Monday, December 31, 2012

Seronoknya Anakanda Saya Bercuti di Morib!

Jumaat lepas saya paksa Dedet amik cuti Jumaat dan Sabtu. Sebab saya ada kursus kat Morib dan saya nak bawa anak2 sekali. Ini memandangkan cuti sekolah nak berakhir so saya nak juga lihat anak saya berlibur di satu tempat yang istimewa (walaupun hakikatnya awal2 cuti dah sakan gembira kat sabah, ngeeeeeeee).
Sebenarnya saya beria nak bawa anak saya ikut sekali berkursus sebab nak bagi mereka peluang berlenjan dalam kolam mandi. Dan Dedet merangkap body guard dowang bersempena dengan diri saya yang begitu efisien mengikuti segala aktiviti yang disediakan oleh penganjur program.

Pandai Dedet dan anak2 bawa dirik sepanjang saya sibuk berkursus. Siap pergi jalan2 tepi pantai. Skodeng ikan2 bakar tapi katanya tak banyak mana. Dan Pantai Morib katanya takdelah indah sangat kalau dibandingkan pantai lain yang pernah kami pergi. 
Muat 2 kanak-kanak ribena ni duk dalam "shell"... Comey jer tengok aksi mereka ini... Kalau Anaqi memang confirm tak muat apatah lagi Dedet, hahahahahhahaha.
See, betulkan Anaqi hanya mampu duduk atas Shell ni jer? Banyak jugak tempat dowang terjah kat situ... Antaranya "Gold Coast Morib"... Pendapat personal saya dari luar nampak hebat masuk jer dalam takdelah hebat manapun... Dan ada bau kurang menyenangkan bila masuk di kawasan situ... tak pasti apa...

Kami sempat juga naik Bukit Jugra...
Ke Pulau Carey...
Beli ikan fresh...
Nenantilah citer...
Dan Amani...
Anak saya yang palng ceria bila berada di sini...
Apatah lagi bila saya...
******
*****
****
***
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Menang hadiah utama dalam cabutan bertuah...
Alhamdulillah... :)

Banyak nak hapdet... Tapi memang tak sempat hari ni... Rabu student ada exam. Carrymarks belum sempat kuar lagi ni..sob sob :(

Friday, December 28, 2012

Fenomena Beto Khusyairi!

Saper kenal Beto?????
Saya baru jer kenal Beto, siyesssssssss even sebenarnya banyak drama dan filem beliau saya tonton. Tapi yang buat saya benar2 nak kenal beliau lebih dekat lepas menonton DVD Filem Istanbul Akan Datang. Beliau pegang watak Harris. Lepas tu gigihlah meng-gugel, pamos amos rupanya si Beto ni. Cuma die takdelah sehangat Aaron Ajis, hehehehe.

Apa menyebabkan Beto ni ramai peminat bukan disebabkan rupa paras die sangat. Tapi rata-rata peminat beliau sangat suka gaya/personalitinya ketika melakonkan sesebuah watak. Sangat bersahaja hokeh. Bak kata owang putih "Cool" :) Beto ni sebenarnya banyak berlakon drama dan telefilem. Selalu juga jadi stuntman dan orang belakang tabir. Kalau baca kisah dier bermula berlakon ala2 kita dengar citer Rosyam Nor masa mula bertapak dalam dunia seni. Saya juga tak sangka Beto ni yang pegang watak sebagai Ustaz Wahid dalam filem Nur Kasih the movie, yang mana dialog dier berbunyi macam ni :-

Ustaz Wahid a.k.a Beto: "Sepatutnya mereka diwajibkan menutup aurat sebelumke kelas ni!"

Adam a.k.a Remy Ishak: "Tapi untuk apa kita betulkan luaran kalau dalaman mereka belum dibetulkan? Nanti tudung ke mana, apa ke mana! Tak guna kit amemaksa mereka"

Ustaz Wahid: Yang haram tetap haram. Haq tak boleh bercampur dengan batil. Budak2 ni sepatutnya tak boleh belajar agama dalam keadaan bercampur lelaki perempuan, tak menutup aurat dan sebagainya ini menyalahi agama!"


Lepas tu Adam jawab:

"Kalau kita hanya mahu berdakwah pada orang-orang berilmu, orang-orang masjid, habis budak-budak yang cetek ilmu tu tanggungjawab siapa?" 

