Monday, May 13, 2013

Opah Gayah Simplot Istimewa :)

My anaks sangat ramai hokeh. 5 orang jer tapi tetap ramai. So, sebagai ibu bekerjaya dan perkasa sememangnya saya sentiasa memastikan di rumah mempunyai stok-stok makanan yang mudah di masak, praktikal dan sedap! Antara stok makanan yang perlu ada di rumah ialah produk sejuk beku Simplot, sos Leggo dan lain-lain.

So, uolls. Meh saya tunjukkan satu resepi yang agak menarik dan mudah disediakan. Saya namakan resepi ini "Opah Gayah Simplot Istimewa". Kenapa Gayah tidak Tipah atau Timah. Erkkk, ni resepi saya, suke atiler nak letak nama apapun, wahahahahah.
 Ok, kita mulaka dengan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan utama:
-Simplot Popcorn Hashbrown 
- Leggo's Traditional Sauce
- Telur (dalam sebiji)- ni bergantung kepada banyak bahan yang digunakan.
- Udang sederhana besar dalam 7 ekor
- Cendawan (sebiji) dihiris halus
- ikan bilis dalam minyak olive (sedikit)
- lada hitam (ditumbuk sedikit)
- lobak merah,( sedikit dihiris halus)
- bunga kantan (sedikit dihiris halus)
- bawang besar, hiris halus (sedikit)
- sedikit tepung gandum (jika perlu)
- garam secukup rasa

Cara nak membuatnya, sangat mudah. Even orang yang tak pernah masuk dapur untuk memasak pun pasti menyesal sebab tak tahu masak masakan ini, ngeeeeee..

- Mula-mula goreng Simplot Popcorn Hashbrown. Kekuningan emas, angkat dan tos.
- Tumbuk udang (yang telah dibersihkan dan dibuang kulit), bersama lada hitam dan juga ikan bilis dalam tin.
- Gaul bahan tumbuk bersama lobak merah dan hirisan bunga kantan
-Lepas tu kepal-kepalkan bahan yang diuli, jika terlalu lembik amik tepung sikit gaul.
- Bentukkan dan cucuk pada batang serai (disyorkan, tapi saya akde serai pulok!). Jadi sebagai alternatif saya cuck kat chop stick.
- Bakar dalam kuali leper dengan api yang perlahan.
- Namapak kekuningan, angkat.

- Untuk sos penyedap rasa. Pilihan saya pastilah sos Leggo.
- Tumis bawang yang dihiris halus, bersama cendawan.
-Letakkan sos Leggo, garam, gula dan juga sedikit lada hitam.
- Siap :)
 - See see....
 See nampak sedapkan..memang sedappun...
 Sebab terbukti my Cik Gayah amat menggemarinya.
Snek enak dimakan ketika waktu santai atau makan waktu supper a.k.a lewat malam..

Silalah memcuba ya :)

1 comment:

Goh LinLin said...

Rajin yer mama ni ?