Penangan Drama Korea | 3 Malam Marathon Menonton 49 Days!

Hari tu saya terbeli CD korea, bukan movie ni tapi citer bersiri...
Perghhhhh, lama dah tak buat aktiviti begini, menonton drama korea..
Saya rasa sudah lama giler (last 6 tahun lepas rasanya) meninggalkan hobi menonton citer bersiri..
Dan kini terjebak kembali

Bermula dengan hari Jumaat berterusan sehingga hari Ahad...
Saya menonton drama 49 Days...
Memang dah melekat kat memori kepala "Han Kang, Han Kang"---nama hero dalam citer 49 days..
Wahahahahahahah
Ada dalam 20 episod dalam 3 CD..
Tapi memang puas hati tengok drama korea ni...
Walaupun kalau kita fikir secara logik menerusi akal fikiran yang waras..
"Bolehkeh, orang dah koma tapi rohnya memasuki jasad orang lain dan diberikan 39 hari untuk mendapat 3 titisan keikhlasan air mata untuk dibangkitkan semula daripada koma"

Tapi cerita kan...
Kalau skrip bagus watak pun dibawa dengan baik...
Citer tak logik pun memang sedap ditonton :)


Dibarisi pelakon bukanlah sangat hot di Korea tapi still dikenali sebab ada berlakon drama sebelum ni. 
Pakej rupa memasing gorjes lah...

Ceita pasal Shin Ji Hyun (Nam Gyulee) die bertunang dengan Kang Min Ho (Bae Soobin). Nak dipendekkan citer masa dalam persiapan perkahwinan Ji Hyun ni eksiden. Inipun disebabkan beliau rasa terganggu apabila ternampak tunangnya bermain cinta dengan kawan baiknya sendiri. So, masa dalam tempoh koma beliau terjaga tapi dalam bentuk roh. Ketika ini "scheduler" ala2 penghantar utusan orang nak mati (Jun11 Woo) memberitahu beliau mempunyai 49 hari untuk mendapat 3 titik air mata yang ihklas dengan beliau. Air mata ni tak boleh dikalangan ahli keluarga. Masa ni Ji Hyun cam dah konfiden sebab beliau mempunyai 2 kawan baik dan seorang tunang yang begitu menyayangi dirinya. Lagipun ketika hayatnya Ji Hyun ni memang disenangi oleh semua orang sebab beliau ni baik hati, segala budi perkerti yang bagus2 lah...

Anggapan beliau salah. Rupanya dengan perangainya yang "happy go lucky" dan terlampau baik ada membuatkan rakan baiknya  In Jung (Seo Ji Hye) cemburu dan berpakat dengan tunang Ji Hyun untuk menjatuhkan Ji Hyun dan keluarganya. Rupanya dowang ni memang dah berskandal hampir 5 tahun. Dan perancangan memang nak suh Ji Hyun berminat dan bercinta dengan Kang Min Ho.

Untuk melalkukan misi mencari air mata ni ada syarat iaitu Ji Hyun kena masuk dalam badan Song Yi Kyung (Lee Yo Won). Yi Kuang rupanya ada sejarah hitam menyebabkan keadaan beliau tidak terurus, ala2 zombie kerja malam balik terus tidur...bangun pergi kerja balik tidur. So, Ji Hyun guna badan Yi Kyung masa siang (time die tido). Lama2 Yi Kyung ni perasan kehadiran Ji Hyun dalam hidup dier. Lepas tu banyaklah kes tolong menolong antara 4 penjuru Han Kang  (Jo HyunJae), scheduler, Yi Kyung dan Ji Hyun. Konflik macam2 tapi paling best masa ada scene flash back zaman sekolah. Yang mana kita akan tahu bagaimana Hang Kang ni memang ada menaruh perasaan pada Ji Hyun sekian lama.Suwiiiiiiiiiiiit...Part scheduler atau nama sebenarnya masih hidup Song Yi Soo yang memang mencintai Yi Kyung juga akan buat kita semua tersenyum2
Segala macam yang terpaksa ditempuhi Ji Hyun masa beliau menggunakan tubuh Yi Kyung. Memang mantap lakonan Lee Yo Won yang membawa watak Soo Yi Kyung -- sebagai budak sekolah, sebagai Ji Hyun (yang dirasuk) dan Soo Yi Kyung. Walaupun umur die 30an tapi pembawaan sebagai budak sekolah memang nampak cute.

Kawan baik yang masing2 mempunyai karektor gila2 dan sangat memerlukan antara satu sama lain. Tapi tak sangka dalam berkawan baik ada juga yang mempunyai perasaan dengki.
Panjang citer dier...Tapi apa yang dapat dirumuskan kat sini. Selagi kita berpeluang berbuat baik dan membahagiakan orang lain jangan sekali-sekali disiakan. Cinta perlu pengorbanan dan keikhlasan, seteguh manapun cinta yang dibina jika suratan memang sudah tertulis tiada jodoh. Kita harus belajar menerima dan harus meneruskan kehidupan. Ini kerana setiap orang mempunyai peluang, ada yang banyak peluang ada mungkin "inilah peluang terakhir"....Yang paling penting sepanjang berpeluang untuk hidup gunakan peluang yang ada untuk membuat perkara2 yang baik dan pastinya menjadi kenangan indah untuk diingati oleh orang yang begitu sayang pada kita.

Ending sangat sedey........
Siyes sedeyyyyyyyyyyy cam takleh terima saya...
Tapi yang BESTnya pengarah dan penulis skrip drama ni sangat pandai menghubungkan hubungan Ji Hyun dan Yi Kyung..Walaupun ending sedey tapi memang penutup citer tetap mantappp sebab citer die takdelah "mati tergantung" dan memang rasa tak rugi berhempas pulas menonton 3 malam, daripada pukul 11 malam sampai 7 pagi..sambung esok waktu yang sama...ala2 kalah orang buat thesis PHD, punyalah gigih menghayati drama Korea 49 days..wahahahaha
 Ni lah Mr Hot a.k.a Han Kang :)
.The "scheduler" atau nama sebenarnya masa hidup Song Yi Soo..

Taubat dah tengok drama Korea...
Hidup cam zombie....
Serik sebab takleh stop tonton, walaubagaimanapun citer ni memang best :)
Sekotak tisu Kleenex boleh abis ya, wink wink
Penangan Drama Korea | 3 Malam Marathon Menonton 49 Days! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 05, 2013 Rating: 5

2 comments:

  1. beshnya u ada byk masa tu..me time weekend memang bz :p

    ReplyDelete
  2. WAH SAMA DGN ZAI GILER MOVIE KOREA...DULU YA SELALU BELI CD TAPI SEKRG KAT ASTRO 393 PENUH DGN CITER KOREA..PALING BEST KALAU MENYENTUH HATI BUAT MENITIS AIR MATA TU YG PALING BEST ...SEKRG ISNIN DAN SELASA TAJUK kING OF AMBITION...MMG MENARIK CITER DIA.. TAYANGAN DIA 8.50 HINGGA 10.00MLM

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.