12.3 Yup... Besday Saya :)

Syukur ke hadrat Ilahi dengan IzinNya, saya masih mampu bernafas tenang di muka bumi yang di pinjamkan sementara ini. Pejam celik pejam celik, penginjakan umur telah berlaku dalam hidupku...
Ohhhhhhhhhhhh tidak...
Walaupun sudah menaiki satu angka lagi...
Namun yang tetap terpahat di sanubari...
"Umur itu adalah angka semata-mata..."
Chewah...
Muka kerepot atau maintain muda itu subjektif...
Yang penting, hati kena tenang, muka boleh senyum senantiasa...
Senyum untuk setiap detik masa berharga even dalam tido pun boleh senyum bahagia "ala2 tido dalam iman"

Oh ya TQ TQ, untuk semua yang mendoakan kesejahteraan sempena hari kelahiran saya...
Terutama my somi yang menyuruh saya membeli hadiah sendiri, hahahaha--> bereh jer janji 
tinggalkan "cash" money :p
My anakanda2 semua penyeri rumah setiap hari...
Terutama pada Anaqi setiap tahun hadiah besday yang diberikan mesti "pen merah" jenama kilometrico...
Naqi oii, hang takde idea lain kah nak kasi mummy, cittt...
Akid, surat cinta bersama duit seringgit... Ok, mummy terharu atas seringgit yang diberikan...
Yana, tq for the getah rambut... Isk, isk..
Pada adik2ku yang gedix--jangan lupa belikan hadiah, wahaha
Mak dan PIL + along --tq tq tq for the wish :)
Rakan FB dll - tq tq atas ingatan semua

Saya sebenarnya takde apa2 yang mahukan sempena di hari kelahiran...
Orang wish pun dah suke...
"Doakan yang baik2, moga saya masih diberi peluang menjadi khalifah Allah, bersama keluarga tercinta, menguruskan keluarga, membesarkan anak dan menyumbangkan sesuatu untuk 
agama, bangsa dan negara"
Doakan ya...
 Cuma semalam, masa otw balik dari prize giving Utusan. Sempat saya singgah di Metrojaya untuk amik hadiah voucher. Dan di Metrojaya saya berpeluang menyambar satu shades yang sangat murah harganya sesuai dengan rekaan yang biasa tiada jenama...
Hadiah hari lahir buat diri sendiri...
Pakai dalam keta ketika memandu...
Takdeku kesah tiada jenama seperti GUCCI...
Janji diri nampak bergaya jauh sebatu...
Wahahaha

Comments

Rina said…
hepi besday kak ayu..semoga panjang umur & murah rezeki yer es dlm dunia contest2 nie yer...
Mama Zharfan said…
epi besday dear my bff..semoga tercapai segala hajat dan impian..amiin
Wansteddy Tales said…
Tanda harga xtanggal lagi tu haha.. Happy birthday besan. Semoga panjang umur murah rezeki dan beroleh bahagia selalu. Sorry tak dapat tag kat facebook. Al maklum opis kena block. seksa dan kesepian hidup tanpa FB ni haha
Mooniqueen said…
happy birthday.. Nilai sesuatu barang bukan terletak pada harga, jenama.. walau hanya sekadar ucapan, itu lebih bermakna kan..
Wan Amira said…
nak bergaya punya pasal tanda harga pun tak buang lagi :)

happy birthday, moga tercapai segala yang diimpikan ..