"Double Sensation", "Double Kegilaan"

Malam semalam saya sekeluarga makan kat luar...
Lama dah tak makan luar....
So sesekali kena angin luar sedap jugak...
Kesian gak kat anak2, sejak menjak alasan takde lauk mentah kat dapur...*malas nak gi beli lauk, hik hik
Semuanya asyik makan lauk simple cam goreng2 jer...
Goreng telur berkuahkan kicap etc.
Sampai si Afiq yang tak cerewet makan pun dah mula komplen...
Asyik... asyik... kicap...
Asyik... asyik.. kicap...
Kicap pun mahal sekarang anak oi! Cap kipas udang tu yang paling besaq dah cecah 10 hengget...
Banyak songeh memasing lak ya...
Bila Dedet kata "ON" jer makan kat luar...
Malam tu semuanya berseri-seri di wajah...
Apatah lagi bila diusulkan untuk makan pizza terus dipersetujui oleh orang yang nak bayar iaitu Dedet, lagilah hati tu berbunga2 pokok setaman...
Yang paling berseri my Amani lah... Diekan muka cam artis Korea pakai BB cream... Hahahaha
Ni memang cara dressing Anaqi bila keluar malam...
Kunun2... cam Edward dalam citer Twilight...
Sengallah ko nak!
Afiq yang jadi anti kicap lagilah teruja...
Akhirnya "Cukuplah penderitaan 3 malam berturut2 berkuahkan kicap semata2"
Seeeeeeeeeeeeeeeeeeee... pizza terbaru dari Pizza Hut...
Ni namanya "Double Sensation"...
Apa yang sensasi pun saya tak sure...
Mungkin cheese die kot?
Banyak dan tebal giler...
Kalau tengok pada inti--ada hot dog, ham, cendawan shitake, sos teriyaki dan lada banggala...
Cuma pizza ni nampak chantekla... Ada gulungan cam tu...
Tapi saya rasa kanak2 ribena memang menggemarinya
Sebab "main" topping HOT DOG dan CHEESE...
Dedet cakap die suke, so bolehlah dikategorikan beliau bapa kepada kanak2 Ribena yang sejati...
Buahahahaha...
Akid memang setia dengan spaghetti...
Pergi mana2 restoran western pun ni jer yang dapat menambat hati...

Lepas kenyang makan....
Sebab terover cheese dalam badan...
Penyakit nak bergambar merepek meraban mula menguasai diri...

See.......
Konon2 nak bergambar cam kulit album soundtrack Twilight...
Tapi Afiq nak juga interpreme...
Gambar ni diambil juga bersempena dengan nak memotivasikan Dedet...
Bilalah awak nak gi amik cop "IR" tu? Hahahahahahah...
Kat bangunan ni, kan? Isk isk isk...
Ni gambar kreatip dan seni lah konon-kononnya...
"Seni daun di jalan raya"---jurugambar Afiq si anti kicap
 
Alang2 dah order Double Sensation bolehlah join contest ni...
Lucky draw jer pun dengan syarat pembeliaan Double Sensation 30 hengget ke atas...

Heheheh...
Cam terkantoi lak ya kan? 
"Apesal saya beria benor nak makan pizza malam tadi?" :p

Comments

Aishah Megahasz said…
Cepatnya serbu Pizzahut. Bagus..bagus... sungguh bersemangat.
Mooniqueen said…
MQ pun sejak makin memboyot lagi la mls gile nak masak.. Memang beli je..
Tapi lagi suka makan kt rumah sebab malas nak keluar kan ;)
Mama Zharfan said…
Fuyooo 1st day contest terus submit entry tu!!! ;)
yOn nOy said…
Saya dah termakan pizza tu 3 hari awal, kalau tau ader contest mesti tunggu dulu...maksudnya kena pergi lagi la kan...
Nafisa81 said…
ada udang balik pizza rupanya...
Ezna said…
hehehe :-) Nak jadi Edward ropernya :-)
taktik comper nak dapatkan resit tanpa kuar duit.. bang awak banjer saya ye malam ne? mauhaha
mamaRIFQY said…
yezzaa..ini lah punca sebenarrr kak ayu makan pizza ye..na nak makan pizza jugak nii.....tunggguuuu

Popular Posts