Gila poyokan masa tu kalau kita tengok Ustaz Wahid. Menyampah pun ada..Lepas tu saya tengok drama beliau bersama Nora Danish kalau tak silap, Jujur Aku Dayus kat Cerekarama TV3. Memang besh citer ni, begitu mengesankan!

Dan kalau tengok karya seni yang mana Beto ini melibatkan diri memang giler kentang banyak..

Filem

TahunTajukWatakTerbitan
2007SyaitanTayangan Unggul
2008KAMI The MovieRed Films, Grand Brilliance
2011Sini Ada HantuAstro Shaw
Nur Kasih The MovieUstaz WahidGrand Brilliance, Filmscape
Jalan PintasRAT (Rumah Anak Teater) Production, Hyper Pictures
2012Sesuatu Yang TertinggalGrand Brilliance
Chow KitMojoGrand Brilliance
Jiwa TaikoAgosNuansa Production
Istanbul Aku Datang[1][2][3]HarrisGrand Brilliance, Red Films
TBABalun[4]

[sunting]Filem pendek

TahunTajukWatakTerbitan
Hujan Panas
Sangkar

[sunting]Telemovie

  • Runtuhnya Sebuah Dosa sebagai Daniel[5]
  • Pencari Jalan Lurus sebagai Mustaqim
  • Bila Cinta Berzikir sebagai
  • Takbur Seorang Isteri sebagai
  • Sesungguhnya sebagai
  • Lari Sayang Lari sebagai
  • Kashaf Imani sebagai Kashaf
  • Uri sebagai Rahmat
  • Misteri Gua Musang sebagai
  • Manggah Runggah sebagai
  • Bila Merpati Terbang Malam sebagai
  • 6 Sharifah sebagai
  • Rel Waktu sebagai
  • Mencari Nurkhadijah sebagai
  • Ibu Mak Mama Mummy Ummi sebagai
  • Pasukan Gerak Cepat sebagai
  • Tersasar di Jalanmu sebagai ;TV1 2008
  • Selagi Masih Ada sebagai Harith; Astro Citra,
  • Janji Jujur Sepi sebagai Andy ;2012 TV9[6][7]
  • Aku Mahu Terbang sebagai ;Neon Entertainment TV3
  • Aku, Dia Dan Tong Sampah sebagai Amir ; 2012TV9, "(Playground Productions)"[8]
  • Jujur Aku Dayus sebagai Edree;TV3 2012
  • Selagi Cinta Berzikir sebagai Fazli; TV1 2012 "(Rumah Karya Citra)"


  • Drama
  • Lima
  • Kekasihku Seru Filmscape, TV32008
  • Bilik No 13 Season 2
  • Pusaka
  • Warkah Terakhir: Rosli Dhoby
  • 10: Mokhtar Dahari
  • Lembing & Layang: Senoi Praaq
  • Apa Dosaku: Sybil Kathigasu
  • Dendam Kesuma: Tun Fatimah
  • K.I.T.A sebagai ; Cube Film, Astro Ria2010
  • Putra Pura
  • Geng Surau sebagai Razif aka Mayat; Pena Creative, Astro Oasis2011
  • Juvana sebagai Ariffin; Filmscape, 2011TV3
  • Cita & Cinta sebagai Fiq; Radius One, 2011TV9[9][10]
  • Wasiat sebagai Sofiyan Abdullah; Filmscape, 2011Astro Prima[11]
  • Pelangi Kasih sebagai Zafrul; Global Station, 2012TV3[12]
  • Jangan Ambil Padang Kami sebagai Zain ; Suhan Movie Trading, 2012Astro Ria
  • Sirrun sebagai Zaid; Pena Creative Pictures2012 TV9[13]

[sunting]Teater 

Pementasan Projek KOKEN: TANDA (Rumah Anak Teater)

[sunting]Kerja stunt



Copy paste kat wiki jer ni, heheheheheh
Pehhhhhhhhhhhhh
Saya yang ketinggalan rupanya....
Lagi ketinggalan keretapi...
Beto dah kahwin pun....
Bini Beto ni ex-agen skuad sinar fm..
Comey jer....
Ada blog sendirik, ada kat dalam bloglist saya, cer carik, heheheheh

