Menguruskan Jenazah Fardu Kifayah, So Belajarlah...

Ini entri serius :)

Setiap manusia yang pernah hidup di dunia ini pasti akan menemui kematian. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 49:
"Bagi setiap umat ada tempoh (ajal) yang ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, mereka tidak dapat melambatkan sesaatpun, dan juga tidak dapat mereka menyegerakan".


Saya terpanggil untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah (Asas) kerana menyedari tidak ramai golongan muda yang tahu tentang ilmu ini. Selain itu golongan muda hari ini kebanyakannya masih kurang mendapat pendedahan bagaimana untuk menguruskan jenazah. Saya masih ingat lagi ketika arwah Pak Ngah saya meninggal satu masa dulu, yang menguruskan dari memandi, mengkafan, sembahyang dah disimpan semuanya dilakukan oleh anak2 beliau. Untungnya! Bila kita ada ilmu, ada keyakinan untuk menguruskan sekaligus dapat berbakti untuk orang2 yang tersayang buat kali terakhir kalinya.

Memandangkan ini adalah kursus pengenalan. Ianya tidaklah mengambil masa terlalu lama. Namun banyak perkara dapat dipelajari, terutama cara memandikan mayat, mengkafankan---banyak cara rupanya dari segi guntingan dan teknik, solat jenazah dan solat ghaib. Kami diberi pendedahan secara praktikal dengan menggunakan patung sebagai model.

Ni antara barangan asas yang perlu ada untuk menguruskan jenazah ya kengkawan;

PEMBELIAN ALAT KELENGKAPAN KAPAN
1.   15 meter kain putih (bidang 60 inci ) untuk orang dewasa mengikut keperluan jenazah.
2.   3 bantal kapas atau 2 potong kapas yang berukuran lebar.
3.  3 bungkus serbuk kapur barus/ 1 botol losyen kapur barus.
4.  1 botol air mawar (mengikut keperluan).
5.   3 bungkus serbuk kayu cendana.
6.  1 botol minyak wangi.
7.   5 utas tali pengikat.
8.   Serbuk tanah untuk tayamum bagi mayat yang uzur atau kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan.
Ustazah yang mengendalikan program mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan jenazah. Dari orang2 biasa sehingga yang berprofil tinggi. Ini kerana beliau ditugaskan di Pejabat Polis Bukit Aman, dan kerap dipanggil untuk menguruskan jenazah kes-kes kematian sebab dibunuh, penyakit pelbagai jenis dan macam-macam lagi.

Saya masih ingat lagi pesan ustazah:
1. Sebaik-baiknya biarlah yang menguruskan jenazah adalah terdiri daripada kalangan keluarga. Ini untuk mengelakkan aib2 yang tidak disangka.
2. Sepanjang menguruskan jenazah, kita perlu ada niat untuk menguruskan dengan ikhlas.
3. Pelbagai pengalaman beliau jumpa dalam menguruskan jenazah dan pengalaman2 ini menyedarkan beliau yang "mudahnya" urusan kita bila dikembalikan bergantung kepada amalan sepanjang kita hidup.

Saya juga terasa sedih dan takut  sepanjang menguruskan jenazah. Kat kepala masa tu asyik terfikir2 jer tentang--"Adakah saya cukup bersedia untuk pergi menghadap Pencipta dengan amalan2 yang ada?" Sayu juga, tak dapat bayangkan jika setiap hari kita sibuk nak berpakaian cantik tapi pada akhir hayat kita "Hanyalah kain putih sebagai peneman" di sana...

Dan saya mungkin akan menganjurkat satu lagi kursus lanjutan bergandingan dengan Ustazah berkenaan. Dan kali ini mungkin kami akan belajar memandikan mayat sebenar dari mayat2 yang tidak dituntut di Hospital...

Hmmmmm..... Dap Dip Dup Dap

Menguruskan Jenazah Fardu Kifayah, So Belajarlah... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 09, 2013 Rating: 5

4 comments:

  1. ingat lagi zaman sekolah dulu.. exicted belajar pengurusan jenazah.. budak lagi berebut nak jadi jenazah.. hehe

    ReplyDelete
  2. mayat sebenar????....OMG ayu me lemah semangat gak dengarnya....

    ReplyDelete
  3. me time study memang teringin nak join course2 mcm ni cuma tak sempat

    ReplyDelete
  4. Saye pun nak belajar juga...harap dapat belajar ilmu ni.. In Sha Allah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.