Sila Belajar Wahai Anak :)

Saya kerjanya mengajar...
Dan saya memang suka mengajar...
Seingat saya sejak zaman belajar, bila ada jer kawan datang bertanya bagaimana nak jawab soalan itu ini. Saya akan mengajar mereka even masa tu saya tak tahu jawapan... Saya akan suruh kawan saya datang balik lepas 15 minit, sebab saya nak study dulu dan carik jawapan...
Bukan perasan bagus... Tapi hakikatnya saya suka mengajar...
Dulu masa darjah 2 (rasanya). Saya ingat lagi ada satu kad kuning agak besar saiznya yang mana di bawah sekali kad kuning tu ada 1 soalan bersama 3 ruang jawapan. Dan ianya akan ditanya tiap2 tahun sehingga habis kita belajar sekolah rendah...
Soalannya, CITA-CITA...
Selalunya yang nombor 1... Pilihan kerja saya tetap sama iaitu;
1. Cikgu
2. Saya pernah tulis tukang masak, tukang jahit.. hik hik
3. Bila dah naik darjah 4 saya mula berangan nak jadi saintis, doktor pakar puan lah...

Tapi macamana bombastik pekerjaan yang saya nak, jadi "CIKGU" tetap pekerjaan pilihan utama...

So, bila dah kahwin dan punyai anak sendiri...
Saya selalu bebel anak saya suh belajar...
Sampai my laki pun stress... dengar saya bebel... suh belajar2...

Belajar bagi saya bukan sahaja dalam bentuk mengulangkaji pelajaran tapi membaca juga...
Kalau saya kata duk kat meja belajar selain daripada buat latihan...
Aktiviti mewarna, membaca majalah kuntum dan suratkhabar juga saya anggap sebagai belajar...

Stress tak anak saya? Hahahah

Tapi bila dah biasa saya suh belajar..
Anak2 saya biasanya akan habiskan paling kurang 1 jam untuk buat aktiviti dengan buku...
Walaupun kadang2 dowang tak duduk kat meja belajar...
Meniarap atas karpet pun saya tak kisah...
Janji dowang suka dengan buku...

Ni kat umah...
Kalau kat kelas...
Saya paling pantang student tak belajar tapi duk harap kita mengajar die bulat2...
Tanpa mahu mengulangkaji terlebih dahulu...
Ala2 kita ajar dowang record jer kat kepala lepas tu takde nak belek buku balik...
Ingat kepala tu internal hard disk ke apa boleh retrieve balik apa yang disimpan dengan mudah...

Even Amani pun paham... Bila saya kata gi duk meja belajar...
Dia akan amik buku samada conteng dan warna...
Takpun amik buku cerita membaca ikut suka dier...

"The majority of reading problems faced by today's adolescents and adults could have been avoided or resolved in the early years of childhood." --National Research Council (1998)
Sekarang ni saya tengah stress dengan Afiq...
Selain mengaji merangkak-rangkak... Membaca pun takleh lagik...
Tapi bila fikir balik usia baru masuk 6 tahun... So proses pembelajaran tu masih panjang lagik (ya ke?)
Cuma bila dibandingkan anak yang lain... Anaqi, Akid dan Yana semua boleh membaca ketika usia 5 tahun... Dan saya diingatkan oleh my laki yang... "Tak semua anak tu sama, selagi cara pendidikan kita sama dan paham dengan potensi mereka. InsyaAllah kita boleh atasi masalah pembelajaran mereka..."

Hmmm...

 "Learning to read is a lengthy and difficult process for many children, and success in learning to read is based in large part on developing language and literacy-related skills very early in life" (Lyon, 1997)

 
Sila Belajar Wahai Anak :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 12, 2013 Rating: 5

3 comments:

  1. tak pe lah ayu, lain anak lain ragamnya. tapi yes, kite ni mak mak kalau boleh kite nak anak kite buat ape yang kite nak.

    ReplyDelete
  2. i stress sbb my zharfan tak dpt no top 3 dlm kelasnya...sbb all my life..i tak pernah dpt no yg teruk2..so my expectation utk anak i sgtlah tinggi :/

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.