Dulu saya selalu fikir nak jadi artis Malaysia ni tak berbakat sangat pun kalau cantek mesti jer ada peluang. Berbanding dengan artis barat yang lebih pandang pada bakat dalam diri. Walaupun rupa paras tu kurang tapi kalau watak yang dilakonkan mengesankan memang boleh pergi jauh. Cuma artis Malaysia ni saya nampak mereka yang benar2 berbakat perlu bekerja keras dari bawah. Paling penting tak perlu mengejar populariti sangat. Yang lagi penting watak yang dilakonkan benar2 memberi kesan kepada penonton...

Cam P Ramplee, berlakon baik ke, jahat ke, kalakar ke semuanya menjadik...walaupunbeliau takdelah hensem cam Aaaron Ajis, hik hik

Wednesday, December 26, 2012

Pilih Kasih

Saya try minum air Detox Kinohimitsu (plum). Sedap jugak :) Hari Sabtu lepas... Tapi yang herannya saya mengalami kesan (selepas minum) yang amat dasyattttt. Kesan bukannya pipi lebih anjal ataupun badan lebih montok. Tapi kesan lain yang melibatkan saya seakan2 serik nak menghabiskan 6 botol lagi kat umah. Serious tak tipu setiap hari saya perlu ke tandas lebih dari 6 kali. Semput mak. Pantang makan jer mesti nak kena pergi tandas. Perut bukan sahaja tak selesa rasanya badan pun banyak angin. Tiba-tiba terpikir entah2 Kinohimitsu ni bukannya air plum tapi acai beri... adoihai. Paling bagus, saya redho jer dengan keadaan saya dengan tidak berjumpa dengan doktor. Dalam hati berbunyik penangan nak kurus agaknya _( oo )_muntah ijou, hahahhaha
Minggu ni adalah minggu terakhir saya mengajar untuk semester 2. Berpulun menyiapkan kertas soalan exam dan carry marks. Bentuk meja still sama tapi atas meja, hanya mereka yang benar2 memahami dengan situasi jer yang mengerti ---> perhhh ayat

OK, citer kat atas bukan pasal PILIH KASIH...
Citer kat bawah der...

Dedet memang perlebihkan anak lelaki...
Hahahhahahahah
Sebab die lelaki punyai minat dan selera yang sama dengan anak lelaki.
My son Anaqi siap boleh ajak Dedet die pergi mengeteh kat kedai mamak. Amboi, so macam mak dan anak pomfuan kena duk umah ya main patung Barbie. Kadang2 nak marah jugak sebab cam spoil anak dengan macam mainan. Kereta Hotwheels rasanya dah cecah kot 200 bijik. Kereta remote control ada kot 10 koleksi (termasuklah yang dah jahanam). Tapi yang syoknya Dedet ni bukan setakat membeli untuk anak tapi menyertai sekali. Tukang charge bateri, Dedet. Tukang susun koleksi Hotwheels, Dedet. Paling tak tahan boleh pilih kereta Hotwheels berjam2 dengan anak2 lelaki.

Sebab minat dan dari spesis yang sama. Dowang boleh share macam2...
Ni yang latest tak sampai seminggu. Sekali 3 bijik Dedet beli. Hadiah besday anak2 lelaki (rasanya yang sambut besday bulan ni Anaqi sorang jer,hahahahaha).
Tapi Dedet still ingatkan anak perempuan. Beliau turut membelikan key chain buat gegirl. See memang pilih kasih kalau kita bandingkan nilaian hadiah, hahahah. Dedet beritahu saya ekceli die takde idea nak belikan hadiah anak perempuan apa. Tak retilah abis citer. So die kata masa nak beli keta mainan die ada called personally cakap dengan Yana yang die tak belikan apa-apa hadiah buat Yana. Nanti Dedet bagi duit kat Mummy, dan Yana pergilah shopping! (Ayat last ni saya saja reka, hahahaha)

So idakler pilih kasih sesangat. Cuma pilih berdasarkan minat dan paham dengan kehendak anak. Macam saya memang pilih barang/hadiah anak mengikut perasaan saya. Sebab saya nak anak sentiasa bergelumang dengan buku so saya memang suka beli buku. Yang mana Yana memang suka tapi my boys selalu cakap "Boringgggggnyer hadiah ni"...See mak yang memahami, hahahahah

Pstt: Jom anak pomfuan ku kita shopping. Rembat baby alive ngan baju gegirl!

