Tuesday, March 26, 2013

Di Malam Preview "Sembunyi: Amukan Azazil" Sedikit Review

Semalam saya dan anaks + kak Rose sekeluarga sempat menghadiri majlis preview filem "Sembunyi : Amukan Azazil" arahan Khabir Bhatia di GSC Pavilion.
First time saya tengok movie kat Pavi...
Giler jauuuuuuuuuuuh dari umah saya di PJ, huhuhu.
Sampai2 terus redeem tiket kat kaunter dan kami semua telah dijamu
dengan hidangan yang enak2 oleh penganjur. Memang sangat best!
*Teringat kat preview anjuran MIG Production mesti dijamu dengan makanan :) 
Kenalkan pengarah untuk filem ini, Mr Khabir Bhatia (berjaket hitam). Saya minat juga cerita-cerita arahan beliau. Paling saya suka cerita "Nur Kasih".
Hafiz Hamidon orang yang dipertanggungjawabkan untuk memasukkan pelbagai 
bunyi dalam filem ni *Cam pelik jer bunyi jer ayat saya, kan? Hahahahah...
Antara pelakon yang menghadiri majlis tontonan preview...
Frust deh Remy Ishak, Sharnaaz dan Umi Aida takde :(
Amani dan Fizo, ahem ahem...
Amani dan Emelia Rosmila
Bergambar sakan dengan artis ya ko nak...
Rasanya Zahiril ni tak berlakon tapi beliau turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Review dari saya:
Cerita ni memang agak seram dan banyak kena kita berfikir "Apa ekcelinya sebenar berlaku?". Penataan cahaya sangat cantik, fotografi menarik, teknik arahan terbaik serta score muzik yang seram dan suspen memang saya puji (Tak sia2 Hafiz Hamidon menonton citer ni ni tanpa suara selama sebulan, untuk mencari kesan bunyi paling terbaik). Susunan citer pada awalnya memang sangat terbaik. Asyik terkejut2 jer. Dengan suasana malam kelibat makhluk memang sangat menakutkan. Muka budak kecik yang hodoh yang membuatkan saya "terkenyit2" ketika menontonnya, hahah. Apatah lagi lakonan mantap dari pelakon-pelakon yang menjayakannya. Dan kehebatan pengarah Khabir Bhatia memang tidak boleh disangkal. Cuma pada satu tahap klimaks citer tu cam dah jadi "hilang seri". Part tak logik ya jugak, paling saya rasa "Adoi, scene ni patut tak de baru citer jadi best". Masa part Aishah bersama dengan orang tua di hutan, tiba2 si Umi (versi tua) muncul.

Aishah: Kenapa kamu mencari aku sehingga hari ini.
Orang tua: Bukan aku tapi dia.
Alih2 Umi tu kat sebelah Aishah kat hutan...
Umi: Kak Aishah... saya yang cariiiiii...

Satu panggung gelak... aiks...

Tapi siyes, tak rugi tonton. Antara citer seram Malaysia yang boleh tahan hebatnya. Jangan tak percaya semua anak saya menonton tanpa tertido sesaat. Walaupun orang akan kata cam tak logik jer saya bawa anak tengok citer seram tapi hakikatnya dowang penggemar citer seram di Malaysia. Pantang ada citer hantu kat TV mesti "set" reramai nak tengok.Sebab tu Pontianak Kampung Batu lakonan Erra Fazira tu rasanya lebih 4 kali dah tontonnya.

Pstttttttt: Jangan lupa uollls 28/3/2013, Sembunyi : Amukan Azazil akan berada di panggung! Nak rasa menyeramkan diri silalah tonton.

3 comments:

tenku butang said...

fizoooo.. minat gak dia.

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Norliza Nordin said...

macam mane leh dapat nengok preview ni eh.. huhuhu

Mama Zharfan said...

me tak suka tgk movie citer antu sbb jd stress hehehe