Thursday, March 14, 2013

Mentaliti dan Sikap

Semalam kecoh gambar bayi kat Hospital Kerajaan di Kelantan..
Sikap ketidakprihatian salah seorang staff di sana...Malas nak panjangkan citer boleh carik di laman FB keadaan bayi tersebut :(
Lepas tu saya baca banyak betul komen--tapi isu yang banyak terpalit kat situ mengenai "Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta". Saya baca dan baca..ramai rupanya yang suka bersalin di swasta, selain dari faktor layanan kelas pertama, faktor keselesaan juga antara penyebab mereka memilih swasta. Biarpun mahal masih lagi berkemampuan untuk mencari duit dan membayarnya. So, ni memang pendapat memasing..terpulanglahkan..

Saya memang kelima-lima anak bersalin di Hospital Kerajaan (Selayang) dan separa Kerajaan (PPUM). Servis sangat biasa, layanan bergantung kepada atititud personel yang melayan kita. Ada masanya saya dibantu dan dilayan mesra sangat. Cakap lembut, muka senyum jer. Kita mengadu nak apa2, dilayankan jer. Kalau dapat "juruawat" yang agak diva sikit. Muka garang, cakap main hentam cam tak tahu adat berbahasa melayan orang. So, hakikatnya saya sebagai pesakit Kerajaan memang kena redhoooo..Paling kuat membengkak dalam hati jer. Sebab masa tu memang pasang niat..asalkan anakku selamat dan boleh balik cepat, OK jer :)

Dulu saya pernah baca dari satu blog mengenai "realiti" kenapa staff hospital Kerajaan terutama kakak jururawat ni mukanya garang dan layanan kasar. Sebabnya mak beliau juga merupakan jururawat kerajaan so memang paham sangat apa yang tersirat dari segi layanan yang diberikan. Antara faktornya Hospital Kerajaan cajnya murah, jadi menjadi tumpuan ramai orang sakit. Bila ramai orang, kerja banyak, hati sangat stress. Takleh control. Apatah lagi bila dapat pesakit yang ada banyak karenah.

Ok fine. Saya agree tentang itu. Cuma saya tak paham kenapa orang yang tak boleh menangani stress memilih kerjaya yang memerlukan dirinya berkhidmat dengan orang awam. Bila sebut pasal jururawat, kita bayangkan dowang ni berseragam putih, senyum manis dan orang yang sentiasa berada di sisi doktor untuk membantu kita yang sedang sakit. Kalau kita di wad, jururawat yang kita akan laungkan dulu untuk dipanggilkan doktor..."nurse..nurse doktor ada tak?"

Kadang2 pelik dengan manusia ni. Die pilih profesion tu sebab apa ya? Sebab dah takde kerja lain ke yang sesuai dengan dirinya ya. Sama juga kalau kadang2 bila kita pergi ke mana perkhidmatana kaunter. Terutama agensi kerajaan. Saya pernah terkena sekali, masa tu saya ada urusan pasal status pengurangan bayaran balik pinjaman. Saya pergi ke kaunter memang takde orang jaga (mungkin ke tandas) atau tempat lain. Tapi berdekatan dengan kaunter ada kerani yang bertugas. Saya memberi salam..Jawab pun tidak. Tengok saya sambil menjeling. Siap cakap lagi "Tunggu jer kat situ"..Ok saya tunggu lebih 20 minit..Saya pergi kat kaunter balik, sebab saya nak tanya jer "Dengan pegawai mana saya nak jumpa untuk menyelesaikan masalah saya hari tu"...Tapi yang berkenaan dekat kat kaunter nampak saya..terus membebel marah kawan die..bla bla bla...Nampak dah sudah tidak profesional kat situ. Siap dalam bebel "Iskkk, aku juga kena layan, mana pergi si bla bla"....Die pergi kat saya tanya dengan kasar "Nak aperr"...Saya explain...Terus die kasi saya borang kuning.."Nah Isi, turun tingkat sekian2 amik nombor"....Berderau tak rasa hati...kalau dari tadi die bagi saya borang kat kaunter tu dah lama saya pergi menyelesaikan urusan saya di tingkat yang sepatutnya saya berurusan..Dahlah cogankata agensi bukan main besar depan kaunter "Melayan Dengan Senyuman"... Taikk aaarrr...

Whyyy...ar....ko takleh nak layan orang..ko jangan kerja dengan agensi yang kena berhadapan dengan orang. Jadi apa2 jerlah yang tidak melibatkan jumpa orang ramai. Walaupun secara logiknya rata2 pekerjaan semua kena jumpa ngan orang. Even orang yang keje dalam zoo yang banyak berinteraksi ngan haiwan pun kadang2 kena buat pertunjukan depan pengunjunag.