Saturday, December 22, 2012

Comeynya Bila Bertudung

My Amani lately ni, die memang teruja nak bertudung. Perasan comey hahahaha. Sikit2 sauk tudung saya dan bergaya kat depan cermin. Lepas tu sibuk membebel "Allah, comeynya Amani ni" (cakap dengan pelat). See memang kuat perah santan Amani ni. Hahahhahaha. Ni akibat terpengaruh kata-kata pujian Dedet dier. Kalau saya selalu lebih kepada memberi kata-kata yang tidak membina "Amani Busyukk", "Amani Comotttt". Dan biasanya akan berakhir dengan pergaduhan perang mulut saya dengan Amani :p

Amani sekarang usia dier 2 tahun. Orang kata tengah perangai "comey-comey". Banyak dah perkataan dier tahu walaupun pelat tapi still boleh tangkap lagi apa yang dikata. Jenis yang sangat demanding sangat bila berpakaian. Kalau dulu OK jer pakai gaun tapi sejak akhir2 ni, nak pakai t-shirt ngan seluar panjang. Skirt memang tak nak apatah lagi skirt pendek. Habis baju2 gaun dier disarungkan kepada teddy bear kat umah.

Botol susu pun dah kurang nak. Kalau nak kena buat susu tapi takleh goncang. Kalau kita goncang botol susu (sebab nak bagi susu tu tak berketul) beliau akan mengamuk dan sanggup baling botol susu dalam sinki.

So, satu hari Dedet belikan dia tudung syria yang sangat comey. Yang display set (amik kat kepala patung). Murah tak murah jugaklah sebab tudung yang kurang kain tu berharga 15 hengget. Dan ianya menjadi tudung feveret Amani. Setiap kali nak ke mana2 pasti tudung tu akan dicarik dalam kotak baju dia. Pergi sekolah,even hari tu saya pakaikan pampers jer beliau dah pakai tudung without baju. Amani memang rasa excited bila pakai tudung tu...

Tapi tadi pagi dia menanges sebab saya rendam tudung dier dalam baldi. Gilerrrrrrr masam bau tu. Mana taknya pagi tadi makan cekodok, abis Afiq amik tudung tu lap sos tomato yang tumpah. Kesian :( 

Yang tak tahan tu Amani boleh cakap ngan Afiq "doceeee tau"
Alololo....
Walaupun Amani pakai tudung cam iklan Chipsmore "Kejap ada, kejap takde". Tapi sebagai permulaan buat anak kecil saya berbangga dengan dia :)

Friday, December 21, 2012

Menang Set Meja, Malangnya Pecah Dapat Extra Hadiah!

Saya dapat panggilan menang hadiah hari Rabu lepas (kalau tak silap) dari PIC Majalah Impiana Karangkraf. Katanya saya pemenang utama dalam peraduan yang dianjurkan. Hadiah set meja nilaian RM6K! Pehhh telan air liuq dalam2... Masa dapat panggilan tu saya sakit kepala dan badan macam rasa dedah2 nak demam... Dengar jer hadiah RM6K terus sihat waalfiat ---- Hahahahah

Saya ada berkicau2 ngan Dedet, "Bila-bila free, amiklah hadiah meja makan tu, last day kena amik 31hb tau!" Dedet cam biasa buat muka toye seposen dier... Tiba2 pagi ni Dedet call ketika saya berperang dengan Amani ~ Kesnya Amani tak nak gi sekolah sebab kuku kaki die panjang. Hangin betul sebab kuku kaki pun boleh jadi isu tak nak gi sekolah... Erkk panjang pulak bebelan yang tak bermanfaat ni...

Dedet kata die nak gi amik pagi ni so terus saya call PIC. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Hubby pergi dengan lori 3 tan. Gigih mengangkat meja dengan kawan opis dier... Hmmm pendek citer ntah macam mana angkat terjatuh. Pecah meja RM6K saya! Waaaaaaaaa...

