Friday, November 30, 2012

Bilik Anak2 saya punya Rules wokeh!

Malam semalam, my boys bising2 ntah apa bikin wa pu chi tau... Esoknya nampak note tampal kat pintu bilik diorang, rupanya depa bertiga 'brainstorming' malam tadi....
ROFL gelak sakan ambo... Ni Anaqi punya tulisan la ni buruk ya ampun malas nak tegor dah. So kepada yg takleh baca;
Rules
1) Must not do much noise
2) If it messy hurry and clean it up
3) You have to vakuum this room twice a week
4) If you pick something and when you done put it back
5) Do not make noise at 8:00p.m (until 9:00p.m) or during clan war battle WoT
6) You have to be clean to get inside this room
7) Please close the door if want to get in or get out
8) You have to hear instuructions from Anaqi

Tak leh blah rule no. 5... Plus ngan ejaan salah & ayat english lintang-pukang... Truly Anaqi punya trademark "Adekukesah" mode.. :)
Yana pun ada, tampal note ni kat bilik dia... Typical Yana, buat sorang2 (Amani kecik lagi so tak join dia) & tulis baik2;
RULES!
1) You have to be clean before get in the room
2) Do not make noise
3) Boys are do not aloud to get in
4) Knock the door if you want to get inside
5) RARE people not aloud to get in
6) Dont play in my room
7) IF YOU DON'T FOLLOW THIS RULES YOU GONNA BE PUNISHED!

LOL kat aloud & RARE people... Siapakah rare people? Rare earth ku tahu la... Siap Capital letters lagi hahaha... Apa2pun ok lah for a 9 y.o girl... Esok2 remaja diorang ni camner la :)

Hermit

Dah Soping Baju Sekolah

Buat persiapan nak ke sekolah sikit-sikit walaupun hakikatnya lagi sebulan sekolah baru nak mula. Kebetulan masa nak beli barang hadiah (goodies untuk luncheon) nampak promo jualan baju sekolah murah. Penghabisan stok katanya! ada company yang memang pembekal barangan baju seperti LADYLIKE, dowang dah tak nak buat baju sekolah lagi. Sebab rugi kerana ianya jualan bermusim. So kiranya nak habiskan stock apa yang ada dowang jual murah2.
 Kualiti kain OKLAH not bad takdelah murah sangat cam jenama TESCO (saya biasa pakai jenama TESCO sebab murah). Anak saya ni jenis cukup 4 bulan dowang akan tukar semua baju baru. Jenis lasak tak larat mak die nak berendam lama dalam bilik air nak mencuci. So, saya memang beli berhelai2 baju uniform untuk anak saya...cukup 4-5 bulan jadi kain buruk baju2 iteww...
 Baju kemeja, kurung RM10 jer..Kalau seluar panjang dan kain RM15 jer...
Baju melayu sekolah agama sepasang RM15 :)
See saya beli sikit dulu....
warming up my wallet sebelum lebih sakan untuk belanja masuk ke sekolah, huhu

Baju pengawas Yana belum beli lagi..
Kasut sekolah PALLAS, belum juga ingat nak beli pakai voucher GIANT dan JUSCO
Buku sekolah start nw saya nak gi beli dah kat sekolah (beratus dah kat situ,, huhu)

Seb baek beg sekolah dah settle...
Semua pakai brand ADIDAS tahun ni, berkat banyak menang contest dapat beg ADIDAS..untunglah kalau nak beli satu beg sahaja mencecah RM200..erkkkk

Peralatan sekolah seperti alat tulis settle dah..
Sempena beli POP nak join contets dan juga goodies dari merata2 mak die kutip dari FB...

Zaman sekararng memang kena bijak berbelanja..
Samada memang membeli menang ala memakai takpun beli POP dapat ganjaran...
Hahahahaha
See perangai ala2 mak shin chan begitu menebal di situ, hahahahah

Thursday, November 29, 2012

Jom Join Giveaway : Bersama Kleenex, Ini Ceritaku :)

 ***ENTRI TERKINI SILA SCROLL BAWAH YA!

 Ahem Ahem
Tarik nafas ..hembus dalam-dalam

Ok uollsss
Dengan berbesar hati saya dan pihak Kleenex menganjurkan satu peraduan yang sangat mudah sekali :)

Hadiah yang ditawarkan sangat berbaloi dan menarik hati..
Ecececece..

