidak Rasmi:"Kenapa Maybank Perlu Bagi Saya Tiket Legoland"

Kehadapan penganjur Maybank yang tercinta,

Moga kalian sihat sejahtera,

Adapun tujuan utama surat ini dilayangkan,
Untuk menyertai peraduan yang telah dianjurkan,
Merebut tiket LEGOLAND sebagai ganjaran,
Atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan...

1. Pembesaran Anak Yang Sukakan Permainan, Hiburan dan Keseronokan


Anak saya gemar beraktiviti. Setiap hari selepas menyiapkan kerja sekolah mereka akan meluangkan masa bersama. Bermain dan bergembira bersama adik-beradik tercinta. Konon-kononnya mahu melepaskan rasa tertekan kerana kesungguhan belajar di sekolah separuh hari setiap masa.


Banyak permainan akan mereka cuba. Bermain badminton, bola sepak serta olahraga (main kejar-kejar, police entri). Paling tertekan kalau diberi peluang bermain di taman rekreasi, jenuh memanggil pulang ibarat berumahtangga di sana.

2. Anak-anak Peminat Lego Yang Tegar!

 Sehingga hari ini kami mempunyai 3 koleksi LEGO. Berhajat untuk menambah lagi tapi belum ada rezeki (mummy dan daddy tengah sabar menunggu bonus masuk, huhu). Bermain lego boleh menguji kecekapan dan kebolehan diri membuat rekaan dan merekabentuk objek seni yang kita minati. Seperti errrrrk objek gergasi....
 Melihat LEGO di ruang pameran membuat hati begitu beria-ia untuk memilikinya. Koleksi LEGO untuk buah hati famili kami (anak-anak). Apakan daya, harganya.....gulp meruntun jiwa. Simpanan perlu ada, ya di Yippie menabunglah kita:)
Merah jambu warna kegemaran anak dara. Kotak LEGO warna ini memang menggoda. Kalau diberi peluang dapat tiket ke LEGOLAND percuma, ada duit lebih kita beli ya!

3. Anak Saya Ahli Kelab Yippie ---- Simpanan Dari Muda :)

Saya tahu simpanan dari usia muda perlu ada.
Saya tahu Yippie adalah tabungan terbaik buat anak saya.
Setiap bulan terutama selepas Hari Raya, makin menambah tabungan anak-anak tercinta.
Anak-anak gembira melihat tabungan mereka sentiasa tambah dengan jayanya.
Apa kata, Maybank menggandakan kegembiraan mereka dengan memberikan tiket LEGOLAND percuma....(memang BESH bila dapat tix FOC)

4. Dapat Tiket LEGOLAND, Biarpun 2 -- Sangat Membantu Mengurangkan Budget Saya dan Famili Bercuti Ke Legoland Tahun Ini.

Anak saya ada 5...

Kalau merujuk pada JAdual Harga Tiket dari website www.Legoland.com.my


ONLINE TICKETS and ANNUAL PASSES

TicketReg. price
Online (7-Days Advance Booking)
1-Day Ticket Adult (12-59)
RM 140RM 105
1-Day Ticket Child (3-11)
RM 110RM 82.50
1-Day Ticket Senior (60+)


RM 110RM 82.50



Kalau booking 7 awal dari tarikh lawatan..
    Anak saya ada 5;
 
                              RM 82.50 x 5 = RM 412.50

    Tiket untuk saya dan suami;
                            
                             RM 105 x 2 = RM 210

    Jumlah besar yang perlu dibayar = RM 622.50

   Pehhhhhhhh, andai kata diberi peluang dapat percuma tiket Legoland, ianya benar-benar dapat membantu  mengurangkan budget saya untuk bercuti bersama anak-anak. Huhuhu.

5. Kesimpulan, Silalah Lihat Muka Kesian...
Walaupun macam berlakon tapi hakikatnya anak ini begitu beria henda pergi ke Legoland. Saya sedaya upaya akan cuba meralisasikannya. Memandangkan kegembiraan anak adalah kebahagian saya dan suami.

Moga rezeki berpihak pada kami, berpeluang menerjah Legoland seisi famili.

picasion.com gif animator

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.


Sekian, terima kasih.

Yang Benar;

Entri ini bersempena dengan..



Maybank Bloggers Contest

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan dah tentu lah Blogger kan.


Syarat-Syarat :

1. Buat entri "Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland | Why Maybank should give me ticket to Legoland . Tidak lebih dari 500 patah perkataan.

2. Penjurian di kira mengikut kreativiti , Originality dan unsur - unsur humor.

3. Boleh letak gambar ke, video ke nak kasi entri anda menarik.

4. Dah siap N3 dan di publish. Link  hantarlah  ke email social@maybank.com.my . 
Jangan lupa beri nama , No. Kad Pengenalan , Alamat , No Telefon dan jangan lupa link entri sekali yaa.


Tarikh penyertaan :

11 September 2012 - 30 September 2012


Hadiah :

Grand Prize - Sepasang season pass ticket ke Legoland Malaysia.

10 pasang Tiket Harian ke Legoland Malaysia.

Pau Shazana Yang Lembut Gebu :)

First time saya terjah Pau Shazana kat Kampung Baru..
Sebelum ni pernah baca dari posting blogger2 yang pernah samapi sini jer..
Susah jugak nak cari parking kat sini.
So decide beli tapau jer sementara Dedet tunggu dalam keta..
Macam2 inti ada--cam yang lain sikit tak pernah jumpa antaranya inti daging blackpepper, biji teratai dll
See keGEBUan nya......
Lembut dan sangat lembut..
Soft dan sangat soft..
Hehhehehe
Selain boleh makan pau, kat sini bolej juga makanan western..
Macam2 adoooooo!!

