Ada Apa Di Bukit Jugra? Ada Bukit ler...

Saya ni bukanlah spesis yang menghayati kesan peninggalan sejarah sangat... Kalau kesan meninggalkan momen di hati seperti pergi bershopping tu memanglah sebati dalam diri. Tapi my laki a.k.a Dedet dier ni seorang peminat subjek sejarah agaknya. Selain minat bidang pemotoran, dokumentari haiwan dan sains, cerita2 sejarah semuanya dier tahu. Untongla saya, sebab saya ni jenis malas membaca duk dengar die membebel pasal sejarah sampai panas telinga... Hahahahahah

So, masa balik dari Morib. Seisi famili kecuali saya begitu excited nak naik Bukit Jugra. Masa naik dengan keta, agak gabra jugak. Sebab jalan kecil berliku2, dahlah takde "guardrail" kat tepi2 jalan. Ni kalau terbabas memang menjunam ler turun bukit tu...
Ok keadaan sangat tenang di sini... dan panas...
So, bila saya membebel takut kulit saya hitam (sememangnya saya dah itam pung)
My Anaqi siap ingatkan saya "Mummy kat Padang Masyar lagi panas"...
Ok, mak sentap kejap... Huhu
Dah memang suka berposing...
Kat pintu masuk pun jadik jugak nak bergambar :p
Rumah Api Bukit Jugra...
Antara rumah api yang terkenal satu masa dulu merupakan laluan utama ke destinasi mana-mana. Me copy paste dari sini http://www.my-rummy.com/klang/Bukit_Jugra_Banting_Selangor.html

Bukit Jugra yang terletak di Jugra, Kuala Langat, Selangor mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jugra merupakan sebuah bandar yang menghadap Selat Melaka dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bandar yang paling hampir dengan Jugra adalah Bandar Banting yang jaraknya kira-kira 20 kilometer. Mengikut sejarah, ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859 hingga 1898, Bukit Jugra Banting telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor pada ketika itu. Antara yang menjadi tarikan pelancong di Bukit Jugra Banting sehingga kini selain makam kerabat di raja Selangor adalah rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Bukit Jugra. Rumah Api Bukit Jugra setinggi 146 meter ini dibina pada tahun 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Maritim Malaysia.

Fungsi rumah api suatu ketika dahulu adalah memberi kemudahan kepada para pedagang atau pelayar untuk keluar masuk ke pelabuhan terutama pada waktu malam. Namun, kini rumah api tidak lagi digunakan dan hanya dijadikan sebagai bahan sejarah untuk generasi kini dan akan datang. Selain terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri, Bukit Jugra Banting sering menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat dan mengenali Rumah Api Bukit Jugra dengan lebih dekat. Rumah api yang tersergam indah ini memberi seribu satu kelebihan kepada pengunjung terutama kepada peminat sejarah. 
Disediakan tempat khas menikmati pemandangan...
Nak feeling2... Melepak sambil melihat keindahan duniawi disarankan datanglah sini ya...
Pemandangan Sungai Langat, boleh nampak ianya bertemu dengan Selat Melaka... Last2 baru tahu sebelah kanan (seberang sungai) adalah Pulau Carey dan muara nun di hujung sana ialah Pantai Kelanang (kanan) serta Pantai Morib (kiri).
Menariknya kat sini ada juga aktiviti Paragliding...
Anaqi tengah berangan ambik feel... Nak naik ke tak? Nak naik ke tak?
Nak main ni saper2 pun boleh. Seawal usia 3 tahun boleh menyertainya. Kita akan naik bersama seorang 'instructor'. Bayaran RM200... Kalau tak silap
Chantekkkkkkkkkkkkkkan.........
Durasi masa ber-paragliding bergantung kepada keadaan cuaca & angin... Biasanya kat sini dalam 10-15minit...
Tempat landing...
Ya...berjimba-jimba di Jugra...
Lepas ni kita panjat Bukit Broga pulak ya :p
Vandalisme ajaran Dedet...
Meninggalkan kesan nama memasing dengan niat lagi 10 tahun ianya masih kekal di situ...
Ohhh plissssssss
Keluarga pencinta sejarah... Kecuali mak dier ya...
Hahahahahaha..
Sekali-sekala kita tengok keindahan alam...
Apa salahnya....
Sesuatu yang indah boleh dikenang sampai bila2, iya idok?



Ada Apa Di Bukit Jugra? Ada Bukit ler... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 03, 2013 Rating: 5

2 comments:

  1. "Mummy kat Padang Masyar lagi panas"...


    wah ini betul betul menginsafkan..hehehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.