Mudah jer caranya,,semudah ABC
dan banyak cara/teknik/aplikasi yang anda boleh cuba..

Cara pertama anda boleh hantar gambar aksi anda sendiri atau proxy (biasanya model adalah anak sendiri) buat aksi apa2 jer. Nak menggedik ke seperti gambar My Amani di bawah, apa saja yang anda rasa "aksi paling kagum bersama produk Kleenex"..




 Cara kedua kalau rasa kurang rajin nak amik gambar/kurang masa dan takde kamera. Boleh jer menggunakan gambar saya di blog ni tapi kena reka "caption"...

Contohnya seperti caption saya digambar di bawah...


A'aaa jangan tiru sebijik2 caption diatas ya..

Panjang ikut suka, ikut terror korang mereka ayat memasing ya...
Kalau boleh tak perlu buat sampai karangan berjela2 sebabnya ianya caption...

Kalau rasa nak antar gambar dan caption kedua2nya dalam entri boleh juga...
Saya takde masalah dengan kaedah itu..

Opss...bagi yang takde blog nak buat posting...boleh jer buat kat FB...

Dengan syarat samada join ikut blog atau FB  silalah tinggalkan link blog atau FB di entri ni ya,,,,senang saya nak buat jejak kasih nenanti kemudian hari..

tarikh akhir berani mati hantar 29hb November 2012 , wokeh

Hadiah yang ditawarkan...
Voucher Jusco...
Barangan Kleenex yang pelbagai jenis...
dan InsyaAllah akan disusuli hadiah iringan dari pihak ayuarjuna.blogspot..

Joinler mana tahu saya sediakan hadiah the first 10 entries yang masuk ke, errk :)

Juga, jangan lupa melayari laman Facebook Kleenex® Malaysia – www.facebook.com/Kleenex.Malaysia
Iklan jer ni........

Chow Chi Chow 

Parenting Workshop Bersama MWW

Hari tu sempat join satu Parenting Workshp anjuran MWW..
Bertempat di Kids & Gym so saya hanya bawa my Akid jer ..sebab die selalu over & enjoy dalam bermain..
Bila anak sibuk bermain ibu2 akan BZ dengar talk...
Mula dengan ceramah pasal pemakanan dari Puan Azah..
Banyak info menarik kat situ terutama bila beliau ada menyebut tentang "pinggan sihat" untuk anak..

 Ada demo buat smoothies dari Chef Andri...
Campur jer buah-buahan anda suka, lepas tu kisar dan minum--jangan tambah gula..
Playground yang sedang2 besar...
Cam Oklah untuk Akid tapi kalau untuk Anaqi cam tak sesuai dah :p
 Me dengan Puan Azah...
Memang kenal agak rapat dengan Puan Azah ni sebab kitaorang terlibat dengan rancangan Chef Cilik Musim 1.
 Kat sini taraf2 umur Amani jer yang sesuai tapi my Akid terjoin jugak, adoihai..

 Saya paling suka dengar talk dari Mrs Ruth Liew...
Bagus, padat dan banyak manfaat..
Rasa banyak saya perlu perbaiki untuk menjadi ibu yang baik...
 Makan time....
Siyes semua jenis bahan berkhasiat...huhu
Goodies...........

Penat sangat kebelakangan ni...
Banyak sangat kerja...
So, bila balik umah memang boleh masak selebihnya memang saya rasa nak baring2 jer...
Rasa nak pergi bercuti takde jugak...
Rasa nak tido jer, hahahahahahah