Jomm mengePAU di Kampung Baru, hik hik

Saturday, September 22, 2012

Samurai Burger :) Haiyaaaaaaaaaaah!

Sila saksikan ghupe Samurai Burger yang dibeli dari Mek Di semalam...
Simple jer ghupenya,
Sampai saya duk terfikir apa yang so hebat about this samurai?
Yang mana Anaqi beria memujuk saya, sampai mengofferkan duit tabungannya untuk membelanja seluruh ahli keluarga dengan "Samurai Burger", edisi terhad dari Mek Di :p
Dedet pun dah bising, "Why uolls this week sampai 2-3 kali makan fast food?"
Huhuhu
Last2 saya beli jugak, belanja anak2 makan tengahari :P
Orderlah berger Mek Di plus 2 set besar "Samurai Burger" -- Kes nak dapat shaker + curry taste untuk kentang. Burger2 lain Chicken Mc Deluxe, Double Cheese menu biasa anak2 lain...

Sekali NGAPPPPP!!!

Sedapppppnya rasa sos teriyaki kat berger tu :)
Sekejap jer abis satu burger, lepas tu bernafsu nak "Samurai Burger" lagi satu. Seb baik nak makan Mek Di kena naik kenderaan, kalau setakat jalan kaki depan rumah memang dah lama saya gigih beratur depan Mek Di. Hehhehehe... Kesimpulannya: Saya dah gemoks, huhuhu (err cam kuar dari tajuk posting, huhuhu) 

Friday, September 21, 2012

Untuk 3 Hari | Antara Filem Melayu Yang Terbaik dan Tak Menyesal Tengok!

Hi, heheheh

Masa saya muda belia, saya memang peminat Novel Ahadiat Akashah, apatah lagi novel Lagenda Budak Setan. Cuma bila saya dikhabarkan sutradara Afdlin Shauki nak menghasilkan filem berdasarkan Novel Untuk 3 Hari----saya macam boleh terfikir "Errr ada ya novel tajuk ni dari Akashah?" Hehehehe

So, semalam saya berpeluang menontonnya di hari pertama filem ini di pawagam.....

NOT BAD!!!!!!!! UOLLLLLLLLLS

Filem ini bagi saya kisahnya agak berat tapi berjaya dibawa oleh Afdlin dengan lebih ringan dan santai. Tentang jodoh dan ikatan perkahwinan yang menjadi pencaturan dalam mencari kebahagiaan. Banyak scene yang boleh kita nak gelak beria-ia, ada juga yang menyentuh perasaan (mak cik saya menangis sangat hover hokeh, hahahah). Kemunculan beberapa selebriti tanahair yang popular seperti Atilia, Zizan, Aziz M. Osman, penyanyi/pelakon veteran dll menjadikan filem ini lebih menarik. Walaupun tidak mempertaruhkan muka-muka baru ataupun selebriti yang terhangat masa kini, namun bagi saya pemilihan pelakon2 utamanya adalah bersesuaian dengan jalan cerita. Pemandangan suasana kampung, anak sungai bersih, keadaan hiruk peruk kota dan gubahan perkahwinan yang chantek2 menjadikan filem ini tampil ceria dan klasik. Siyes! saya sangat suka dengan nyanyian di majlis perkahwinan---sedap woooooo lagu2 yang dinyayikan. Banyak gak saya nampak skrip spontan dari Afdlin, ngeeee KLCC KLCC.....Cuma masa persembahan Joe Flizzow, bagi saya takde penari perempuan kat atas tu lebih OK :p
Pasangan comel :)

Pasangan romantik :)

Sinopsis Untuk 3 Hari 

Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Untuk Tiga Hari berkisar tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua.


Pasangan kekasih ini memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.


Dalam tempoh tiga hari mereka meluangkan masa bersama, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka.


Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?


Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah.


Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.


Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Produksi:  Tarantella Pictures Sdn Bhd.



Facebook Filem Untuk Tiga Hari: http://www.facebook.com/pages/Untuk-Tiga-Hari-Official-Homepage/15767042434123 ---sinopsis copy paste dari SINI!

Bagus filem ini ditonton oleh anak-anak muda yang berhajat nak mendirikan rumahtangga. Bahkan orang yang dah lama mendirikan rumahtanggapun bagus juga menonton (datang tonton laki-bini). Banyak pengajaran yang dapat diambil terutama tentang perkara jodoh jangan sekali dibuat main-main. Masing-masing ada kelemahan dan sebagai manusia normal kita perlu terima kekurangan semua itu. Untunglah kalau dah memang punyai isteri/suami yang baik dan romantik so jangan sia-siakan. Jangan terlalu taksub dengan cinta yang konon dapat memberi kebahagian. Tapi terimalah CINTA yang sudah berada didepan mata dan cuba rasai kehadiran kebahagiaannya . Jodoh, pertemuan dan maut ketentuan Tuhan, dan kita patut mensyukurinya. Ececececec...nak dapat FEEL lebih silalah tonton movie ni di pawagam2 yang berhampiran ya :)


psssssssstt: Meriah semalam dalam panggung, sampai ke habis cerita tengok scene tak jadi, keluar nama produksi dan cast...sowang pun pnonton kat dalam panggung tak bergerak. Sampai ke parking kereta saya masih terdengar ada penonton yang menonton bersama bercerita tentang filem "Untuk 3 Hari" yang  BEST!

Antara buah tangan Afdlin Shauki yang terbaek, tahniah :)