Dowang tak perasan, permukaan meja tu cerminnya tak diikat. Tapi PIC tu baik hati die tambah hadiah! Dapat satu kerusi arm chair yang besaq dan coffee table yg jugak besaq... Opss meja makan tu Dedet amik jugak. Kiranya dapat rangka meja makan beserta kerusi2 sekali, huhu...
Ni kerusi gantian tambahan. Cantek dan besar, kan?
Suke... suke cam kerusi umah my BFF Ezna...
Coffee meja kaca jugak...
Cantek rekaannya warna merah darah lak tu!
See rangka meja beserta kerusi, huhu
Ni tempat alas duduk meja makan...

So, Dedet kata nanti dier tempah cermin atau kayu (kena highlight sikit perkataan dier, sebab kos ditanggung sepenuhnya oleh Dedet, hahaha). Tapi rasanya tunggu kitaorang pindah umah baru kot baru antar repair.

Kesimpulannya:
1. Umah saya dah macam tempat pengumpulan barang2 terpakai.
2. Kena segera carik umah baru.
3. Rezeki dapat tambahan hadiah dari PIC peraduan yang prihatian. Sayang ketat2 ngan Cik Mardhiah Impiana :)

Sekian, terima kasih.

Thursday, December 20, 2012

Meluat Dengan Diri Sendirik!

Susah sebenarnya nak jadi perempuan sempurna. Serba-serbi ada jer yang tak kena. Terutama bila bergelut dengan masa. Selalu tertanya-tanya "bilalah dapat berehat2 dan bermanja2 di spa". Penat rasanya. Tapi biasanya mengeluh tak lama, datangnya khabar gembira. Hati kembali berbunga. Kejap jer...

Sat sat lagi lepas setel perkara opis. Sampai rumah kena bekerja balik ~ masak dan tengok anak. Mujur sekarang ni kerja2 menjemur baju anak dara saya si Yana tu boleh diharapkan :) Kain memang menimbun, takde nafsu nak melipat. Lebih rela berbaring diatas kain menimbun sambil melayan cerita di TV. Beza giler dengan perangai saya dulu. Yang agak pantang tengok kain, cepat2 melipat dan simpan dalam almari. 

Perkembangan badan pun naik dengan jayanya. Huhu konsisten naik berat badan. Saya sedar tentang itu tapi selera makan tetap laju. Alololo...setiap kali lepas menghadam makanan sepuas-puas mula rasa menyesal "bakpelah makan banyak sangat"..Takpun tengahari tak nak makan nasi sebab nak diet tapi makan malam bantai 2 pinggan nasi bukan sebab lapar tapi terliur dengan masakan sendiri. Bukan masakan beria tapi rasa sedap jer makanan depan mata.

Lepas tu mata ni memang pantang tengok jualan. Bukan jualan murah pun ~ sedang2 murah. Kalau beli memang berbaloi. masalahnya kalau beli banyak, berbaloi-baloikah. Cam belanja bukan ikut keperluan tapi lebih kepada kehendak. Dengan lebih tepat lagi napssssssssssu...uiks....... Masa beli bukan main seronok..lepas dah bayar mula rasa "regret"...Hmmm, terfikir2 "Alangkah baik duit ini dimanfaatkan pada perkara-perkara yang lebih berfaedah"...Lepas tu nak sedapkan hati berkata berkali-kali pada diri "Inilah adalah terapi"---see keji sungguh!

Pendek kata memang meluat dengan diri sendirik! Mungkin ini adalah simptom nak masuk tahun baru sebab akan berlaku penginjakan umur agaknya..Hahahaha. Well, hari ni saya duk menggila layan citer #Gossip Girl..dok xoxo xoxo...Lepas tu koya jadi Serena (pompuan cam bagus dalam citer tu). Hahahah...

Realitinya saya antara makhluk alam yang bertuah mempunyai keluarga yang memahami, kengkawan baik yang sentiasa disisi. Dikurniakan anak errkk yang agak ramai, hik hik plus sangat berdikari. See anaknda2 saya makan berjemaah kat MPH one utama...Mak dier hilang entah ke mana...
Dan saya juga tipikal pompuan kat dunia yang suka barang percuma selain dari kuat berbelanja!