Wednesday, November 28, 2012

Santai Sambil Minum dan Makan Sebelum Naik Flight Balik KL

Gambar kenangan sebelum kami bertolak balik ke semenanjung..
Rasa sedey juga..sebab rasa seronok yang teramat berada 5H4M di Sabah, rasa tak puas lagik..
Since kami dah check-out kul 12pm, dan flight pula pukul 2pm so sempat lagi pergi makan kat kawasan pantai yang terletak tidak jauh sangat dari air port.
Kawasan ni sangat tenang takdelah ramai orang..
Dan ada satu lot bangunan kat situ ada banyak gerai makanan..
Pilih dan order dan makan apa, semuanya ada
Keadaan pantai yang chantek :)
Kami pilih kawasan yang berdekatan dengan pantai...
My kid terutama Akid memang ke mana2 kalau jumpa keropok lekor itu memang pilihan menu utama!
Yang pelik sikit air teh die..
Nilah air teh tarik see warna peliks betul...
Hahahhahaha...
Air tebu limau (air tebu + limau), sedap jugak!
ABC buah saya..
Pehhhh kaya dengan buah-buahan tempatan...
Not bad....first time makan ABC penuh khasiat
teh 3 layer saya---shodap giler
saya order mee wantan--datangnya ghupe gini, tapi memang pueh hati certengok seafood yang berenang2 dan sayuran setaman---pehhh memang makan berkongsi kenikmatan lagi dirasai!
nAsi goreng apa ntah tapi lauk ayam banyak weh!
teh O' Dedet
Kuew teow yang sedappppppppppp..
siyes sedapppppppppppppp
Ni memang makanan trademark kat Sabah..
dari Kundasang, Ranau dan KK merata-rata orang jual chicken wings..
kalau kat Kundasang harga 1 adalah RM1...
then mesti ada kicap pedas (Dedet kata die tengok campuran melibatkan 3 sos)

Dah 2 minggu balik dari Sabah tapi kenangan percutian di sana masih menebal lagik :)
Antara percutian yang best buat saya dan keluarga...

Tuesday, November 27, 2012

Gaucho Cafe | First Time Terjah Sini :)

Hari tu masa jenjalan kat KJ nampak satu kedai yang berhampiran dengan kedai dobi Mr. Clean--Gaucho Cafe, kedai ni nampak macam2 hidangan ada---ada western, japanese, indonesia dan masakan melayu. Tapi nampak makanan barat dier lebih mengancam dan harga pun agak berpatutan :)
 Di setiap meja memang ada iklan yang dilaminate menunjukkan menu2 barat special
beserta harganya sekali :)
Dan ada banyak mural dan gambar2 chantek dalam Cafe ni...
Ada satu gambar yang menarik hati saya bila my Anaqi cuba meniru aksi...
 Termasuk Afiq sekali, hahahahaha

Lama juga pilih menu, last2 kami order;
Nasi kambing panggang RM12
 Beef Teppanyaki... RM12
 Italian Steak... RM19

 Nasi Ayam Penyet RM8

Lepas tu order 2 nasi kosong, since lauk dier banyak sampai boleh share reramai :)

Air minuman takdelah mahal sangat, contohnya Milk Tea harga RM1 jer. Harga air lelain standard harga kedai ice lemon tea RM2.50, sirap lemon RM2...

Lepas kenyang makan, dengan hepi berphoto-poyo dalam kedai makan...
Memang unik deko kat sini :)
Ada tayar pedati kuda yang besar...
Pintu tandas ala pintu kat kedai makan Pekan Cowboy!
My kids yang sentiasa hepi!!!
Sekali-sekala makan luar rasa seronok juga...
Rasa angin luar, buhsan juga hari2 makan air tangan sendiri :)

Monday, November 26, 2012

Hadiah Yang Menyambut Sekembalinya Dari Bercuti :)

Alololo...
Giler punya BZ hari ni to the max...
So kita hapdet selaju yang mungkin tentang hadiah yang diterimanya sekelmbalinya kami dari bercuti di Sabah...

Dapat ketuhar yang agak besar, seronok ketuhar lama dah buruk..
Ketuhar lagi satu sangat besar sampai rasa tak nak pakai...
So ketuhar ni yang ketiga pernah menang dan semakin rajinlah saya membuat kerja membakar daging ayam dan lain-lain :)
 Set home teater :)
Hepi gak first time menang cuma bila tengok banyak sangat speaker rasa malas pulak nak pasang. Karang tengok movie berdentam dentum cam ganggu jiran2 sebelah umah...

 Menang dari FB, nama saya dan Dedet...
Dapatlah set stabillo dan 8 tix KidsZania..
Dah langsai dah separuh minggu lepas :)
Bekalan pampers dari Majalah Mami&Baby...
Seronok sebab ini barangan keperluan so boleh berjimat-cermat..

hmmmmmm...
ada 2, 3 hadiah lagi saya masih menanti...
Moga masa akand atang terus dimurahkan rezeki, amin :)