Thursday, May 16, 2013

Hebat Sangat Canang Satu Dunia Ko Bini No.2, Puii!


Terima sms...

le caller: Bang kat mana? Call balik..
le Me: Bz, meeting ngan Boss... (siapa?)
le caller: Bang, nanti lunch balik umah ye saya dah masak special...
le Me: Tengok la kalau sempat... (apekehey bedah aku sms guna no baru?)
le caller: Bang... Malam ni abg balik rumah Sue ye...
le Me: Sue sayang... lain kali kalau sms antor no yg tak simpan id silalah taip betoi2, bini saya 1 je & nama dia bedah...
le caller: Ops.. maaf wrong number!

Kahkahkah...

Status di atas ni copy dari FB my Encik Somi

Sandiwara donia. Ni yang terjadi kat Encik Somi semalam. So, bila baca status camni mcm2 spekulasi boleh muncul dalam sanubari memasing, kan? Paling kuat merasakan "Cik Sue ni bini no.2 kah?"... Ke tak bernombor kah? Ahem ahem... see dah spekulasi merepek jer.

Teringat saya masa mendengar radio hot fm, hari Selasa yang lepas (kalau tak silap). Saya tak ingatlah topik apa yang dibincangkan masa tu. Tapi ada sowang caller terang-terangan mengaku "Dia bakal jadi isteri kedua". Lepas tu dengan rasa bangganya "citer pasal keburukan bini pertama bakal laki yang dikahwininya"... dan boleh die tak perasan dengan galaknya die bercerita DJ tu siap perli-perli die balik "ishh awak ni, dah lah nak amik somi orang, main kata-kata kat belakang ya..."

Memanglah hepi, kan? Orang tengah bahagia... bercinta semuanya indah berlaka...
Cer tunggu sampai bertahun-tahun (tunggu sampai sepanjang usia bini no. 1 tu kahwin ngan laki die dan dirampas oleh ko). Katalah tuhan tu nak tunjukkan "bagaimana adilnya dunia bulat ini berputar"... laki ko merembes kat pompuan lain. Ko panas hati tak? Kali ni bakal madu ko tu siap gi canang kat segala media cetak, kuar tv tunjukkan bukti... Agak2 bangunan setinggi KLCC ko sanggup terjun tak? Paling koman sebulan belum tentu ko nak kuar umah, malu punya pasal.

Sendiri kena ingat lah...

Takdelah saya rasa nak marah sesangat sebab orang yang menelefon tu beria nak jadi no bini 2. Takdelah saya nak kisah pun. Masalah nak kahwin dan keseronokan nak kahwin die, suka ati dier lah. Tapi yang jadi heran, kenapa ada juga manusia sebegini, "tidak ada rasa malu dengan kaumnya sendiri?". Paling tidak pun "Silalah hormati perasaan bakal madu awak tu". Dengar pompuan ni gelak beria kat corong radio pun hati rasa dah berasap. "Apa hebat sangat ke merampas laki orang?" Kan?

Saya marah sebab pompuan sekarang banyak yang tak sensitip. Tak kisahlah mendapat restu daripada semua pihak atau tidak. Tapi yang paling penting, "janganlah riak sangat dengan kejayaan ko merampas laki orang". Tak baik, dah amik hak orang minta dikongsikan. Dah dapat, nak malukan orang yang mengizinkan perkongsian. Jangan rasa diri tu hebat sangatlah!

Hokeh, entri takde kena-mengena ngan saya setakat hari ni. Hahahahah. Jangan buat spekulasi peliks lak ya. Cuma me jiwa sensitif sangat bila tengok perempuan kaum sejenis ni yang takde sifat menghormati perasan perempuan lain. Itu jer. Saiko kan? Hahhahaha.

6 comments:

Nana said...

owh itu br bolw dikatakan mentel yg sebenar
dah la rampas hk org
dgn rasa xbsalah burokkan pihak blah sana plak
xpe dunia ni bulat org kata kan esok jd plak kt diri dia br tau langit tinggi rendah

amiey lee said...

Hmm doniaaaa doniaaaaa..... saya tak respek lelaki yg nak kawin dua ni ..burukkan isteri pertama.... memang laki tu tak jujur..tak setia pada pasangan... hmm pompuan yg bakal tu tkleh pikir ke.. yg ketua family ni laki... dia la kna bentuk isteri..bukan nye asik tuding kt isteri ckp itu tak betul ini tk betul pastu bosan cari lain... huargghhh emosionalll plakkk kekekekekekke

Mr & Mrs Sallehudin said...

hmm.. mmg pompuan di corong radio tu tak tau malu. Dia rasa bangga dgn kejayaan besar yg dia dapat.....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

memang ada spesis macam tue... tampor baru tau..

Mama Zharfan said...

emmm mcm2 ragam manusia...

Ct LiShamar said...

dugaan