Rasanya meluat pada diri sendiri bukan sengaja diada-adakan..
Cuma mungkin kita ini tertekan dengan kehendak hati, "Kita tidak cukup sempurna dan masih tidak berupaya menjadi seperti yang kita idamkan" ~ berketerampilan, super mom, isteri mithali dan pekerja cemerlang :)

Wednesday, December 19, 2012

Seronoknya Ber-Kitar Semula

Saya dan keluarga memang suka simpan tin dan suratkhabar lama..
Kitaorang jarang benar buang...
Walaupun hakikatnya saya rasa semak dengan suratkhabar yang menimbun..
Tapi laki saya kata kalau nak buang "kita buang kat pusat kitar semula, banyak faedahnya"..
Tapi nak mengangkat masuk keta lepas tu nak mencari pusat kitar semua, kami sekeluarga terpaksa ke Shah Alam. Dari PJ uolllllllllls...Puas carik kat sini semuanya jenis tutup hari Ahad...adoi
Tengok harga barang yang boleh dikitar semula not bad kan :)
Gigih anak beranak mengitar semula..
Dapat upah hasil penjualan RM11, huk huk OKlah kot lepas duit minyak ke Shah Alam :p

Monday, December 17, 2012

Anaqi Sambul Besday Bersama Starbucks!

Hari tu sesaja guna FB Anaqi dan respond kat wall FB Starbucks ~ untuk 50 fan yang lahir bulan 12. Starbuck kasi hadiah RM100. Yang kelakarnya announcement hari KHamis, hari Jumaat dah suh attend amik voucher kat Parti Starbuck di Tropicana.

Then dowang dapat potong kek reramai kat atas pentas....
Ada 3 games...
Tapi takde gambar :(
So kena tunggu blogger Kelly Chin upload kat blog dier....
Saya dan anak2 ada join satu game, tapi kitaorang kalah..
Tapi souvenir sebab bermain tetap ada..
Hadiah untuk besday boy dan juga souvenir sebab main games..
Okla, anak2 pun nampak fun...
Asyik makan tak berhenti...
Rajin Starbucks kat Tropicana ni buat event....dan memang meriah uolls :)

Beli Kasut Sekolah BATA RM10 Jer..| Hapdet Untuk Semua Peserta Giveaway!


Minta tolong email add anda ya (ayuarjuna@gmail.com), untuk pengeposan hadiah..
Saya akan umumkan para pemenang utama dan saguhati :)

********************************************************
Hari Ahad lepas, pagi2 lagik kami dah gerak ke Shah Alam. Motip nak pergi cari baju sekolah Yana. So, kitaorang terjah Komplek Ole-Ole Shah Alam. Sebab ada pusat pakaian hari2 kat situ. Nak cari baju pengawas untuk Yana. Baju putih kat mana2 senang nak carik. Tapi kalau baju biru , dengan kain susun belakang dan segala macam memang kita carik kawasan Shah Alam. Senang nak jumpa.

Baju Yana sahaja habis dekat RM100 + sebab tu tak kira beli tudung biru ada owning kat booth Giant KJ..Tapi kat kompleks tu ada buat clearance kasut sekolah BATA. Murah RM10 sepasang dan RM15 sepasang. Siap ada promo beli 2 percuma 1 :)

Tapi masalahnya kebanyakan kasut yang dijual diantara saiz 4,5 dan ke atas. So, untuk anak darjah 4, 5, 6 dan tingkatan yang mana tubunya bersaiz besar cam anak saya, ada juga kasut untuk dibeli (sebab ada saiz) :)
                                    

 Menimbun kat situ..ada juga wedges brand BATA tapi sepasang RM15 dan RM20. Kalau beli 2 percuma satu..
Kasut ni still banyak lagik...So, uolls kalau rajin boleh terjah..Sebab ianya memang murah dan berbaloi. Oo ya promosi sampai awal bulan Januari 2013

Hadiah Yeay Yeay!

Lama giler dalam draft...
Hari ni baru kesempatan "up" kan posting...
Pulun mengajar dan kursus memang blog tak berupdate...
Shian...sesawang dah blog saya ni, huk huk

Cikedaut prezie..prezie.. yang saya dapat dari 2minggu lepas...
Pamper mamypoko yang baru diterima.
Hadiah conso :)

Cek RM1k dari Cocopie ~ saya hantar 5 entri :)

Hadiah penjagaan muka dan badan untuk Dedet dari GLAM Lelaki..