Mentaliti dan sikap sebenarnya...kan ...kan...
Kalau kita merasakan kerja itu satu ibadah...maknanya kita buat kerja dengan betul demi untuk merebut2 pahala yang akan masuk dalam akaun dan nescaya otomatiknya  "layanan" dan "kemesraan semulajadi" akan terbit bila kita berhadapan dengan orang. Tak kiralah pangkat apa, kerja apa....kerajaan atau swasta...selagi kita betul2 ikhlas dengan kerja lakukan, insyaAllah orang yang mendapat layanan baik dari kita akan mengeluarkan kata "Terima kasih ya" dengan hati penuh terbuka...Iya idak??

5 comments:

awjan said...

agree..cikwa keje kat hospital..boleh tgk macam2 ragam..org awam mahupun kakitangan kerajaan..kadang2 rs kesian tgk makcik2 pakcik2 tua dilayan kasar oleh seseorang yg kita kenal.nk sound depan2 tkut x bertegur sapa..tp cikwa sll ckp sindir2 diselangi gelak tawa..tp sindiran cikwa sll nye 'pedas'..walau dia ketawa tp terasa dlm hati terasa..hahaha..siap ngadu lg kt org lain..

Mama Zharfan said...

i had bad experience kat HKB ie time my dad sakit tenat dulu..so memang my family dh blacklist HKB...my dad sedar dari koma (seblm passed away) pun bila kami berkeras discaj dari HKB masuk KPJ perdana...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

stress sebab ramai sangat pesakit.. dan paling tak tahan pesakit ne termasuk warga asing.. itu yg ramai sangat org kat hospital gomen..

ada jugak misi yg sangat bagus tapi tak kurang yg mulut takde insuran..

alhamdulilah ada rezeki sikit & opis cover sikit dapatla ila bsalin kat hospital ukmsc(bawah ukm) tapi masa bersalin masih bersalin kat ukm punya tempat bsalin(doktor masih yg kita pilih) cuma masa bermalam pindah ke wad private . masa dalam proses nak masuk wad..suami dukungla amana yg masih baby sbb amana nangis2.. ada satu nurse dari jauh dia jerit "biar je baby tue. tak payahla nak dukung2 kat wad nanti takde sapa nak jaga & dkung" tiba2 ada satu nurse cuit n cakap "eh dia kat wad privatelah" terus nurse yg pertama macam malu2.. lagi2 bila hsbd ila cakap "takpe saya yang dukung baby ne 24 jam. jangan risau"

cakapla elok2 kok ye pun.. tapi di satu sudut mmg kesian kat nurse yg bebanan tugasannya banyak.. pesakit ramai.. tapi nurse seciput je.. itu managment hospital kena tengok jugak..

tapi kes baby yg tengah hangat dalam fb tue.. mmg tak sanggupla sbb kita ne ibukan?

Wan Amira said...

i agree dengan ayu. kadang-kadang i hate to say this mengenai orang yang bekerja kerajaan sebabnya setiap i yakin setiap orang dalam ahli keluarga kite mesti ada yang bekerja kerajaan.

tapi setiap orang selalu mengalami masalah bila masuk bab yang memerlukan kita berurusan dengan orang kerajaan.

i sekali masa emir dimasukkan di hospital selayang.. tapi masa tu memang i terkejut sebab layanan mereka memang tiptop.. Alhamdulillah..

tapi tak lupa juga masa arwah atok i sakit di HKL.. ya Allah masa tu kene bersabar .. dengan silap cucuk , darah memancut, muka macam penat sebab masa tu ramai sangat orang..

memang diakui ramai orang, ramai pesakit, macam-macam pesakit, tapi.. bukan ke itu tanggungjawab.. semua orang ada tugas masing-masing..

bukan nak highlight..

dan i sendiri.. paling2 i tak boleh lupa masa i sarat pregnant dulu.. kene pergi lhdn, sampai sekarang i ingat officer tu.. cara layanan yang i dapat masa tu memang rasa macam sampah..

so sebenarnya it goes back to the individual. orang highlight kerajaan sbab kite semua kene berurusan dengan mereka..

ok.. u cakap pasal bab2 bersalin n baby.. i dah masuk bab lain dah hahaha

Nana said...

xseme hos gov tak ok kan?banyak dah spital gomen layanan sgt bagus
nurse mulut puaka tu mmg ramai
kadang klw kohaa sgt mmg saya mlawan
jgn sesuka nak sound org