Perfume untuk Dedey dari Majalh GLAM Lelaki...
Glamor betul laki den, hahahah

Tiket wayang GSC dari Fruitale FB...

Alhamdulillah..
Hapdet lelaju semungkin boleh...
Banyak keroje plus lapar menggila ni..

chow bedah!

Thursday, December 13, 2012

Ronda-ronda Dari PJ ke Tanjung Malim

Sempena dengan cuti keputeraan Agong Selangor baru-baru ni...
Saya ajak Dedet sopping baju sekolah Yana. Sebab die pengawas baju kena warna biru. Susah nak carik yang betul2 menambat hatiu kecuali jenama "canggih". So berangan nak ke pusat pakaian hari-hari sebab kat situ baju sekolah kaler biru harga berpatutan tapi Dedet kata "Saya cuti hari ni nak gi jejalan bukan nak gi shopping wokeh"...........huhu

Nak jejalan satu hari jer tapi takde pilihan tempat kat KL ni. Balik2 gi MAll~ One Utama, Paradigm Mall, Tropicana...Tahap meluat dah hahahahah. Ajak Dedet gi PD tapi cuaca cam mendung..nak gi Kuala Gandah nak skodeng Gajah cam jauh pulak ....

Last2..Dedet drive kuar sana-sini..sampai2 jer Tanjung Malim...
Semata-mata nak makan Pau Yik Mun....
Erkkkkkkkkkkkkkk...
Tapi sepanjang nak pergi makan...Macam-macam aktiviti kitaorang buat :)
Mula2 ingat nak beli durian murah ni...
Bayangkan 1 beg plastik RM5 (dalam 4 bijik jugak)
Tapi last2 kitaorang beli masa jalan arah balik, beli durian dusun orang tempatan. 9 bijik dapat RM20. Walaupun agak mahal tapi isi-isi durian marvelesssssssss ~kecik dan manis2....puah hati
Lepas tu rasa nak terkucil tapi tak nampak kelibat tandas kat mana-mana. So singgah gerai makan kat tepi jalan pekena laksa, mee rebus dan  cendol.
Kat gerai ni takde tandas juga. Stress!!
Tapi kitaorang tetap makan dan minum jugak...
Sedaaaap wooo

Untuk pengetahuan korang kitaorang tapau balik jer pau yik mun tu..Sebabnya takde tempat duduk kat restoran. Full house. ada juga 2 orang kakak ni ni, dowang duk meja besar. Makan dah habis minuman pun dah licin, duk bersembang tak nak bangun-bangun. Saya berdiri tercegat kat situ pun2 tengok buat2 tak paham. Last kitaorang  tapau PAU yang dah masak bersama yang belum masak. Makan dalam kereta  sambil pusing lawat UPSI dan bandar PROTON. 

Lepas tu balik terus masuk jalan highway PLUS, gara2 nak pergi toilet.
Sadis..
Tapi syok jugak, jalan2 carik pasal ni...
Anak2 pun nampak fun walaupun stress mulanya sebab duk dalam keta tak tahu arah tujuan. Sib baek petang sampai rumah kiranya balik ke pangkal jalan, hahahahaha.

Herworld Cooking Class Bersama MArina, Best Banget!

Saya sesaja ke sini ~ MPH One UTama. Anak2 duk tengok movie ngan Dedet , saya lak pergi tengok demonstrasi masakan dari Puan Marina (finalist cabaran Chef Ideal). Puan Marina dia share 2 resepi yang simple tapi menarik paling penting ianya sedap dimakan bersama famili.

Nanti saya try buat...dan akan share dalam blog, heheheheh



Ni salah satu resipi nak buat isi dalam pai..sedap wehhh :)

PIC dari Herworld.....
Saya siap register dengan beliau sebab nak join kelas demo padsa masa akan datang...

Sedap ni..........
Tak caya nanti saya try buat dan share resipi...uolls follow ya :)

Next demo, this week....insyaAllah saya nak join lagik :)

Paling best 40 pertama yang datang dapat goodies ini.....
Saya sangat suka dapat susu Ideal dan Mc Commick!
Pasti lebih rajin di dapur selepas ni (ya lah tu kan, hahahah)